13 Julai 2015

author photo
Assalamualaikum....


Salam semua...

Sudah 25 hari ramadan berlalu...lagi tinggal 4 hari insyaAllah  kita akan sambut raya hari jumaat nanti.. Puasa dah nak hujung2 ni .. Ramai orang dok cari resepi biskut.. Naik rating tinggi .. Pasal biskut blog wani ni.. Keyword pun ramai dok taip pasal biskut hii Padahal tak ada la sangat wani post pasal biskut.. Hari ni ada kesempatan masa sikit nak letak entry. Dah cakap resepi biskut wani mudah2 jer.. Time raya menu yang wajib buat..last minit pun boleh buat lagi..esok nak raya pun boleh lagi tapi bahan bahan kena ada la. 

Cornflakes madu ! Kali ni tak letak ceri dah sangat simple ..letak bijan dan badam kasar sangai. Buat untuk 1/2 kilo cornflakes..berbaloi la banyak jugak dapat. Tapi kalo buat sorang sorang ni penat hii ..makan pun macam chipsmore kejap dah habis.. Kan

Resepi ni ternampak dekat facebook.terima kasih di atas perkongsian resepi ni ..wani kongsikan kat sini pulak. 

CORNFLAKES MADU 
SUMBER: NOORAIN ABDUL RAHMAN 

BAHAN - BAHAN

500 gm cornflakes
250 gm butter
7 sudu makan madu
5 sudu makan gula biasa / brown sugar ( wani guna gula halus)
50gm bijan disangai ( wani campur dengan badam kasar )

CARA- CARA
1. Masukkan cornflakes dalam satu mangkuk besar, ramas sikit supaya hancur sedikit
2. Dengan api kecil, cairkan semua butter, gula dan madu sampai larut semua sampai didih
3. Tutup api dan siram larutan yang dimasak tadi ke dalam cornflakes.( wani campur sekali dengan bijan dan badam kasar sangai ke dalam adunan ikut cara asal untuk hiasan ). kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes madu ke dalam papercup 
5. Tabur bijan yang sudah disangai dan bakar pada suhu 150 selama 10 minit. 

NOTA: jangan bakar terlalu lama sebab ia akan terlalu keras dan susah nak buang dari papercup

This post have 7 komentar

avatar
Wattie delete 13 Julai 2015 9:40 PTG

Assalamualaikum Wani,
Best tu biskut ni Wani, mau habis sebalang klu mengunyah depan tv, kak.jg tak terbuat2 lg. Selamat hr raya Wani, maaf zahir dan batin.

Reply
avatar
Wattie delete 13 Julai 2015 9:41 PTG

Assalamualaikum Wani,
Best tu biskut ni Wani, mau habis sebalang klu mengunyah depan tv, kak.jg tak terbuat2 lg. Selamat hr raya Wani, maaf zahir dan batin.

Reply
avatar
Khalid Kyle delete 14 Julai 2015 12:59 PTG

Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

Reply
avatar
Tanpa Nama delete 1 Julai 2016 1:36 PTG

kakk , butter tu kalau tukar planta boleh tak ?

Reply
avatar
Unknown delete 3 Julai 2016 2:26 PG

kalau tak guna bijan tu pun takpe kan?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 3 Julai 2016 8:56 PG

Bijan tu optional tak letak pun x pe :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram