BELIMBING TEPI RUMAH - Blog Wani Sukarno

08 February 2018

BELIMBING TEPI RUMAH

ASSALAMUALAIKUM..

buah belimbing

Sejak kebelakangan ni, suhu macam sejuk, berangin walaupun cuaca nampak panas, kalau masuk bulan 2 ni rasa macam dah nak mula panas, tapi suhu macam sejuk, rupanya bukan Wani seorang jer perasan bonda pun perasan juga.Kalau pagi memang rasa sejuk sangat. Tak apa lah sejuk daripada panas tu hii

Sebelum ni pun entri asyik yang review produk jerr XD. Takut korang boring kan. Kadang -kadang belek jugak dalam phone yang mana gambar boleh buat entri, Entri yang santai - santai sikit. Macam tu lah kejap tengok gambar, tapi entri lain juga yang timbul kat blog.

Dah lama asyik belek gambar buah belimbing ni. Tak tanam pun, Pokok belimbing jiran, tapi jiran tanam hampir sangat dengan pagar rumah, jadi dahannya berjuntai masuk dalam pagar. Bonda wani apa lagi dah memang minat dia tengok buah apa pun. Terus pergi bungkus buah belimbing yang mana sempat. Jiran dah izinkan lagi suka la dia..

Nampak bonda wani yang bersemangat nak balut buah belimbing ni, kalau tengok sebelah jiran punya .tak balut pun berlambak buah yang tak besar mana jatuh atas tanah.


Buah belimbing jarang wani nak tengok, ingat zaman kanak-kanak atok yang tanam. Bila jiran tanam buah belimbing ni, macam teruja sebab lama tak tengok pokok belimbing XD. Jiran tanam sebab nak bagi kelulut dia bunga belimbing tu. Kat sebelah rumah Wani ni, kebun kelulut hii.. jadi memang nampak la kelulut  selalu hinggap atas bunga belimbing tu.


Pokok belimbing, pokok nya renek, itu yang senang sangat bonda nak balut, Kalau tak balut tak boleh nanti kena serang dek serangan haiwan lain. Tapi yang balut ni pun tak berapa selamat juga, sebab kena cucuk haiwan perosak, Bila tengok gambar kat atas sekali tu, nampak macam segar tapi kat dalam ada setengah dah rosak. Kalau tak balut, nanti akan nampak berlambak-lambak yang luruh atas tanah.

Mula-mula tu berminat juga nak makan, tapi lama-lama dah puas hii. Kalau kat pasaran boleh tahan juga harga, tapi yang ni rasa baka pokok biasa, sebab ada nampak yang buah nya sangat besar.


Ada seekor kelulut sedang mengumpul madu. Kelulut tak lari dari orang, ia jinak hii.Itu sahaja lah ya. Santai-santai la entri kali ini. Kot la ada yang tak kenal pokok belimbing XD

4 comments:

Raydah said...

sedapnya belimbing. masa kecik2 dulu suka sangat makan belimning bawah pokok dgn jiran2 sebelah rumah. skrg dah jarang jumpa belimbing

Warisan Petani said...

Buah belimbing ni kalau tak dibalut tak dapat makan.
Sesekali makan sedap jugak.

Mazni Azmi said...

Best nya dapat bercucuk tanam sebelah rumah sendiri saja kan Wani. Tak rugi sebab tanah tu termanfaat

Auni Sofea said...

Wau..sedapnya. Masa kecik je selalu makan ni. Dah besar tak jumpa dah