-->

Thursday, 12 April 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM.......


semalam malaysia digemparkan dengan gempa bumi di Acheh yang berskala 8.9 ritcher hingga sampai terasa gegerannya di malaysia .. sebenarnya wani tak perasan pun.. punyalah semalam wani tak berapa sihat pening kepala mula datang, petang kejadiannya tu wani sedang baring-baring atas katil mula-mula tu terasa macam goyang-goyang . eh punyalah fikir eh katil ni bergegar ke atau badanku yang bergoyang .... tapi bukan kuat sangat gegarannya..tapi memang terasa lah katil tu goyang...entahlah perasaan saja kot..  tapi kat berita cakap dekat kawasan pantai barat je yang turut mengalami gegaran sikit... wani buat tak kisah je masa tu sampailah mak wani masuk bilik bagi tahu pasal gempa bumi di Acheh tu .. ya Allah moga kita semua di dalam lindungan Allah .. mungkin ini sedikit amaran dari Allah ..sebenarnya dah banyak Allah bagi amaran tapi yang pasti ada segelintir manusia yang masih terleka dan terus terleka ...  kita tak tahu apa bencana yang Allah nak bagi tapi yang pasti hari itu akan tiba jua ...kita hanya perlu mempersiapkan diri kita sebaik yang mungkin ...untuk peringatan buat diriku dan juga buat orang lain :))

oklah dah panjang benar tazkirah, wani nak kongsi  BASIC MUESLI SLICE .. yang wani buat inipun salah satu favorite abah wani yang suka kalau boleh resepi oat dipelbagaikan..disebabkan wani nak yang simple -simple dulu sebab nak try dulu wani jumpa la resepi ni dekat blog CMG... memang super easy nak buatnya ..so wani buat habis segala apa benda yang wani nak perhabiskan stok wani masukkan termasuklah choc rice ..sebab itulah ternampak brownish sikit muesli tu hihi.. dan kalau boleh bila nak bake tu kurangkan sikit masa .. yang wani buat ni terlebih crispy sikit... sebenarnya tak bake pun tak apa makan gitu je dah sedap.. tapi kalau rasa nak kering sikit bakar la ..  itu pun depend sebab wani pernah terbaca .. terasa nak garing sikit bakar lama sikit .. terasa nak yang moist sikit kurangkan sikit timing tu . macam tu lah ... tapi sebenarnya sedap rupanya .. wani ingat tak laku dah .. bila balik adik sorang ni ... punyalah dia munching sampai nak habis satu balang  hihi ..


BASIC MUESLI SLICE
SOURCE:  CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (mat guna badam, pecan dan kuaci)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optioanl)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....


This post have 11 komentar

avatar
tun_telani delete 12 April 2012 at 12:13

memang sedap wat kudap2an depan tibi nih.. tun pun selalu jugak wat bar camni utk habiskan oat =)

Reply
avatar
zila norazila delete 12 April 2012 at 16:42

salam wani
kita x pernah cuba lg..:) makan sambil tgok tv sedap nie:)

Reply
avatar
Asmara delete 12 April 2012 at 16:57

mmg sedap ni buat kunyah2. boleh ganti cornflakes atau sewaktu dgnnya eh. menarik idea nih. ;)

Reply
avatar
rahel delete 12 April 2012 at 19:02

Wah...bestnya resepi ni..nanti nak try la..

Reply
avatar
Nuwairani delete 12 April 2012 at 20:52

kalo oats memang jenuh nak perabih...nani selalu buat kukis...kalo tak pon mende2 manis yang pesen2 gini la...

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 13 April 2012 at 10:50

hihi kan tun ..sedap rupanya buat camni

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 13 April 2012 at 11:00

mesti cubalah ni memang sedap !!! :))

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 13 April 2012 at 11:03

oh hihi best buat kunyah2.. blh ganti bijirin apa pun x pe ...

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 13 April 2012 at 11:13

serupa la kat rumah ni ..kalau x jadi kan benda memang x makan .... hihi

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang