-->

Sunday, 22 October 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

pes ikan berempah harum

banyak betul draft tertangguh. habiskan yang mana draft tertangguh dulu, pes ikan berempah harum ni, wani buat bulan puasa lagi..boleh sebekas besar ni simpan buat stok bulan puasa hari tu,  tapi sekarang ni pun ada lagi tapi simpan dalam peti sejuk beku bukan peti bawah ya..best jugak kalau dah simpan macam ni.. terfikir nak masak apa dengan ikan, boleh keluarkan terus pes ni dari peti sejuk. dan kita tunggu biar ia suhu bilik, boleh lah perap dengan ikan. kalau perap dengan ikan, tu biasa masuk dengan ikan siakap, ikan terubuk pun wani guna, ikan bawal pun sama, tapi ikan lain tak tahu, ikan cencaru tak pernah buat hii..

tapi ingat pes ni, mesti kalau bulan puasa hii.. sebab selalu perap dengan ikan siakap.wani suka sebab bau aromanya. tengok lah bahan- bahan dia pulak kan.  ok jom kita tengok step by step. stok pes ikan ni buat banyak senang sikit. terus siap tumis

BAHAN-BAHANNYA 


air asam jawa secukupnya, penting air asam jawa ni.


bahan- bahan rahsia hii, kita ada serai, lada burung, bawang putih lengkuas, daun limau purut dan halia. bahan rahsia yang lain ada kat bawah


belacan bakar, wajib letak ya


bawang merah dan bunga kantan. bunga kantan tu separuh jerr guna :D


wani guna serbuk kari ikan Faiza


daun limau purut ambil daun nya sahaja urat kat batang tu buang ya


CARA -CARANYA 


bahan-bahan tadi dipotong sederhana dan masukkan ke dalam blender, masukkan juga serbuk kari ikan. air asam jawa dan bunga kantan jangan masukkan lagi ya. letak air biasa sikit nak bagi smooth blend nanti


dah siap blend sampai halus mulus ya


bunga kantan tadi, potong macam ni. kalau nak blend terus dalam tu boleh ,tapi wani suka ada tekstur bunga kantan dalam pes, so tak blend sekali.


satu lagi bahan rahsia hii, gunalah Maggi secukup rasa :D


dah siap blend semua, sedia lah untuk tumis dalam kuali, air asam jawa tu boleh letakkan masa lepas nampak tumisan dah masak naik minyak, perasakan dengan garam dan gula


lepas tumisan masak, sejukkan baru masukkan ke dalam bekas, lepas tu baru boleh simpan dalam peti. simpan dalam banyak hari sikit nak bagi rasa tu mesra, baru boleh guna. kalau dah macam lebih banyak, boleh frozen kan ya. 

Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber : dayang jack

bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

This post have 8 komentar

avatar
Juls Julie80 delete 28 October 2017 at 12:08

best ni..aritu buat jugak lebih..so dpat la 3x bakar ikan..mmg senang utk yg x berapa nak rajin memblend tiap kali nak masak... skrg ni pun kalo penyakit M x berapa kronik sangat, mmg semua pes2 masakan buat sekali..termasuk utk nasik goreng..blk letak jer suhu bilik pas solat ape sume baru senang nak campakj2..ekjejkejke

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 29 October 2017 at 15:19

memang nampak lazat pes ikan ni kak :) sodapp . thank you share resepi ^^

Reply
avatar
Mama Hakim delete 30 October 2017 at 09:51

Selamat pagi isnin dari Mama

Salam blog walking sis Wani

Apa khabar pagi ni

Jemput singgah ya

Siap letak belacan bakar lagi

mesti harum semerbak bau dia

Reply
avatar
Mazni Azmi delete 30 October 2017 at 22:49

Bestnya pandai masak wani

Buat pes tu lebih boleh simpan dalam peti ais kan?

Agaknya tahan berapa lama tu

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 1 November 2017 at 00:54

sedapnya.. busyra suka letak limau purut..

Reply
avatar
mamapp delete 1 November 2017 at 16:24

Sedapnya.. pecah selera tgk

Reply
avatar
Warisan Petani delete 1 November 2017 at 21:16

Buat bakar siakap memang sedap ni.

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 2 November 2017 at 10:36

belacan bakar tu wajib. mak pun suka sangat belacan bakar..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang