-->

Wednesday, 29 January 2020

author photo
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa | Salam semua, setiap kali untuk berbuka puasa, selalu fikir nak minum air apa eh. Ya lah, seharian berpuasa, mesti air yang dicari dulu. Dahaga sangat. Kalau sis sendiri yang paling mudah buat air sirap tapi tak lah air sirap kosong hari - hari. Buat lah air sirap yang sedap - sedap sikit. Sis pasti, kalian semua pun ada air kegemaran masing - masing untuk berbuka puasa kan.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Yang pasti air kalau air sirap dan air soya mesti sinonim dengan bulan puasa. Agak - agak kenapa ya.
Kalau tak pun, ada lah setiap kali bulan puasa mesti ada resepi air viral kan. Kali ini, sis nak kongsikan koleksi resepi air sedap untuk berbuka puasa. Bulan puasa setakat ini, asyik dalam musim panas. Mesti nak pekena air yang sejuk - sejuk. Pening sebulan nak minum air apa. Kalau tak pun ulang semula resepi air untuk berbuka puasa.

Kalau rasa malas, boleh beli kat bazar ramadan kan. Ada macam - macam jenis air yang dijual. tapi takkan hari - hari nak beli bazar. Buat sendiri lagi jimat banyak kan. Musim ekonomi tak berapa cantik ni, baik buat sendiri. Ramai yang sudi berkongsi resepi air yang mudah dan sedap untuk berbuka puasa. Terima kasih buat yang sudi berkongsi.

17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa 

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

1. Resepi Air Aroikah | Cha Bang Ang ( Air Viral ) 

Bahan - bahan
300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
200 gram gula perang
250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
10 gram @ 1 sudu biji selasih
250 gram air panas
400 ml susu segar full cream
400 ml @ 1 tin susu cair
5 sudu susu pekat manis
Secubit garam halus
1 sudu teh esen vanilla
500 gram ais kiub (secukupnya)

Cara - cara
1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.

Nota : 1 Jug = 1 liter

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

2. Resepi Air Dragon Mix Fruit Viral

Bahan - Bahan
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais batu

Cara - Cara
1. Buah dipotong dadu sederhana.
2. Letak dalam satu bekas. Masukkan ais batu, susu pekat manis dan laici tin sekali dengan air.
3. Kacau rata dah siap. Sedia untuk diminum.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

3. Resepi Air Sunquick Ala Vitagen

Bahan - Bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais

Cara - Cara
1. Sediakan air suam -suam. Tak panas dan sejuk sangat untuk elakkan susu pecah.
2. Kemudian letak ais, baru letak pati sunquick.
3. Nak tahap manis takat mana boleh rasa.

4. Resepi Air Sunquick Campur Sirap Rose

Bahan - Bahan 
Oren sunquick
Sirap ros
Gula

Cara - Cara
1. Campur semua sekali.
2. Sukatan agak-agak tapi sirap tak boleh banyak dari oren nanti bau sirap.
3. Kena pandai agak bagi ada rasa sirap dan rasa oren , masam-masam sikit.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

5. Resepi Air Sirap Bandung Tembikai

Bahan - Bahan
1/2 buah tembikai tanpa biji
Susu cair
Sirap
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas campurkan ke semua bahan.
2. Sedia untuk dinikmati.

Kredit : Khoriff by Bonda

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

6. Resepi Sirap Bandung 3 Layer

Bahan - Bahan
Gula melaka
Air
* Gula melaka dimasak dengan air sehingga cair dan sejukkan

Cara - Cara
1. Dalam gelas, masukkan ais.
2. Kemudian gula melaka.
3. Kemudian masukkan susu Lazz Asli / Kurma bancuh pekat.
4. Masukkan cincau.
5. Dan yang terakhir masukkan sirap merah. Siap untuk dihidangkan.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

7. Resepi Sirap Bandung Soda Float

Bahan - Bahan
1/4 cawan ibu sirap
Gula dilarutkan dalam air panas. Kadar gula mengikut citarasa masing - masing
3/4 tin susu cair
3/4 jug kiub ais
1/2 tin ice cream soda

Cara - Cara
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan ais kiub.
2. Biarkan kiub ais cair. Air tak payah tambah sebab ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

Resepi di atas menghasilkan 1 jug air sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, letak daun pandan dalam sirap ros untuk lagi wangi.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

8. Resepi Sirap Bandung Soda Ais Cincau

Bahan - Bahan
Cincau
Aiskrim soda ( air gas )
Susu cair
Sirap
Ais

Cara - Cara
1. Cincau dipotong ikut suka.
2. Masukkan aiskrim soda.
3. Masukkan susu cair sambil kacau sebab tak nak bagi berketul - ketul.
4. Masukkan ais dan sirap boleh agak ya. Kacau sebati.
5. Siap untuk dihidangkan

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

9. Resepi Sirap Bandung Laici Ais

Bahan - Bahan
Sirap ros
Susu cair
Susu pekat
Buah laici
Air masak
Ais

Cara - Cara
1. Satukan ke semuanya dalam satu juga dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

10. Resepi Sirap Bandung Strawberry

Bahan - Bahan
Air strawberry tak kisah jenama mana ( sangat rekomen guna f & N )
Susu pekat
Ais

Cara - Cara
Campurkan ke semua bahan - bahan tadi. Kacau dan kemanisan ikut tahap manis yang nak. Dah siap untuk dihidangkan.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

11. Resepi Air Punch Buah - Buahan ( Hidangan Untuk 10 Orang ) 

Bahan-bahan
200ml kordial oren Sunquick
200ml sirap
3 liter Sprite atau 7-up
3 liter ais krim soda
2 lemon besar
2 oren besar
Ais

Cara - Cara 
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
3. Masukkan oren, lemon dan ais.

Tips
1. Tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik.
2. Kalau ada mangkuk punch lagi menarik.

Baca juga : Senarai 10 Resepi Air Balang Paling Sedap

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

12. Resepi Air Mata Kucing ( Hidangan Untuk 10 Orang ) 

Bahan-bahan
775gm longan kering
375ml + 375ml air panas
300g gula Melaka
10 sudu besar molases atau gula merah
2 ½ sudu besar gula putih
8 daun pandan, diikat
1.125 liter air
Ais

Cara - Cara 
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair.
3. Keluarkan daun pandan.
4. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
5. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
6. Tambah ais.
7. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.

Tips
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu.
2. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

13. Resepi Air Soya Cincau ( Hidangan Untuk 10 Orang ) 

Bahan-bahan
4 liter air soya sejuk tanpa gula
1kg cincau
250 gm gula Melaka
250 gm air panas

Cara - Cara
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.

Tips
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

14. Resepi Air Fair Lady

Bahan - Bahan
Air oren secukupnya (Nak guna sunquick pun boleh )
1 tin laici dalam tin
Nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
Ais batu secukupnya

Cara - Cara
1. Mula-mula sediakan air oren dahulu.
2. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
3. Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
4. Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

15. Resepi Jus Tembikai Ber Nata

Bahan - Bahan
Tembikai merah/kuning
Gula secukup rasa manis
Nata sebarang perisa
Ais kiub secukupnya

Cara - Cara
1. Blend atau kisar tembikai yang dipotong hingga hancur bersama gula.
2. Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
3. Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati. Boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

16. Resepi Air Milky Rambutan

Bahan - Bahan
1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
Gula secukup rasa jadikan air gula
Ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

Cara - Cara
1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug.
2. Masukkan air gula dan rasakan secukup rasa.
3. Tambah air jika perlu.
4. Letakkan ketulan ais dan biji selasih.
5. Sedia di hidangkan dingin.

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

17. Resepi Air Blue Ocean

Bahan - Bahan
1 botol kecil minuman soda warna biru guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya  anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih rendam dengan air panas hingga kembang
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan nata de coco.
3. Tuangkan air soda biru mountendew.
4. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air.
5. Sedia di hidangkan.
6. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.

Sumber
1. Keluarga.my
2. Cookpad - Murni's Little Kitchen
3. SirapLimau
4. Butterkicap
5. theVocket

This post have 3 komentar

avatar
Siti Yang Menaip delete 2 February 2020 at 01:19

tak lama lagi nak puasa dah ni.. resepi2 macam ni penting.
sunquick sirap rose selalu buat. rasa rasa punch gituu..

Reply
avatar
Unknown delete 5 May 2020 at 08:18

Minta izin untuk cuba ya ,terima kasih diatas perkongsian ini

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang