Salam semua! Siapa yang masih ingat masa kecil dulu, pergi majlis kahwin je mesti balik bawa bunga telur?
Serius nostalgia kan. Macam-macam gaya dan rekaan masa tu, siap ada yang dihias sampai tak sampai hati nak makan telur tu.
Tapi sekarang, orang kita makin kreatif. Doorgift bukan sekadar simbolik, tapi jadi salah satu cara meraikan tetamu dengan cara yang lebih bermakna.
Isi Kandungan
- Kenapa Doorgift Masih Penting?
- Tips Jimat Bila Beli Doorgift Online (Shopee)
- Senarai 15 Idea Doorgift Murah & Menarik (Bawah RM3)
- Tips Pilih Doorgift Bajet Tapi Menarik
- Kesimpulan: Doorgift Bajet Pun Boleh Nampak Effort
Kenapa Doorgift Masih Penting?
Kadang orang kata doorgift tu tak penting, tapi sebenarnya… ia salah satu bentuk penghargaan kepada tetamu yang hadir. Tak kira untuk majlis apa pun:
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pertunangan
- Majlis Aqiqah
- Sambutan Harijadi
- Majlis Perpisahan
…atau apa-apa majlis sekali pun. Yang penting, ikhlas nak beri sesuatu sebagai kenangan.
Tips Jimat Bila Beli Doorgift Online (Shopee)
Nak beli doorgift bajet bawah RM3 ni memang banyak pilihan online, tapi kalau tak bijak, bajet pun boleh bocor juga. Jadi ni antara tips jimat yang boleh bantu masa shopping di Shopee.
1. Beli Secara Bundle Atau Pakej
Kadang-kadang seller memang dah siap jual doorgift dalam bentuk bundle contoh 50pcs cookies dalam satu kotak besar atau 100 balang mini madu terus sekali.
Bila beli banyak sekaligus, harga per unit jadi jauh lebih murah daripada beli satu-satu. Kalau beli untuk majlis ramai tetamu, memang berbaloi beli sekali jalan je!
2. Banding Harga Antara Seller
Jangan terus beli yang pertama nampak kat search result. Cuba scroll sikit ke bawah, banding harga dan juga kos penghantaran.
Kadang-kadang produk sama je, tapi beza harga boleh sampai 50 sen ke RM1. Kalau kuantiti banyak, beza tu jadi besar tau!
Tengok juga sama ada seller tu bagi free gift atau ada packaging extra ke tak.
3. Cari Voucher & Guna Shopee Coins
Sebelum check out, scroll ke bawah sikit dalam page seller biasanya ada voucher potongan RM1, RM2 atau free shipping.
Lepas tu masa buat bayaran, jangan lupa guna Shopee Coins kalau ada! Kadang-kadang dapat jimat 50 sen RM3 juga. Ala, sikit-sikit lama-lama jadi lebihan bajet untuk beli doorgift lebih comel.
4. Tengok Review & Gambar Pembeli Sebelum Beli
Jangan hanya percaya gambar iklan. Tengok bahagian review, lebih-lebih lagi yang ada gambar daripada pembeli sebenar.
Dari situ boleh tahu barang tu comel ke tidak, packaging kemas ke tak, dan seller hantar cepat ke lambat. Kalau banyak review positif dan ada gambar, barulah rasa yakin nak beli.
Senarai 15 Idea Doorgift Murah & Menarik (Bawah RM3)
Semua item kat bawah ni boleh terus dibeli dari Shopee. Jangan risau, harga tetap sama untuk pembaca.
Nota: Pastikan chat dulu dengan seller, sebab ada barang yang perlu preorder ya!
1. Cookies Coklat Chips Dalam Kotak - RM 1.18
Klik untuk lihat cookies chocolate chips2. Butter Cookies - RM 2.29
Klik untuk butter cookies3. Mushroom Popcorn Caramel
Klik untuk popcorn caramel4. Tepung Gandum Berkati + Kotak - Rm 2.80
Klik untuk doorgift tepung gandum7. Kicap / Sos Yakinsedap.my - RM 2.70
Klik untuk kicap/sos mini8. Mee Numee Gardenia - Rm 2.89
Klik untuk mee12.Doorgift Kotak Pensel
Klik untuk kotak penselNota: Harga dan produk yang sedia ada mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya link tidak dapat diakses, boleh cuba cari nama produk yang sama di Shopee ya.
Tips Pilih Doorgift Bajet Tapi Menarik
- Pilih produk yang ringan untuk mudah urus pos
- Elakkan kaca atau bahan mudah pecah
- Gunakan packaging comel (organza, kotak mini, stiker)
- Beli awal untuk elak masalah stok habis
- Kalau perlu custom stiker, tanya seller awal-awal
Kesimpulan: Doorgift Bajet Pun Boleh Nampak Effort
Yang penting bukan mahal atau tidak, tapi ikhlas dan usaha kita nak gembirakan tetamu. Doorgift bajet bawah RM3 ni pun dah cukup untuk buat orang rasa dihargai.
Kalau tengah pening nak pilih, boleh tengok balik senarai kat atas. Semua idea ni mesra poket dan mesra mata juga
Jangan lupa chat dulu dengan seller untuk pastikan stok, harga dan tempoh siap. Selamat merancang majlis dan semoga semuanya dipermudahkan
Zaman dulu bagi telur jela kalau majlis kahwin. Sekarang macam2 pilihan ada boleh pilih ikut bajet 😬
ReplyDeletePost a Comment