Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Tanpa Perap

Salam semua, Lama rasanya tak up pasal kek, wani pun dah lama sangat ni tak buat kek, fikir- fikir nak buat kek apa, teringat yang kek sarang semut ni lama dah tak buat.

Tapi kalau dulu wani suka main perap,boleh lah baca kat SINI  nak buat macam mana kita ikut petua orang la kan, suruh perap, kita pun perap.

Alhamdulillah walaupun perap 4 jam, menjadi la sarang nya tu.

kek sarang semut tanpa perap

Kadang- kadang terfikir, orang yang buat resepi ni memang confirm ke kena perap sebenarnya. Takut tersalah method. 

Sebab terfikir bukan kena perap sebenarnya, cara tu, kena bakar api bawah sahaja. Itu yang bersarang kek tu. ANDA RASA?

Tapi bila terjumpa resepi kek sarang semut tanpa perap ni, oii rasa macam nak melompat. First attempt buat menjadi. Jom tengok step by step

Cara Buat Gula Hangus 


Mula- mula sekali nak kena buat gula hangus. wani guna non stick pan. senang tak melekat. ok letakkan gula pasir dalam ni dan panaskan dengan api perlahan


Yang ni tip penting. kalau boleh nak masak gula hangus ni, tak adalah kita kacau gula tu macam nak goreng nasi. Agak lah nak kacau macam goreng nasi 

Apa yang wani tengok dan faham dekat tv ke dekat you tube ke.

Gula ni lepas kita letak dalam kuali, pasang dengan api perlahan, kita biarkan jerr macam tu.

Nanti gula akan cair bahagian bawah dulu. tengok gambar tu kat tengah tu dah cair tapi wani tak kacau lagi tu. Just biarkan gula tu cair.. dan dah mula tepi tu nak cair.

Kalau selalu kacau -kacau buatkan gula tu melekat di senduk. Sebab tu tak digalakkan kacau. Bergantung kat orang jugak, tapi wani memang buat macam tu. 


Lepas nampak gula tu cair kat tepi -tepi tu, barulah wani mula kacau perlahan - lahan, ambil masa jugak ni nak buat gula hangus. 


Gula dah cair sepenuhnya tapi masih belum siap 


Kacau dan terus kacau sampai ia naik berbuih macam ni. Lagi lama gula ni di masak ia makin hangus, yang tu lah mempengaruhi warna kek sarang semut ni. 

Perasan tak ada yang buat nampak macam cerah jer gula hangus dan ada yang nampak gelap. Wani suka gelap. 

Nampak ia naik buih macam ni kalau boleh lama sikit, masa tu lah step nak masukkan air panas.

Kalau korang nak tahu tip nak masukkan air panas, kita tak nak bagi terpercik kan, nanti baca di resepi kat bawah ya.


Eh tetiba dah gambar ni. Dah buat sorang ni tak ada tukang snap. Dah skip dah bab masukkan air panas tu ya,, nak buat macam mana satu pegang senduk satu pegang cawan air panas. 

Yang ni dah siap masukkan butter semua dah. Kacau-kacau terhasil lah macam ni. kita ketepikan sekejap.

Cara Buat Kek Sarang Semut


Bahan-bahan yang telah diayak. ketepikan sekejap


Resepi asal guna 7 biji, tapi saja wani cuba dengan 6 biji telur gred A. Tak nak bau eggy sangat sebenarnya.

Tapi sarang pun terhasil cantik jugak. Jadi korang boleh lah nak guna 6 biji telur ya tapi guna gred A.


Kita letakkan susu pekat manis dan esen vanila  


Kacau lah dengan handwhisk sampai sebati. ikut resepi guna blender, kalau tak nak kotorkan blender, kacau jerr dengan handwhisk, kalau rajin basuh blender, guna blender. 


Terlupa nak sebut pasal loyang ni. dasar loyang yang telah digriskan. Tepi loyang tak payah. Loyang ni saiz 9" inci tak silap wani


Gambar ni gula hangus yang telah dimasukkan, dah bercampur dah dengan adunan telur. Lepas tu kita kacau sampai sebati. 


Masukkan tepung yang telah diayak, masukkan sikit -sikit jerr ya. Kacau sampai lah adunan sebati.


Bila dah siap, adunan jadi macam ni. nampak kan ketulan kecil tu. Biarkan jer. nanti kita nak tapis.


Tapiskan terus masuk dalam loyang, kenapa perlu tapis? 

Sebabnya takut ada ketulan telur yang tak hancur lagi dan juga ketulan tepung yang tak hancur, nampak tak dalam gambar tu. barulah yang masuk dalam loyang tu cantik mulus jerr adunannya. 


Dah siap tapis, ikut resepi memang tak perap kan, tapi wani biarkan jer dalam 30 minit. 

Sebab lepas tapis dalam loyang wani pergi kemas meja, basuh itu basuh ini, baru nak panaskan oven ambil masa dah 10 minit. 

30 minit kot kejap rest, tak macam resepi yang wani buat sebelum ni sampai 4 jam sanggup ku tunggu duh duh.

Sekarang dah jumpa yang tak payah perap lama ok dah.


Dah siap bakar.wani bakar dalam 50 minit. lepas tu tambah masa sikit, bakar api bawah sahaja. 

Beberapa minit dan tambah masa sikit lagi nak garingkan bahagian atas pulak, guna api atas sahaja. 

Last nak angkat keluar dari oven, ada cucuk dengan lidi nak tengok melekat ke tak. lepas tu baru boleh angkat. 


Dah suam - suam kuku boleh lah potong, cantik tak bersarangkan, resepi ni a keeper dah. Sebab tak payah perap.

Terima kasih penyumbang resepi wani ambil pun kat facebook, copy paste kat sini, nanti korang cuba, tak payah risau dah jaminan semut pun datang nak buat sarang.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Tanpa Perap
(Noy Yullan)

Bahan Karamel
2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)
3 sudu besar mentega
2 cawan air panas

Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan Blend
7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )

Cara-Cara
1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.
2. Masukkan mentega. Kacau rata.
3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.
6. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.
7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.
8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dengan saya.)
10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.
11. Potong kek melintang urat.

Kredit Resepi : Noy Yullan

Untuk video, kalian boleh tonton video di bawah ya. Jemput lah singgah di my youtube channel.


9 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Wahh memang terbaik :) pandai kak wani masak kek. Dan cantik hasilnya :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth & Salam pagi isnin sis Wani
    .
    Maznee doakan minggu ini semuanya Allah lancarkan urusan

    Amin

    ReplyDelete
  4. Menarik betul tengok kek tu. Thanks kongsi resipi..

    ReplyDelete
  5. Macam manalah dalam tu boleh ada corak corak kan

    Cantik

    Memang macam sarang semut

    ReplyDelete
  6. Suka makan kek sarang semut tapi bila buat kadang-kadang jadi, ada masa tak bersarang, frust tau.. Mungkin next time boleh cuba kaedah Wani dalam entri ni..

    ReplyDelete
  7. Patutla dipanggil kek sarang semut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post