-->

Wednesday, 25 May 2011

author photo


Lamanyaa wani tak berblog rasa dah nak hampir 2 minggu huhu rindunya kat blog bukan apa dah baru nak berjinak-jinak dengan blog jadi macam ni pulak …bukan wani busy .. laptop wani ni buat hal entah apa yang rosak.. sampai nak masak pun dah tak ada mood,,, kosong je minda….hehe.. semua koleksi resepi wani ada dalam laptop tu.. rugi rasanya tak buat softcopy letak kat lain dulu…

Oklah sekejapnya masa berlalu, bulan demi bulan dah nak penghujung bulan Mei ya, rasa macam nak undur masa ke belakang balik. Dari kita duduk membebel tak tentu pasal, wani nak tunjuk resepi yang wani dah buat pagi tadi iaitu “Apam Pelangi”. Resepi ni wani ambil kat myresepi, nampak macam kek tapi kenapa namanya apam jugak ya. Sebelum ni wani tak pernah buat sebarang jenis apam, tiba – tiba kebetulan nak buat apam ni sebab minyak jagung kehabisan stok, so tak boleh la nak buat kek lain, tengok2 resepi lain jawabnya apam la yang x guna minyak. Nak cuba baking lagipun tak pernah baking lagi apam ni. Mari kita tengok resepinya dulu ya..

Resepi Apam Santan Pelangi Kukus Mudah Dan Sedap

Resepi Apam Santan Pelangi Kukus Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan
4 biji Telur
2 sudu teh ovalatte
1 sudu teh  esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus( wani kurangkan 200 gm rasa dah sedang ok dah )
250 ml santan
1 sudu teh  baking powder
Pewarna

Cara-cara
1. Pukul telur,gula dan ovalatte hingga kembang
2. Masukkan santan dan esen vanila.gaul sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder
4. Bahagi kepada 2-3 warna (ikut citarasa)
5. Tuang ke dalam loyang selapis demi selapis
6. Kukus sehingga masak.( wani kukus dalam 1 jam 5 minit,lepas tu cucuk dgn lidi nak tau dah masak ke tak )

Resepi Apam Santan Pelangi Kukus Mudah Dan Sedap
  yang wani hairan nya ni panggil apam jugak ke macam versi kek je ,,, sebab sebelum ni x pernah nak baking jenis kek macam ni ,wani tak tau nak cakap jadi ke tak "apam pelangi" ni nampak macam jadi ke boleh tukar nama " kek kukus pelangi", lepas tu satu lagi kepada sesiapa yang dah pernah buat apam ni dia memang bau macam tu ke , macam bau tak bau telur je, ke sebab wani letak santan ke sebab ovalette tu, ibu wani pun belum makan lagi masa bau tu dia dah tau apam ni letak santan hehe,,, pandailah ibu wani ni. tapi kalau kat kelantan apam ni dipanggil "ambun".

bagi wani, rasa dia oklah boleh lah hehe nak kata sedap tu, sedap la jugak. mari wani nak tunjuk masa before baking dan after baking, sebab seronok sangat buat layer by layer ni, tersangat la cantiknya macam nak bakar pun sayang ..

yang ni masa masih lagi dalam gegelangnya

yeay dah buat corak !!! nampak cantik tapi kalo so many colors like rainbow wow lagi la fantastic !!!! so colorful gitu
already after baking jadila macam ni. keapda sesiapa nak mencuba silalah mencuba ... selamat mencuba ..

This post have 11 komentar

avatar
Naimatul Hafizah Nor Rodin delete 17 June 2011 at 08:19

wow, cantiknya apam pelangi ni.
salam kenal, saya singgah dan follow krn kita punya minat yg sama. :-)

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 18 June 2011 at 17:21

hehe terima kasih .. saya baru perasan komen huhu sory ya .. sebab sy ni baru je jinak2 dgn blog ... x pe boleh la kita berkongsi2 :)

Reply
avatar
Suara delete 19 July 2011 at 09:57

kalau nak ganti santan dengan susu cair boleh tak?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 19 July 2011 at 16:37

salam suara ::: emm tak tahulah pulak sy nak ganti santan dgn susu cair tu blh ke tak sebab x pernah buat ..huhu sorry ya ,,,

Reply
avatar
............. delete 6 August 2011 at 11:02

cantik laaaa, ermmm teringin nk buat

Reply
avatar
Unknown delete 16 August 2011 at 11:33

CANTIK LH..BLH KONGSIILG RESIPI NTI

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 16 August 2011 at 13:07

MUna: tak pe sila kongsi 2 cuba2 lah buat ya

Reply
avatar
TIRHANI delete 16 August 2011 at 20:19

ovalatte tu apa? mana nak carik? sobs. saya budak baru belajar. ganti pakai eno boleh?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 18 August 2011 at 16:06

salam shat .. sory ya baru nak jenguk2 blog.... ovalette tu cake stabiliser nak bagi kek lembut ... kalo ada mana2 resepi guna ovelette ni nak bagi kek lembut la tu .. ovalette tu warna kuning keemasan ,,try google ya blh la tengok picture nya tu ..... eno tu tak tahu la h nak cakap sebab x pernah cuba ... kalau nak cari ovalette cr yg halal punya ya .. cap kijang ok dah ..:))

Reply
avatar
mummy elfy delete 27 August 2011 at 07:05

ovallette ade yg tak halal jugak ker? klu brand nona tu ok ker?klu tahu brand aper yg tak halal bleh tak state kan?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 28 August 2011 at 00:27

salam ely:: emm sejak kebelakangan ni banyak produk2 terutamanya nak baking 2 cake kebanyakannya ada benda yg tak halal dimasukkan ... brand nona tu tak halal ... saya dah check kat direktori halal malaysia .. brand kijang dan nago je yang halal...cuba cari brand tu ya

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang