RESEPI HATI MASAK KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP - Blog Wani Sukarno

05 June 2018

RESEPI HATI MASAK KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..

hati masak kicap yang mudah dan sedap

Dah masuk 20 ramadan, hari raya makin hampir, dalam keseronokan nak sambut raya, tapi ramadan pun berlalu pergi. Wani masih tak ada apa mood nak raya. hii.

Lama rasa tak masak hati ni, kalau masak pun kadang - kadang macam goreng kunyit jerr, tak buat yang pelik - pelik hii. Bila terjumpa resepi dari Azie Kitchen, macam sedap dan mudah jerr nampak. Bila dah masak rupanya sedap, Resepi yang dicuba memang mudah ya, sebab tak suka juga resepi yang banyak step ni kan, hii..

Lebih lagi nak masak menu untuk berbuka puasa biarlah menu yang mudah penyediaannya tapi sedap. Boleh lah cuba resepi ini ya.  resepi ini guna hati lembu, nanti confused pulak hati apa hii..

HATI MASAK KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP 
Sumber : Azie Kitchen

Bahan - bahan
1/2 kg hati lembu - potong tebal
Garam
Kunyit hidup/ serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan lain:
1 senduk kicap manis
1-2 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dengan serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa - saya tambah
Gula - jika perlu kerana jika guna kicap manis dah tak perlu gula

Bahan lain:
1/2 biji bawang besar Holland saiz besar - hiris halus
Cili merah dan cili hijau - belah 2
Daun sup

Cara cara:
Hati lembu dihiris tebal kerana jika nipis akan liat dan tak sedap.

Panaskan minyak dan goreng hati. Jangan goreng garing, tak sedap. Goreng sekadar hati masak sahaja. Angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tumbuk sehingga naik bau dan garing.

Masukkan kicap, sos tiram dan sos lada hitam atau serbuk lada hitam. Jika perlu, masukkan sedikit air.

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hidup. Masukkan hati yang telah digoreng. Kacau rata. Jika suka, boleh masukkan sedikit serbuk perasa.




5 comments:

cik renex said...

Sedapppp.. hati mknn fav CR. boleh cuba nti

Mazni Azmi said...

Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. Maznee pun suka makan lauk berkicap

Ibu Syurga said...

Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis wani sukarno. Rajin masak betul Wani. ada je resepi baru

Erni Hasmiza said...

Tak minat hati haha minat Ayam haha

Books That Makes Me Happy

HeNRieTTa JoSe said...

menarik, rietta blom pernah masak ni....