Thursday, 13 December 2018

author photo
Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini, Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai|| *Post Edited* Entri ini tahun 2016 :).Tajuk entri dah macam kalau nak minum hot chocolate tak payah pergi kedai hii. Buat sendiri lagi bagus. Tiba - tiba tengok entri ini macam dah lama tak buat minuman coklat sendiri. 

Oklah ya siapa suka minum hot chocolate, jom tengok resepi ini, seumur hidup tak pernah nak buat serbuk minuman coklat sendiri  Macam terasa nak cuba buat hot cocoa mix homemade.. Sebelum ni tak pernah buat pun.walaupun kat kedai pun berlambak - lambak hot cocoa mix kan. Tapi tak pernah pulak terasa nak beli. Terasa nak buat sendiri ada pulak. pening jugak nak cari yang betul-betul mudah..akhirnya, berkenan dengan penyediaan yang mudah dan bahan mudah dapat.. sebab macam-macam jenis resepi hot chocolate mix

Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Hanya Guna 5 Bahan Ini, Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai



Memang dah lama jugak ni nak buat, tapi asyik delay walaupun bahan dan cara penyediaan pun mudah . Tak lah susah sangat.cuma dalam resepi ada letak garam tapi wani tak letak 

Cuma next time,rasa nak ganti gula kasar tu dengan gula halus, bagi nampak hancur sikit, sebab guna gula kasar macam tak berapa nak smooth pulak blend. Kat atas tu letak parutan coklat tapi dah cair sebab masih panas lagi masa tu. Hii.. Kalau nak letak krim kat atas tu lagi menggoda.. 

Mudah je ni sesiapa yang suka minum hot coklat tu, lebih baik buat sendiri..Homemade lagi murah dan halal hii. Kalau guna serbuk koko premium tu lagi rasanya sedap. 

Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini, Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini, Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan ( 100gm ) gula kasar
1 sudu besar (8gm) tepung jagung
85gm dark chocolate compound, cincang kasar sikit terlebih dahulu, senang nak blend nanti ( wani cukupkan 100gm )
1/2 cawan ( 40gm ) serbuk koko pilihan ( guna serbuk koko van houten )
Vanilla bean belah tepi dan kikis ambil biji hitam kat dalam. (kalau tak ada boleh ganti dengan vanila ekstrak )

CARA-CARA

1. Blend ke semua bahan menggunakan blender atau food processor sampai jadi serbuk
2. Simpan di dalam bekas kedap udara. Dapat dalam 1 3/4 cawan

PENYEDIAAN UNTUK MINUMAN

Panaskan 1 cawan susu segar sampai naik wap sikit, letak hot cocoa mix dalam 3 sudu besar atau nak lagi rasa coklat tambah.kacau sampai ia mendidih dan larut. siap untuk diminum.kalau nak rasa lagi sedap letak marshmallow dan krim kat atas tu lagi bertambah sedap

This post have 3 komentar

avatar
yeaslmn delete 13 December 2018 at 17:28

Sedapnyaaa. Macam senang je nampak. Huhu

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 14 December 2018 at 10:52

sedapnye....dpt hot choc pepagi best...

Reply
avatar
ray delete 28 May 2019 at 14:42

serious la boleh buat sendiri wowwww

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang