26 April 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM....


Seperti yang telah dijanjikan pada entri sebelum ini,  baca >>>> SINI Wani ada bagi tahu  nak berkongsi apa juadah istimewa yang bakal dihidangkan untuk berbuka puasa nanti di Holiday Villa Hotel & Suite Kota Bharu. Semasa majlis yang lepas, Executive Chef hotel ini iaitu Chef Norhisyam Bin Mustapha ada bagi tahu tema untuk tahun ini adalah "Tradisi Nostalgia".

Bagi yang ingin merasai juadah berbuka puasa dengan suasana tradisi keunikan juadah negeri Cik Siti Wan Kembang, boleh lah memilih untuk berkunjung ke Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan. Sejujurnya bagi pandangan sendiri, biasanya kalau setiap kali tiba bulan ramadan mesti kita masak  makanan yang boleh mengimbau kembali masakan tradisi yang biasa mak kita masak kan. Betul tak ni ? :) Orang melayu mestilah tekak pun masakan melayu. hii.

Bila dengar Chef sebut tradisi nostalgia sudah terbayang kuih dan lauk pauk tradisi Kelantan. Dengan bertemakan "Tradisi Nostalgia" pastinya ia boleh mengimbau kembali keunikan dan keenakan makanan tradisi untuk berbuka bersama - sama keluarga dan sahabat handai.


Di satu sudut ruang Lagenda Restaurant, pelbagai hidangan "tradisi nostalgia"  yang telah disediakan, yang bakal dihidangkan untuk bulan ramadan nanti.  Menurut Chef Norhisyam, orang Kelantan lebih cenderung untuk memilih masakan yang "simple". Memang Wani setuju sangat apa yang chef bagi tahu, simple tapi menyelerakan.

Jom, tandakan kalendar sepanjang 18 haribulan Mei sehingga 14 haribulan Jun 2018 pada bulan ramadan nanti. Mana tahu ada perancangan nak buat majlis berbuka puasa kat sini. Antara menu istimewa yang disediakan buat para pengunjung di sepanjang Bufet Ramadan tahun 2018 adalah sup gear box dan kuzi rusuk kambing bersama roti pitta. Selain itu, ia juga turut dihidangkan bersama dengan 98 jenis tradisi nostalgia Kelantan yang akan ditukar menu setiap hari.

Tidak lupa juga beraneka juadah kuih tradisi Kelantan turut dihidangkan. Diantaranya, Cek Mek Molek dan Jala Mas serta pencuci mulut seperti aiskrim Kelapa dan Cincau karamel dan Ais cendol.

98 JENIS HIDANGAN "TRADISI NOSTALGIA" KELANTAN UNTUK RAMADAN TAHUN INI 

Rujuk gambar di bawah, apa menu yang bakal dihidangkan nanti. Ke semuanya menyelerakan.


Sup gear box adalah menu utama sepanjang bulan puasa nanti 

Untuk pengetahuan kalian semua, seperti tahun - tahun sebelum ini, pihak hotel juga turut membuat jualan "food pax" pandu lalu dan juga penghantaran terus dengan minimum 10 bungkusan nasi berlauk yang dijual dengan harga RM 10 sebungkus. Sekiranya pembelian 100 bungkus ke atas perkhidmatan penghantaran adalah percuma.

Pada tahun ini juga,sepanjang bulan puasa nanti  gerai yang terdapat di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu akan dibuka di mana terdapat gerai yang menghidangkan masakan secara "live" di depan pengunjung.


Pelbagai hidangan untuk colek buah dan juga cucur celup tepung untuk "Singgah Colek Bazar" nanti 

Biasanya kita, lepas habis tarawih, orang panggil "moreh" makan  selepas sembahyang tarawih, Perut mesti lapar, siapa kata tak lapar kan, Jadi, pada sebelah malam pula, pengunjung boleh merasai keunikan aktiviti tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan yang pihak hotel anjurkan iaitu " singgah colek bazar". Pelbagai jenis colek tradisi Kelantan yang disediakan sambil pengunjung bersantai melihat keindahan malam di Wakaf Che Yeh dengan hanya RM 18 bersih seorang. Singgah colek bazar ini akan bermula pada pukul 9 sehingga 11 malam.


Ikan singgang menu yang simple tapi menyelerakan bagi  orang Kelantan


Kuih puteri ayu 


Jala Mas, Cek Mek Molek


Pelbagai minuman yang disediakan


Sambal belacan dan juga budu


Pelbagai hidangan ulam ulaman untuk santapan pengunjung 


Ayam percik


Kerabu perut menu istimewa orang Kelantan



Paru Goreng Rangup 


Untuk senarai harga bagi ramadan buffet pada tahun ini , boleh rujuk ringkasan di bawah ya .Nampak ringkas dan padat dari tema, harga, menu dan keistimewaan yang pengunjung akan dapat sekiranya berbuka puasa di sini. Ada banyak keistimewaan tahun ini, salah satunya ayam bakar perapan bakar secara Live lagi, Makan yang dihidangkan panas lagi best kan.

RAMADHAN BUFFET "TRADISI NOSTALGIA" IFTAR 1439 / 2018 M


Tema 

 " Tradisi Nostalgia" ( makanan dan masakan tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang )


Harga 

RM 59 bersih (Dewasa) RM2 bersih ( kanak - kanak )

             RM 64 bersih ( Dewasa ) RM 32 bersih (kanak-kanak) - hari minggu

            RM 45 bersih ( Dewasa ) RM 23 bersih (kanak - kanak ) - early bird


Tarikh 
 18 / 5 / 18 - 14 / 6 / 18

Menu utama 
Sup Gear Box dan Kuzi Rusuk Kambing bersama roti pitta

Jumlah hidangan
98 jenis hidangan termasuk pencuci mulut setiap hari mengikut hari


Minuman istimewa

aiskrim kelapa dan cincau karamel & ais cendol tapai


Keunikan dan keistimewaan tahun pada tahun ini 

1. Ayam Bakar Perapan Tradisi Kelantan yang di bakar secara Live setiap hari

2. "food pax" RM 10.00 - Drivee thru & COD ( 10 bungkus ke atas )
     - Menu mengikut hidangan buffet harian
     - Penghantaran terus ke pintu ( 100 bungkus ke atas percuma penghantaran )
     - Tempahan awal diperlukan

3. "singgah colek bazar" RM 18 nett pada pukul 9 hingga 11 malam setiap hari di hadapan parkir hotel
- colek tradisi kelantan : colek buah, live pan - fried ( Amlek sekaya, Amlek savory, Kebab grill, Amlek sardines, Amlek cristro)
- live deep-fried iaitu bebola celup goreng, rojak celup tepung, cucur celup tepung, keropok& ikan celup tepung, teh tarik.

4. Sahur santapan Tradisi RM 25 nett ( Dewasa) / RM 12 nett (kanak - kanak). Untuk sahur bermula pada pukul 4:30 pagi sehingga 5: 30 pagi.

Menarik tak semua menu - menu yang ada ? Untuk ke semua hidangan ini, kalian boleh dapat dalam harga yang berbaloi, tak adalah mahal sangat. Ada lagi kejutan sekiranya kalian berbuka puasa di hotel ini, Sekiranya kalian booking untuk family atau kawan - kawan atau juga nak buat majlis berbuka puasa di sini ramai - ramai, Chef Norhisyam juga ada bagi tahu, datang dalam 10 orang, bayaran untuk 9 orang sahaja. Lagi jimat dah seorang, kan ?


Jom, apa lagi, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu mengalu - alukan kedatangan kalian semua untuk merasai 98 jenis hidangan juadah berbuka puasa yang semestinya menggamit kenangan dengan masakan "tradisi nostalgia". Boleh lah buat tempahan sekarang. Jangan lupa, ada harga istimewa untuk early bird.

 Untuk maklumat lanjut  adalah seperti di bawah: 

Alamat 

PT 968 Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh 
15150, Kota Bharu,
Kelantan 

Tel 
609 - 747 4004

Fax
609 - 747 3003

Email 
rsvn@holidayvillakb.com 

Website 


Instagram 




This post have 2 komentar

avatar
Mama Hakim delete 26 April 2018 12:51 PTG

Esok hari Jumaat penuh berkat,
Hari ni khamis hujan gerimis,
Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
Mama singgah blogwalking blog sis


Dah survey tempat berbuka ya wani.

Reply
avatar
ayunie ramli delete 27 April 2018 6:49 PG

Hrga murah dn mknn sedap ikut selera kelantan. Rugi la kalau tk g nnt

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram