-->

Sunday, 9 September 2012

author photo

ASSALAMUALAIKUM.... 


sekali lagi wani sharekan SMECC ni.. dah banyak kali buat dan ada kalanya wani letak dalam muffin pan ada kalanya wani letak dalam paper cup.. rata-rata semua orang dah buat kek ni walaupun tak letak telur memang lembut tekstur kek ni.. mesti orang kata ada telur kan.. kan ..wani bila time nak makan kek tapi telur out of stock , inilah kek yang wani akan buat hihi.. dan kali ini letak dalam paper cup ..sebenarnya ada letak choc chip tapi tenggelam kat bawah lak..wani sharekan sekali lagi resepi kat sini ya.. terima kasih penyumbang resepi.sekali -sekala tak hiaskan dengan choc topping tu pun sedap makan gitu je ...


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
SOURCE: DARI DAPUR KECAH

 Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir


This post have 4 komentar

avatar
Nuwairani delete 9 September 2012 at 19:03

kek ni memang senang n sedap. rasanya mcm kek yg dibubuh telur jugak.kalau xde stok telur pun, nani buat yg ni jugak.

Reply
avatar
izahdaut delete 9 September 2012 at 20:22

lama dah tak buat kek gini.. sedap ni mood raya masih ada bila nampak kek gini. :-) selamat hari raya..

Reply
avatar
rahel delete 10 September 2012 at 07:14

Waw..ada kek coklat...dah lama i tak buat kek coklat..rindu..

Reply
avatar
Qasey Honey delete 10 September 2012 at 21:28

rasa2nya QH blum penah cuba lg buat kek ni..nmpk mcm sgt sedap la..nti nk cuba la jugak..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang