PRODUK DARI UNILEVER FOODS - Blog Wani Sukarno

07 June 2018

PRODUK DARI UNILEVER FOODS

ASSALAMUALAIKUM...

PRODUK DARI UNILEVER FOODS

 Produk dari Unilever Foods || Entri sebelum ni banyak berderet entri resepi, tapi tak adalah hari - hari kan, maklumlah kan puasa, asyik resepi jawabnya. :D

Baru nak up cerita yang dapat produk dari Unilever foods. Terima kasih buat blogger pantai timur dari Terengganu yang tolong pos, sebab event berlangsung di Terengganu, jadi pihak penganjur berbesar hati nak bagi goodies bag dari produk Unilever Foods kepada semua team blogger pantai timur lain yang berminat.

Bila tengok dalam goodies bag ada barang macam ni memang suka sangat la..Ada setengah dah guna, ada yang tak guna lagi hii.. Banyak juga barang dapat. Macam gambar kat atas tu ya. Antara yang dah guna chicken stock dan juga serbuk limau nipis tu. Serbuk limau nipis ni kan tak pernah nak beli kalau nampak kat pasar raya, macam tak tahu nak buat apa hii.. Lepas macam - macam orang bagi tahu boleh buat air, dan ada juga beberapa blogger yang dah cuba masukkan dalam asam pedas pun boleh, sebab nak bagi flavor masam tu.

Rupanya banyak kegunaan ya. Kalau tak memang tak tahu apa benda, dah cuba letak buat untuk air sirap selasih .. sedap tau rasa masam nya tu dah macam original macam kita perah jus limau nipis. Tapi tak boleh letak banyak letak sikit sudah lah, dalam satu mug tu 1/2 sudu teh pun ok dah, untuk perisa sahaja, letak banyak memang boleh jadi masam terlampau la. hii.

Nak tahu kenapa dapat goodies bag ini, BACA SINI

>>>> http://www.wanisukarno.com/2018/05/chefmanship-akademi-mendidik-pengendali.html




6 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Alhamdulillah.. Rezeki tu..

Ibu Syurga said...

Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis wani sukarno. Boleh buat buka puasa kan wani

Mama Hakim said...

Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

Banyak juga jenama produk dari unilever

Mama Hakim said...

Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis wani. Unilever ni konglomerat besar beli brand sana sini dan dalam hypermarket ni banyak barang dia je

Ibu Syurga said...

Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Dapat sampel produk ya. Macam mana nak dapat tu. Best :)

Wani Sukarno said...

ni dapat dari team blogger ibu.. :)