-->

Thursday, 23 February 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM...................


errr makan tak ni .. ada lebihan hati lembu sikit je dalam freezer ..nak makan yang selalu goreng tu dah puas dah macam biasa buat tu .. last-last bila search dengan mr google ni terjumpa resepi ni .. kelainan sebab bahan yang diperap tu . lagipun ada letak pegaga.. kat rumah ni ada tanam pegaga herba ..bukan pegaga yang berdaun kecik tu.. yang daun dia lebar ... sikit.. pegaga tu lah... dah lama dah tak makan daun pegaga ni ..biasa makan cicah dengan budu je ..  bila tengok resepi ni terus nak cuba .... bagi wani sedap makan dengan nasi panas-panas ....

                                               daun pegaga yang wani guna

HATI LEMBU GORENG BERSAMA PEGAGA
SOURCE: RESEPI4U

Bahan-bahan:

100 gram hati lembu – hiris nipis
1 ikat daun pegaga – dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 inci halia – tumbuk halus
1 inci kunyit hidup – tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
5 ulas bawang merah – tumbuk halus
Sedikit lada hitam – tumbuk halus
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

Rebus hati lembu hingga empuk.
Kemudian perap hati lembu bersama kesemua bahan yang telah ditumbuk halus dan sedikit garam selama setengah jam.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah diperap dan akhir sekali masukkan daun pegaga.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

This post have 6 komentar

avatar
rahel delete 23 February 2012 at 23:35

Wani,ni macam hidangan ibu2 yang tengah berpantang jer..hehe..nampak sodap..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 23 February 2012 at 23:52

haha ye ke menu ibu berpantang ni .. x tau pun ..makan je reti ;p

Reply
avatar
quinnie delete 24 February 2012 at 13:32

bagus la wani..daun pegaga tu campak sekali je dlm lauknya..kita ni kengkadang nak makan pegaga kena ada sambal..bila masak gini senang..tak yah nak tumbuk sambal...hehehhe

Reply
avatar
Sue @ Nenie delete 24 February 2012 at 14:16

Salam..Wahhh cantiknya pegaga dia..nampak sgt segar dan daun dia pun lebar2 juga

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 24 February 2012 at 16:01

hihi kan.. kadang2 cam susah jugak nak makan pegaga ni main ada mood x dak mood je baru nak makan ..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 24 February 2012 at 16:05

kalao tanam sendiri ni segar la sikit pookok nya .. itu pun dah tinggal sikit

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang