Koleksi 18 Lagu Patriotik Malaysia Hari Merdeka Beserta Lirik

Salam semua, raikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun adalah tanda semangat patriotik yang patut di semai dalam kalangan setiap rakyat Malaysia. 

lagu patriotik

Dalam usaha untuk memupuk semangat patriotik, banyak usaha telah dilakukan untuk menyuntik semangat patriotisme supaya tidak akan luntur dalam jiwa masing - masing. 

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan juga diserikan lagi dengan lagu tema Hari Merdeka yang berbeza setiap tahun. 

Lagu - lagu patriotisme ini sebenarnya adalah mesej yang mudah untuk menyemai semangat cintakan tanah air kita. Dengan susunan muzik, melodi dan lirik yang mudah difahami.

Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara, di sini dikongsikan koleksi 18 lagu patriotik Malaysia beserta lirik. 

Koleksi 18 Lagu Patriotik Malaysia Hari Merdeka Beserta Lirik

Berikut senarai lagu merdeka beserta lirik. Lagu patriotik lama pun ada yang lagu moden pun ada. 

1. Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

2. Lirik Lagu Saya Anak Malaysia

Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang inggeris
Kamikaze dan portugis
Dari Perlis ke kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah hasil melimpah
Siapa rajin hidup mewah

Saya anak Malaysia x4

Melayu iban india cina
Kadazan portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera Saya anak Malaysia x4

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi

Saya anak Malaysia x4

Melayu iban india cina
Kadazan portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia x4

3. Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang
 
Lagu patriotik


4. Lirik Lagu Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia !

5. Lirik Lagu Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


6. Lirik Lagu Satu Malaysia

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


7. Lirik Lagu Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

( ulang korus hingga akhir )

Lagu patriotik

8. Lirik Lagu Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

9. Lirik Lagu Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

10. Lirik Lagu Malaysiaku Gemilang

Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia.. kebebasan kedamaian
Malaysia.. kebahagiaan kebanggaan
Malaysia.. cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

11. Lirik Lagu Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup… dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba…

( ulang korus )
Lagu patriotik

12. Lirik Lagu Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa


13. Lirik Lagu Inilah Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

14. Lirik Lagu Bumi Malaysia 

Bersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman dunia baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku
Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru

15. Lirik Lagu Malaysia Tercinta 

Tanah air tercinta
Ibu Pertiwi warisan bangsa
Negaraku Malaysia bebas merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran

Bertekap dan berbakti
Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita

Keluhan resah
Tiada bermain di jiwa
Semuanya bergantikan ceria
Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan

Malaysia tanah tercinta
Budimu tinggi nilainya
Kami menerima jasamu
Tak terbalas walau bergalang nyawa
Demi mu tetapku relakan
Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dan budi
Tetapku sanjung tinggi
Tetapku sanjung tinggi

15. Lirik Lagu Aku Negaraku

Ku sedar Tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya negaraku maju
Negaraku Tanah tumpah darahku

Aku negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu

Negaraku Tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNya kita berserah

Ulang [chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [chorus]

Aku negaraku


Lagu patriotik


16. Lirik Lagu Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

17. Lirik Lagu Tanah Pusaka 

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

18. Lirik Lagu Malaysia 

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Malaysia

Sumber : https://ohlirik.com/

Post a Comment

Previous Post Next Post