CARA GORENG KARIPAP AIR FRYER HANYA 20 MINIT - Blog Wani Sukarno

07 July 2018

CARA GORENG KARIPAP AIR FRYER HANYA 20 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..

                    

CARA GORENG KARIPAP GUNA AIR FRYER || Baru berapa entri dah cakap pasal air fryer ni, rasa dah buat macam - macam tapi itulah ambil masa. Nak ambil video dan gambar ni atas mood, kalau mood ke laut memang tak terambil dah. :D

Kali ini goreng karipap guna air fryer. Karipap yang biasa beli ini, crust dia tu tebal sangat, jadi terpaksa rendahkan suhu, sebab kadang - kadang ada orang guna suhu 180 C. Tapi ada cuba untuk goreng suhu 180 C, kat tengah karipap tu tak masak. Rasanya atas jenis karipap macam mana.  Ambil langkah selamat, Wani guna suhu 150 C dalam 20 minit tak silap. Nanti tengok video ya, kadang - kadang rasa nak garing lagi tambah jerr masa.

Buat korang yang nak sihat, memang patut ada air fryer ni satu. Ada orang cakap, kalau yang dah nama jenis bergoreng, kena goreng lah. Bagi Wani lagi bagus guna air fryer sebab, ia dah macam goreng versi bakar faham tak hii.. Lagi suka yang guna air fryer ni daripada goreng guna minyak dalam kuali. ohh sangat lahh leceh.


Macam- macam boleh buat dengan air fryer ni. Hari ini nak kongsi cara goreng karipap guna air fryer. Gambar tak ada kat sini tapi  ada kat dalam video tu, boleh klik tengok yang dah siap masak :). Wani tak spray minyak sebab nak bakar macam versi oven hii.. Golden brown and no oil anymore! Kalau nak spray pun boleh, nak nampak minyak - minyak sikit.

CARA GORENG KARIPAP GUNA AIR FRYER 

1. Masukkan karipap dalam basket, tolak basket ke dalam air fryer

2. Putar suhu ke 150 C dan setkan masa dalam 20 minit. Sebab guna suhu 150 C adalah nak bagi masak perlahan dan sekata.

3. Dalam separuh minit pertama, boleh tarik basket dan balik - balikkan. Kedua - dua belah kena masak

4. Masukkan basket balik dan teruskan goreng sampai habis masa, Boleh keluarkan dan hidangkan panas - panas.

5. Kalau rasa nak garing lagi, boleh tambah masa.

Nota : Kalau tak nak kering, boleh spray minyak ya. 

BACA SINI >>> CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR GUNA AIR FRYER

6 comments:

Ibu Syurga said...

Salam sabtu dari Ibu Zaid. Kalau selalu pakai air fryer mesti eloktrik banyak. Betul ke Wani?

Siti Yang Menaip said...

bestnyaa ada air fryer. tringin nak beli tapi insyallah lepas da beli benda lain dulu =D

irazulkeffele said...

Famous betul air fryer ni dimana-mana saja namanya disebut :D

Zuhaira Nasrin said...

air fryer memang fav aira! serius senangggg, campak je nuget ke ayam ke kambing ke terus boleh makan :D

ejulz said...

terbaek.. mcm mana rasa tanpa minyak ek? hehe

adianiez AIDA said...

Aida akan spray minyak skit.
Agar kulit nyer x kering sgt :-)