-->

Wednesday, 22 February 2017

author photo
Resepi Mee Kari Simple, Sedap Dan Mudah | Mee kari semestinya menu kesukaan semua rakyat Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai variasi masakan untuk mee kari. Bagi sis, kalau yang simple, sedap dan mudah masuk tekak tu memang boleh terima dah. Agak lama dah tak buat mee kari ni. Dah banyak minggu bonda wani request nak makan mee kari.. kejap - kejap cakap "lama dah tak makan mee kari" .tahu nak suruh masak. 

Wani jugak yang serba salah, mee kari ni kalau makan memang sedap, api nak buat tu leceh jugak. Sebab banyak bahan nak topping  mee kari ni kan, potong itu, potong ini. Hari tu, Wani gigih la jugak masak mee kari ni., cuma tak semua bahan ada. Teringat ada kepala udang frozen dalam peti. Ambil yang tu rebus untuk buat stok. Isi udang tak ada, jadi lah kepala udang saja pun.

Sebab kuah rasa lain bila letak stok udang ni. Sedap sangat. Isi  kerang pun wani tak letak, buat yang mana stok bahan ada jerr.

resepi mee kari simple, sedap dan mudah

Resepi yang selalu wani ambil dari azie kitchen. Banyak kali dah guna resepi ni. Kak azie ni memang power bab masak- masak. Orang Kelantan juga. Biasalah jugak banyak wani cuba resepi dari blog beliau. Dari masakan tradisi sampai ke menu western.

Akhirnya lepas jugak hajat bonda wani nak makan mee kari. Tak buat macam tersekat- sekat tak kena pulak kita. Tengok dia makan. Ya Allah lega nya tengok  kenyang bonda makan mee kari. Minta maaf ya, gambar tak nampak gambar kuah, sebab penuh dengan bahan topping..tengah makan, pergi top up kuah sebab tak cukup. 

Yang daun hijau tu wani biasa guna chinese coriander atau daun ketumbar, sedap rasa masuk pulak dengan mee kari. Suka betul letak daun tu banyak-banyak. Tapi tak tahu lah kalau orang lain. Ada orang potong daun sup dan daun bawang. Tapi wani tak guna, tekak masing - masing lain lah kan.

Kalau kalian nak cuba, boleh lah cuba resepi mee kari yang mudah dan sedap ni. Rahsia mee kari sedap mesti kena ada stok udang.

Resepi Mee Kari Simple, Sedap Dan Mudah

Sumber: AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang 
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak 
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya  

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 batang serai
2 sudu besar udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dengan stok udang)

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Untuk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis 
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara-cara
1. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. 
2. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
3. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
5. Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
6. Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.


Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
1. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
2. Tuangkan kuah di atas mee tadi. 
3. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan


This post have 6 komentar

avatar
noor azlan delete 22 February 2017 at 17:30

Mee Kari kalau kuahnya pekat memang sedap sangat.... Kalau mak dah minta, terpaksa lah turutkan ye kan... hehe

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 22 February 2017 at 18:16

amboi sedapnya. terliur nampak petang2 gini. hehe

Reply
avatar
Ana Jingga delete 22 February 2017 at 22:07

kak ana pun selalu dapat resepi dari azie kitchen ni wani, sedap mee kari kerang kan wani :)

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 23 February 2017 at 19:15

Sha pun suka mee kari.. tapi tak suka letak daun ketumbar ke daun sup ke bawang goreng ke.. hehehe

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 24 February 2017 at 10:44

Rajinya wanie masak mee kari.. Lea tak pandai masak.. hehe.. pas bersalin nanti nak rajin jugak la.. belajar dr wanie.. ekekeke

Reply
avatar
Dunia Zumal delete 8 August 2018 at 13:43

Fuh terliur tengok mee kari tu

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang