-->

Thursday, 13 September 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....



dah lama tak makan cempedak. memang kempunan betul .baru-baru ni wani balik ke kampung Pak Long.. masa sampai rumah Pak Long,  tu dia tak ada , ada Mak Long je.. Pak long wani pulang ke rumah kat Tasek pergi tengok kebun buah-buahan dia.. bila balik sana , Pak Long bawa balik buah cempedak ambil kat kebun katanya .. Pak Long cakap ambillah lah bawa balik rumah boleh goreng buat menu petang. Wani ni memang dah terbayang lama dah nak makan cempedak,,,  lepas bawa balik rumah 2 hari baru perasan cempedak tak goreng lagi .. alamak buka pergi tengok dah nak buruk sikit.. ambillah isi -isi yang mana selamat .. simpan dalam peti jap.. sebelum nak goreng.. resepi ni dah lama wani simpan sebenarnya .. bila tengok cempedak ni .teringatkan dekat resepi kak yah ni terus ler wani nak cuba cuma wani tak letak kelapa parut.. wani sebenarnya tak boleh nak makan sangat buah-buah cam ni. sebab teringin sangat wani makanlah jugak.. ..malam tu perut wani kembung huhu.. penangan makan cempedak ..tapi tak puas makan lagi .. hihi.. degil...  cubalah ya siapa la tak teringin nak makan cempedak goreng kan ...

CEMPEDAK GORENG
SOURCE: DARI DAPUR KAK YAH

Buah cempedak..anggaran 20 biji
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gula
2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..
1 biji telur
1 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit

Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.  Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana..  Biar masak kekuningan.

This post have 4 komentar

avatar
rahel delete 13 September 2012 at 17:36

Salam Wani,tak pernah lg buat sendiri cempedak goreng ni,tapi suka sangat makan...lagi2 klu dah petang...memang siok la...

Reply
avatar
myda_ahmad delete 14 September 2012 at 08:21

terliur nengok cempedak goreng wani pepagi nie...

Reply
avatar
✿...fazilahpajil...✿ delete 18 September 2012 at 16:15

ALAHAI,,,SEDAPNYE..TETIBA RASE MACAM TERINGIN PLAK...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang