-->

Wednesday, 1 July 2020

author photo
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap | Wajib Cuba | Setiap kali
tibanya musim buah durian, apa lagi, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan. Selain daripada makan begitu saja, buah durian banyak digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan seperti dimasukkan dalam resepi kek durian atau untuk pencuci mulut dan juga dalam aneka kuih yang berasaskan durian.

menu masakan berasaskan durian

Kreatif orang Malaysia kita kan. Macam - macam menu masakan berasaskan durian yang sedap yang boleh dicuba. Tak kisah kalian nak guna buah durian musang king ke, durian kampung ke, durian d24 ke ? Durian tembaga ke ?. Ikut lah gred mana - mana sekalipun asalkan isi durian. Kalau guna durian musang king tu, lagi sedap lah kan padan dengan harga sebiji dah berapa durian musang king.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok resepi - resepi yang menggunakan isi durian sebagai bahan utama. Kalian yang buntu idea nak buat apa lagi dengan buah durian ni kan. Boleh cuba dan pilih mana - mana resepi di bawah. Resepi mudah dan sudah tentu sedap. Ada resepi yang viral lagi.

16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

1. Resepi Muffins Durian Lembap

Bahan - Bahan
A)
180 gm Isi Durian
1 sudu kecil Lemon juice
50ml Susu segar

B)
2 biji Telur gred A
150 gm Gula

C)
180 gm Tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil Baking powder
(Ayak semua bersama)

D)
50 ml salted butter, cairkan

E)
Almond slice untuk hiasan
Cara - Cara
1. Panaskan terlebih dahulu ketuhar 5-10 minit 180C (350F)
2. Lenyekkan bahan A sebati, ketepikan.
3. Pukul bahan B sehingga kembang.
4. Masukkan bahan A putar sebati.
5. Masukkan bahan C sikit sikit bersama bahan D putar sebati.
6. Isi kan adunan kedalam acuan kertas muffins di dalam loyang dan tabur bahan E.
7. Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian turun kan suhu kepada 160C (320F) Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

Kredit resepi : Lina Thomas

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

2. Resepi Durian Crepe Mudah

Bahan untuk kulit crepe :
1) 2 sudu besar tepung gandum
2) 3 sudu besar tepung ubi kayu
3) 1 sudu besar tepung kastard
4) 1 1/2 sudu besar tepung jagung
5) 1 sudu besar tepung hoen kwee (putih)
6) 2 biji telur
7) 1/2 cawan susu segar atau susu cair
8) 1 cawan air
9) 1 sudu besar minyak jagung atau butter cair
10) Secubit garam
11) Pewarna kuning
Cara - Cara 
1) Campur semua bahan, Blend dan tapis.
2) Guna senduk kecil dan lenser aats kuali non stick ( guna api kecil) untuk dapatkan kulit yang nipis. Step kat sini paling mencabar. 
Filling :
1) Isi durian
2) Non-dairy whipping cream
( Agak cukup la ya)
Cara - Cara 
1) Putar non-dairy whipping cream sampai kental. Tekstur nya jadi macam aiskrim.
Cara Untuk Balut
Letakkan cream yang dah diputar atas kulit crepe. Lapiskan dengan isi durian dan lapiskan lagi sekali cream. Balut dan sudah siap.

Kredit resepi : Nor Hafiza Ghazali 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

3. Resepi Creampuff Durian ( Boleh Buat Untuk Niaga ) 

Bahan Untuk Pastry
100gm butter dadukan.
250ml air
125gm tepung naik sendiri
(Guna tepung gandum pun boleh + 2 sudu teh baking powder)
3 biji telur A
Sedikit esen vanilla
1 sudu kecil gul
Sedikit garam.
Cara - Cara 
1. Didihkan air dan butter + garam + gula dengan api sederhana ~ bila dah didih tutup api jap masukkan tepung dan whisk lelaju bagi sebati. Hidupkan semula api whisk sekejap atas api. Tutup api dan ketepikan bagi sejuk.
2. Kocokkan telur dengan esen vanilla.
3. Masukkan telur ke dalam adunan yang telah sejuk tadi. Kacau rerata dgn senduk kayu.
4. Dah siap boleh paipkan atas baking paper dan spraykan air. Bakar 180 celcius 20 minit atau ikutlah kesesuaian panas oven memasing.
5. Apabila dah masak, sejukkan. Ada filling paipkan filling masuk secukupnya dah siap. Sejukkan dalam peti ais baru boleh makan.
Bahan Untuk Cream durian:
200 ml non dairy whip cream
5 ulas isi durian
Cara - Cara 
1. Putar whip cream hingga kental, masukkan isi durian dan pukul lagi sekejap hingga sebati.
2. Dah siap.
Kastard durian:
2 sudu besar tepung kastard.
1 sudu besar tepung gandum/jagung.
4 sudu besar gula.
250ml susu segar.
1 bijik telur.
1 sudu besar butter.
Isi durian ~ agak -agak nak sedap banyak mana 4-5 ulas pun dah sedap.
Cara - Cara 
1. Lebur semua dalam kuali dan whiskkan dulu bagi sebati bercampur semua baru hidupkan api sederhana, kacau hingga kental berkilat. Dah siap.
2. Dah sejuk paipkan dlm creampuff. Sejuk-sejuk baru makan sedap. I

Nota 
Filling putih cream durian, filling kuning tu kastard durian cuma kastard durian boleh makan banyak sebab tak muak.

Kredit resepi : Norwati Samsu

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

4. Resepi Kuih Bingka Durian

Bahan - Bahan 
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega.. di cairkan.
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 - 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan utk di tabur atas bingka
Cara - Cara 
1. Campur kan santan pekat, gula, mentega, air, telur, isi durian dan garam dikisar halus dengan guna blender.
2. Kemudian masukkan tepung, beberapa titik pewarna kuning dan kisar lagi hingga halus.
3. Panaskan oven terlebih dahulu dan masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang yang sesuai.
4. Bakar guna pada suhu 170'c selama lebih kurang 45 minit.

Kredit resepi : Lie Ya
resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

5. Resepi Cucur Kodok Durian 

Bahan - Bahan 
2 cawan isi durian
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
1sudu kecil garam

Cara - Cara 

1. Gaul semua bahan sampai sebati dan lembut.
2. Panaskan minyak masak ,bila minyak dah panas kecilkan api.
3. Basahkan tangan dgn sikit air dan jemput sikit bancuhan tadi masukkan dalam kuali buat bentuk bulat kecil.
4. Buat dalam 10 biji nampak sikit kuning alihkannya dengan sudip dan di pusar - pusar kan dalam kuali agar jadi bulat - bulat. Buat sampai cucur keperangan dan bolehlah di angkat dan dihidangkan. 

Kredit resepi : Siti Fatimah 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

6. Resepi Kuih Seri Muka Durian 

Bahan Lapisan Pulut:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat/kotak
1 ts garam
3 helai daun pandan
Cara Masak Pulut:
1. Basuh dan rendam beras pulut selama 1 jam. Selepas direndam, toskan.
2. Masuk semua bahan dalam loyang pengukus dan kukus sekitar 30-35minit. Ketepikan seketika.
Bahan Lapisan Puree Durian :
6-7 ulas durian @ 1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 sudu makan minyak sayuran
1 cawan gula
1 biji telur ayam
Cara Buat Lapisan Puree Durian :
1. Kisar isi durian dan santan.
2. Ayak semua tepung, tambah gula, minyak sayuran dan telur.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung dan gaul sebati.
4. Masak dalam 3-5 minit sahaja
Cara Buat Seri Muka Durian:
1. Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan.
2. Masukkan 1 1/2 ts pulut dan mampatkan.
3. Tuang puree durian ke atas pulut.
4. Kukus 10 minit dengan api besar dan 5 minit dengan api sederhana.
5. Siap dan boleh dihidangkan
6. Kalau guna loyang, lapikkan dengan daun pisang atau lapik plastik dan sapu minyak.
7. Masukkan pulut dan padatkan. Cakar sikit pulut dan tuang puree durian.
8. Kukus 30 minit dengan api sederhana. Buka penutup lepas tu sambung kukus lagi sekitar 5 minit untuk keringkan lapisan atas.

Nota : 
Sejukkan dahulu kuih seri muka yang baru dimasak kemudian barulah dipotong dengan pisau plastik bagi cantik.
Kredit resepi : Cik Ra's Homemade 
resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

7. Resepi Bubur Kacang Durian 

Bahan - Bahan 
1/2 kg kacang hijau
2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan
2 helai daun pandan
2 cawan air
3-4 cawan santan
3 ulas durian - optional
1 sudu besar garam

Cara - cara 
1. Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

2. Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam kuali dengan api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.

3. Dalam periuk lain, masak air dengan air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk.

4. Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

5. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.

6. Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yang jernih ke dalam kuah bubur. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.


Kredit resepi : Nurnaema Naema

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

8. Resepi Serawa Durian Pekat Likat 

Bahan - Bahan 
2 biji durian sederhana
Setengah biji kelapa parut
Secubit garam
1 setengah sudu gula
2 helai dun pandan

Cara - Cara
1. Masuk sedikit air dalam kelapa. Jangan banyak. Perah kelapa yang diparut. Perah dulu kelapa sampai keluar santan. Baru tapis. Santan lebih pekat, pati santan. Dan fresh.
Kelapa yang dah diperah tadi masukkan sedikit air untuk dapatkan lebihan santan. Ulang cara yang sama.
*kalau beli santan, agak - agak je dalam 2 cawan. Terlebih lemak boleh buat mengantuk.

2. Masukkan durian, santan dan daun pandan dalam periuk. Bukak api sederhana dan kacau. Masukkan secubit garam untuk naikkan lemak dan gula untuk manis.

3. Terus kacau sampai masak. Isi durian akan lerai dengan sendirinya. Dan jangan tinggalkan serawa atas api yang menyala.

Siap! Boleh dimakan bersama roti putih atau roti jala.

Tips: Kalau buat malam, esoknya lagi sedap sebab durian dah kembang. Tapi, periuk jangan tutup habis sebab ada santan.


Kredit resepi : Awatif Osman

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

9. Resepi Pengat Bebola Durian Viral 

Bahan Bebola 
Isi Durian secukupnya
Tepung pulut secukupnya
Pewarna kuning (ikut suka)

Cara - Cara
1. Gaul sebati tepung pulut dengan isi durian sehingga adunan tak melekat kat tangan.
2. Bulat bulatkan, kemudian rebus dalam air hingga masak.
3. Kalau dah timbul dalam periuk tu dah masak ler tu. Angkat dan toskan.

Bahan Untuk Kuah 
Santan 200ml
Gula merah/melaka secukupnya
Gula pasir secukup rasa
Garam secubit
Daun pandan
Sedikit air
2 ulas durian (kasi lebih umpphh!)

Cara - Cara 
1. Satukan semua bahan kemudian masak atas dapur api sederhana.
2. Dah mendidih, masukkan bebola durian yang dah direbus tadi. Sedia dihidangkan.

Kredit resepi : Cik Puan Siti Masitah 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

10. Resepi Kek Butter Durian Lemak Berkrim

Bahan-Bahan

250 gm butter
200 gm gula halus
4 biji telur
300 gm Isi durian*
4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
240 gm tepung naik sendiri**
1 sudu besar tepung jagung**
1/4 sudu kecil garam** (** campurkan dan ayakkan) 


Cara-Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
3. Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dengan susu segar.
4. Gaul rata. Lenserkan loyang dengan butter.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 40-45 minit sehingga masak.


Kredit resepi : Yatie Memories

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

11. Resepi Bubur Pulut Hitam Durian 

Bahan - Bahan
300 gm beras pulut hitam dicuci bersih dan direndam semalaman
4 ketul gula melaka dimasak dengan sedikit air lalu ditapis
4 sudu besar gula pasir - yang ini terpulang kalau nak manis tambah
300 ml santan
Durian sebanyak mana yang anda suka
Sedikit santan pekat yang di tambah dengan sedikit garam untuk disiram di atas bubur waktu dihidangkan
Secubit garam dan daun pandan


Cara - Cara 
1. Rebus beras pulut hitam bersama air sehingga lembut, lalu masukkan air gula melaka, gula pasir dan daun pandan,masak lagi hingga mendidih.
2. Masukkan santan dan secubit garam kacau dengan api sederhana jangan smpai pecah santan, biar mendidih dengan perlahan lalu masukkan durian.
3. Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah di tutup api.
4. Sendukkan bubur pulut hitam didlm mangkuk dan sudukan santan pekat diatas nya dan boleh lah dihidangkan, Enak juga di makan sejuk. 

Kredit resepi : My resepi 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

12. Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

Bahan - Bahan
10 ulas durian
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovelate
2 penutup pewarna kuning telur starbrand


Cara - Cara
1. Blend sahaja semua bahan kembang dan pekat.
2. Letak dalam bekas aiskrim dan letak dalam freezer.

Nota : 
1. Susu pekat atas citarasa masing-masing nak kurang atau lebih.
2. Kalau rajin lepas blend, letak dalam mixer dan mix lagi biar kembang.
3. Pewarna pun kalau tak suka tak perlu letak.

Kredit resepi : Saji.my

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

13. Resepi Jem Durian Homemade 

Bahan - Bahan 
250 gm isi durian
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sudu besar mentega atau margerin
Seikat daun pandan


Cara Menyediakan Jem Durian 
1. Masak gula, garam dan air berserta daun pandan d idalam periuk dengan api kecil sampai gula dan garam larut.
2. Masukkan isi durian tadi bersama mentega atau marjerin. teruskan mengacau secara kerap, takut berkerak.
3. Kacau sehingga jem likat. matikan api dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas atau botol bertutup dan simpan dalam peti ais.

Kredit resepi : My resepi 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

14. Resepi Kek Keju Durian Bakar Sedap Hanya Guna Blender 

Bahan - Bahan 

Bahan Dasar kek 
140 gm biskut lemak campur dengan sedikit cornflakes dikisar hancur 
60 gm mentega atau marjerin 

Bahan Adunan kek 
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor 
2 biji telur 
50 ml susu segar atau susu sejat 
140 gm isi durian 
2 sudu makan tepung jagung

Cara Menyediakan Kek Keju Durian Bakar Guna Blender 
1. Untuk adunan dasar kek, mula - mula sekali cairkan mentega dan campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati. 
2. Masukkan ke dalam loyang springform saiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium. Tekankan serdak biskut hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sekejap. 
3. Untuk kek pula, krim keju, telur dan gula dimasukkan di dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu. 
4. Masukkan isi durian dan kisar lagi hingga sebati. 
5. Kemudian bahan akhir masukkan tepung jagung. 
6. Keluarkan loyang yang telah disejukkan tadi, tuangkan adunan keju di dalamnya.
7. Bakar guna kaedah water bath atau bain marie. Masukkan loyang ke dalam loyang yang berisi air panas. 
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 1 jam. 
9. Nak tahu kek sudah masak, permukaan kek kelihatan kering dan tak melekat. 
10. Keluarkan loyang yang berisi air panas tadi dan letak balik loyang ke dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit. Biarkan dalam 15 minit. 
11. Kelurkan loyang kek, biarkan sejuk di luar. Baru boleh masukkan ke dalam peti untuk disejukkan. 
12. Kemudian, simpan dalam peti sejuk dalam 3 hingga 4 jam sebelum dipotong.

Kredit resepi : Norhidayu Abdul Majid

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

15. Resepi Kek Chiffon Durian 

Bahan A
150 gram tepung naik sendiri
100 gram gula kastor
6 biji kuning telur gred B - jika gred A 4 biji
40 gram minyak jagung
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B
6 biji putih telur
100 gram gula kastor
1 sudu teh krim tartar

Bahan C
200 gram isi durian yang dikisar

Cara - Cara 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati.Kemudian masukkan minyak dan susu segar.. gaul seketika hingga sebati.
3. Gunakan bekas lain putar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan kental.
4. Masukkan Bahan B sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan gaul hingga sekata.
5.Masukkan dan gaul sebati Bahan C, isi durian yang telah dikisar ke dalam adunan tadi.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. ikut tahap kepanasan sesebuah oven .
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk lidi sate.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon sehingga sejuk.
10.Dah sejuk sisip tepi kek dgn spatula dan keluarkan dari loyang.

Kredit resepi : zila4ever.blogspot.com 

resepi kek durian, durian,  durian musang king, durian d24, durian tembaga

16. Resepi Durian Goreng 

Bahan - Bahan 
Durian
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air (lebih kurang)

Cara - Cara 
1. Campurkan kesemua tepung, telur dan sedikit garam serta serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan mendapat kepekatan yang sederhana.
3. Celup durian di dalam adunan tadi secara rata.
4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

Kredit resepi : Buat orang lapo 

Harap dah tak buntu nak buat apa lagi dengan durian kan. Kalau asyik makan saja ni agak boring juga. Kalau pelbagaikan untuk resepi ada juga inovasi yang boleh dibuat dengan menu durian. Rupanya macam - macam boleh dibuat dengan durian. Pelbagaikan resepi baru kita tak boring nak makan durian. Apapun selamat mencuba. 

Terima kasih buat penyumbang resepi yang berkongsi aneka resepi durian. Semoga pahala sentiasa mengalir buat yang berkongsi walaupun hanya resepi. 


Baca Juga Artikel Yang Lain :
# 30 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dan Cepat#17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap
#Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap#Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan
#Resepi Kek Marble Moist, Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan

This post have 3 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 2 July 2020 at 10:35

semuanya nampak sedap...durian goreng tu plg menarik perhatian rietta...

Reply
avatar
Abam Kie delete 4 July 2020 at 13:47

Cuma mampu tgok je sbb abe kie mmg x makan durian. Huhuhu. Mmg la pic di homepage blur semcm je. Abe kie dulu pasrah tukar template baharu. Terpaksa buat sbb x tahu doh lagu mano nak settle kan.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang