-->

Saturday, 10 September 2011

author photo
Resepi Puding Buih Viral Yang Sedap | Puding buih, pencuci mulut yang tidak asing lagi sebab dah agak lama resepi puding buih ni. Sis pun pertama kali buat seumur hidup. Saja lah nak mencuba kan. Disebabkan ada penggunaan telur di dalam resepi puding buih, jadi penyediaan nak sediakan puding buih ni kena hati - hati sikit. Puding buih ni kalau yang tak suka bau telur, mungkin tak akan makan kot. Disebabkan sis memang nak cuba buat puding buih, maka sis gigih jugak lah bereksperimen dengan puding buih ni. 

Puding buih ni macam - macam bentuk orang buat. Kalau kreatif, ada yang buat ikut bentuk buah tembikai. Sebab itu nama puding buih tembikai. Sekali tengok cara penyediaan, untuk jadikan tekstur puding buih ni macam span, putih telur dipukul hingga kembang macam nak buat meringue. Cuma dok fikir macam mana putih telur ni nak masak.

Resepi Puding Buih Viral Yang Sedap

oklah ya puding buih ni bagi wani dah kira ok kalau bagi penggemar sponge pudding ni. Sebab tak rasa apa pun makan, telan ikut anak tekak je, sebab ia buih. Bonda sis cakap  macam apa dah tak ingat. Bagi wani masa mula-mula makan tu boleh la masuk anak tekak, lepas tu dah tak boleh masuk anak tekak dah. Sedap tu sedap mungkin bau telur kot. 

Sis ada buat sos kastard untuk makan bersama puding ini. Dihidang bersama fruit cocktail. Kalau tak ada sos kastard ni tak ada selera nak makan kot. Resepi ni wani ambil dekat myresepi.com. Ramai dah blogger-blogger masakan kita ni dah cuba buat. 

Tengok dalam blog kak nor pun ada cuba buat. Blog kak ita pun dah cuba. Bagi yang nak buat resepi ni Sekali adunan tu dapat banyak  sangat. Wani letak dalam loyang 4 segi yang besar tu dah tak cukup kena ambil bekas yang biasa lagi satu. 

Tengok gambar kat atas sekali besar loyang tu ya.. Tak ingat berapa inci dah. Wani letak pewarna merah jambu dan letak strawberry paste.

Resepi Puding Buih Viral Yang Sedap

Untuk resepi ni juga  wani rasa kalau sesiapa nak lebihkan gula untuk masak agar-agar tu tambahkan lagi ya, sebab bagi wani kurang manis tapi tak tambah pun hanya ikut resepi tu saja. Tambah masa nak buat sos kastard tu guna 11 sudu besar gula sebab nak makan dengan puding buih tu kan. 

Elok la tu dah la puding tu dah rasa tawar sikit-sikit. Masa nak rehatkan agar-agar tu saat -saat penting nak tahu suam-suam kuku tu macam mana. Wani takut tak menjadi bila putar dengan putih telur tu nanti Wani restkan dalam 40 minit jugak baru start putar putih telur tu.

Alhamdulillah menjadi la puding nya tak adalah separuh buih kat atas separuh agar-agar kat bawah. Keseluruhannya jadi puding buih, untuk agar-agar tu wani guna 30 gm je tak adalah guna sampai 35 gm. Ok happy trying ya

Resepi Puding Buih Viral Yang Sedap

Resepi Puding Buih Yang Sedap
Sumber: myresepi.com


1 paket agar2 strip (bertali lebih kurang 35gm) rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan disimpul
6 biji telur gred A simpankan 1 kuning telur untuk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ( optional )  
Pewarna dan paste ikut citarasa. Saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tapi letaklah esen vanila untuk tak nak bagi bau hanyir telur.

Untuk Kuah 
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya.
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur tadi
2 helai daun pandan disimpulkan
1/2 sudu kecil garam  

Cara - Cara
1. Masak agar - agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar- agar dah suam- suam panas, pukul telur hingga betul - betul kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). 
3. Bagi yang cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. 
4. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul - betul kembang dan gebu.
5. Tuangkan adunan agar - agar ke dalam adunan telur dan kacau atau pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yang telah diletakkan fruit cocktail. 
6. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais. 

Cara Untuk Buat Kuah 
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. 
2. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
3. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk. 

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu. 
Selamat mencuba.

1 komentar:

avatar
K.Nor delete 17 September 2011 at 12:50

salam wani, resipi ni mmg k.nor tak letak banyak gula dlm adunan puding tu sbb dah ada rasa manis dr kuah kastard.. kalau ikutkan stail org dulu2 buat puding ni langsung tak letak gula, yg resipi k.nor ni ada gak k.nor letak gula cuma tak banyak sgt. terpulang pd wani nak tambah :)

resipi puding buih ni resipi asal k.nor kat myresipi :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang