AYAM BLACK PEPPER


ASSALAMUALAIKUM……….

Salam hari isnin semua Masih lagi hari isnin kan . Ok hari ni malas nak bercakap panjang, cuaca pun macam panas mendung je pagi tu dan petang tadi hujan turun yang amat lebat .. alhamdulillah rahmat dari Allah. Sejak kebelakangan ni hujan je.. mak dan abah wani berpuasa hari ini. Hari ni wani nak tunjukkan resepi AYAM MASAK BLACKPEPPER. Resepi ni ambil dekat web myresepi. Rata2 mesti semua orang nak resepi ayam blackpepper ni dan versi memasak masakan macam ni pun banyak jenis.Sebelum ni wani pun dah banyak kali masak sebab sedap sangat resepi ni guna banyak rempah ratus dan absolutely wani suka kalau pasal rempah ratus ni…. Satu dapur bau wangi rempah…. Siapa2 yang suka sangat masakan berempah ni..ini memang satu resepi yang boleh dicuba.. tapi resepi ni wani ada tambah sikit sos black pepper nak bagi kuah dia pekat dan menyalut ayam tu…dalam resepi tak bagi tahu.. saja pandai2 tambah resepi orang … tapi apapun masakan ni dah memang sedap lagi ………abah wani puji meleret dia ingatkan resepi sendiri hehehe

AYAM BLACK PEPPER
PREPARED BY : WANI
RESOURCE: MYRESEPI WEBSITE


 Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • sedikit garam & kunyit untk mengoreng ayam
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 s/b cili giling (kalo x nak pedas blh kurangkan)
  • 1 tangkai cili merah & hijau (dibelah tengah)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • jintan manis & jintan putih (dikisar)
  • 1 s/b lada hitam - dikisar (kalo nak letak lebih, lg power)
  • kicap manis & masin (ikut citarasa masing2)
  • 2 s/b sos tiram
  • minyak untk menumis
  • garam & serbuk perasa (ajinomoto)
  • air (ikut citarasa masing-masing)

CARA - CARA 
  1. lumurkan ayam dgn garam & kunyit, kemudian digoreng( x goreng terlalu garing). angkat ayam & ketepikan
  2. tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
  3. masukkan kulit kayu manis,bunga lawang ,jintan manis & jintan putih, diikuti lada hitam, tumis sehingga wangi
  4. kemudian masukkan cili giling, tumis sebentar.
  5. kemudian masukkan kicap manis & masin, dikacau sebentar. diikuti sos tiram
  6. masukkan air (kalo suka kuah bnyk boleh masukkan lebih), biarkan kuah mendidih
  7. kemudian masukkan garam & serbuk perasa. diikuti ayam yg telah digoreng, biar sebentar sehingga ayam mesra dgn kuah tadi dan pekat
  8. akhir sekali masukkan cili merah & hijau, diikuti bawang besar dipotong bulat. 
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 


Post a Comment

Previous Post Next Post