Friday, 14 December 2018

author photo
Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega||Lama rasanya tak buat kek chiffon, biasanya orang panggil kek span sebab lembut sangat. Kek chiffon sebab guna acuan chiffon yang ada lubang di tengah tu. takut hilang skill. Kalau lama tak buat ni mulalah menggelabah, harap - harap menjadi la kek ku.

Kebetulan ada pisang, tangkai dia tu macam nak buruk sikit. Ambil lah simpan dalam peti dulu sebelum  nak lecek esok pagi. Resepi ini dah diolah sikit. Sebab ada tambahkan tepung dan bahan cecair yang lain. Bilangan telur masih lagi sama.

Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega

Sebenarnya kek chiffon, kalau bakar sebelum ni memang pecah la permukaan atas tu, tapi tekstur masih kek chiffon cuma permukaan atas tu tak cantik.. Tengok orang lain buat naik cantik takde lah crack ke pecah bagai.. Itu yang jealous tu hii.Sekali fikir nak jugak la permukaan cantik tak crack macam orang lain buat.

Tapi tiap kali buat, tiap kali tu la nak crack. Bila baca tip orang yang bagi ,dia cakap kalau kek chiffon tu 25 minit pertama tak habis lagi dah crack maknanya suhu oven tu panas. Jadi, kesimpulannya kena kurangkan suhu, suhu oven masing - masing berlainan kan jadi sebab tu tak boleh nak cakap suhu tetap nak buat kek.

Berhati - hati Dengan Suhu 
Biasa kalau nak bakar kek, normal suhu 150 guna. Tak lebih dan tak kurang pada tu, tapi untuk kek chiffon ni nampaknya berlainan kes kena la kurangkan suhu. Ini kek pertama wani buat kurangkan suhu. Panas kan oven sekejap dalam suhu 150 C, tapi bila nak bakar, terus turunkan suhu 130 C dalam 25 minit. Cantik elok lah naik cuma dekat- dekat nak habis tu macam ada minor crack sikit tapi tak besar sangat.

Hemm next time kena buat macam tu dah tak boleh nak bakar dalam suhu 150 C. Lepas habis 25 minit pertama, terus naikkan suhu 150 C untuk 25 minit lagi. Kek chiffon ini nampak senang, tapi tak tahu cara pun jadi susah jugak hii. Panjang lebar nya bercerita pasal suhu..takut - takut la kan ada orang nak belajar kek cipon harap info ini dapat membantu juga. 

Kek chiffon ni kalau perhatikan kebanyakannya banyak guna cake flour,agak jarang nak guna cake flour ni. Sebab campuran cake flour adalah tepung jagung dan tepung gandum. Guna tepung gandum biasa pun tak kisah.kek chiffon ini moist cuma ada ketulan pisang yang tak berapa nak halus. 

Oklah selamat mencuba resepi kek chiffon yang gebu dan ringan tanpa guna mentega. Memang sangat gebu dan ringan macam kapas, telan- telan jerr tak payah gigit hii. Itu sebab memang suka sangat buat kek chiffon sebab lagi satu tak payah guna mentega.

Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega 

BAHAN-BAHAN ( A )
60gm susu cair
4 biji kuning telur
35gm minyak jagung
250 gm pisang dilecek halus
100gm tepung gandum (diayak )
2 sudu besar gula halus


BAHAN- BAHAN (B)
4 biji putih telur
40gm gula halus
1/8 sudu teh cream of  tartar

CARA-CARA
1.Dalam satu bekas, kacau ringan kuning telur bersama dengan gula halus sehingga sebati
2. Masukkan susu, minyak jagung, kacau rata sekejap baru masukkan pisang yang telah dilecek
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sampai sebati. Ketepikan
4. Dalam bekas lain, dengan speed perlahan,putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream tartar dan terus naikkan speed dan putar lagi kemudian masukkan gula halus sikit demi sikit secara berperingkat.
5. Putar sehingga meringue pada tahap 'soft peak' bukan 'stiff peak'.Kalau meringue pada tahap 'stiff peak', nanti susah nak gaul
6. Masukkan separuh meringue ke dalam bekas adunan tadi dan sebatikan dengan kaedah kaup balik. masukkan separuh lagi dan sambung kaup balik sampai sebati. Pastikan semua adunan sebati dengan meringue dan jangan terlebih gaul.
7. Tuangkan ke dalam acuan kek chiffon, ratakan. Hentak sikit acuan kek chiffon untuk keluarkan buih - buih udara
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. ikut oven saya,saya panaskan pada suhu 150 C, lepas tu  bakar suhu 130 C selama 25 minit dan naikkan suhu kepada 150 C selama 25 minit.
9. Setelah masak, terus terbalikkan acuan kek chiffon untuk disejukkan dan boleh keluarkan dari acuan apabila kek telah suam - suam sikit.Tak tunggu kek sejuk sepenuhnya pun tak apa, takut jadi macam lembap kat dasar acuan

NOTA
Suhu bergantung pada oven masing - masing

Pastikan meringue dikaup balik dengan rata bersama adunan tepung


P/S : Sekarang, tengah edit post - post lama, nanti memang berderet resepi post lama diupdate balik hii. Harap bertabah ya.:). Terima kasih sudi singgah


This post have 4 komentar

avatar
muhammad nizam delete 24 September 2015 at 23:25 This comment has been removed by the author. Reply
avatar
Mel delete 25 September 2015 at 17:33

oh kek pisang, sedapnya.. Mel tak berkesempatan lagi nak baking2 ni

Reply
avatar
Sheila Adziz delete 15 December 2018 at 13:05

wow sedapnya salah satu kek yg akak minat ke pisang buat sdiri.... bla nak tolong buat kat akak ni, akak malas nak buat kt rumah xde oven.... hehehe

Reply
avatar
Jari Manis delete 16 December 2018 at 16:14

pandainya masak...leh buat jual ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang