7 SPICE INDIAN CUISINE

ASSALAMUALAIKUM........


PRU 13 untuk tahun ini dah pun berakhir dan kita pun sudah tahu tahu kemenangan berpihak kepada BN. .apapun peace for Malaysia.wani pun dah menunaikan tanggungjawab wani demi negara tercinta.kita jumpa lagi untuk PRU 14 lima tahun akan datang.. wani pun tak nak celoteh panjang pasal politik ni nanti lain pulak jadinya .jom kita dengar untuk coretan kali ini. sebelum tu, wani ada bagi tahu nak bercerita masa wani kena pergi ke Johor  baru-baru ni kan. dah ketinggalan belakang cerita ni, tapi apapun boleh dibuat kenangan sebagai coretan dekat blog.sebenarnya, sambil-sambil pergi outstation sana, wani juga ada hajat lain sebab ingin bertemu dengan seorang kawan yang dah lama sangat wani tak jumpa. kawan zaman universiti dulu. alang-alang dah pergi Johor apa salahnya berjumpa mata kan. habis je event untuk hari tu, nasib baik kawan wani boleh datang ambil wani dekat hotel. dan kami bercadang untuk makan malam di satu tempat. wani suruh dia rekomenkan kat mana area di Johor tempat makan paling best.




bila kawan wani cakap dekat Danga Bay ada satu restoran India, sekali je dia pernah makan.. ada 2 tempat tapi dia lebih rekomenkan untuk ke 7 spice Indian Cuisine. yang satu lagi wani lupa ..ada dia sebutkan.so wani cakap ok kita makan dekat 7 spice Indian Cuisine. ada sesiapa pernah pergi tak.. bila sampai sana, bila waitress bagi menu , mula-mulanya kawan wani tanya nak order seorang satu ke .. atau nak order banyak-banyak maksudnya makan dengan banyak pilihan lah.. so kami decide nak order banyak-banyak hihi.. bila tengok dalam menu tu macam-macam ada .. tapi menu terbahagi kepada 2 jenis iaitu makanan utara india dan selatan india... kalau di selatan india tu die lebih kepada penggunaan bahan- bahan rempah yang pelbagai jenis. kalau sesiapa nak rasa authentic indian cuisine boleh lah datang sini.. kalau order nasi tu siap boleh pilih nak makan atas daun pisang ke hihi.....tapi kami order lain.. bila dah lama belek-belek menu, walaupun semua menu tu memang appetizing tapi kami telah  buat keputusan untuk order  BUTTER CHICKEN MASALA, salah satu makanan dari selatan India dan untuk macam sayur tu kami order PALAK PANEER, iaitu sejenis hidangan dari sayur bayam yang telah dihancurkan dan dimasak bersama dengan 'paneer' iaitu sejenis keju yang biasanya digunakan dalam masakan India. ada satu lagi hidangan iaitu sejenis kari tapi lupa dah nama hi2... dan untuk Indian Breads kami telah order GARLIC NAAN dan SESAME NAAN.. Malam tu memang kami tak makan nasi .. makan cicah roti jer..  ^^ ..




untuk beverages pulak .. sebenarnya minuman india  lebih kepada lassi, bila tengok pelbagai pilihan lassi, wani teruja nak rasa macam mana rasa ALMOND LASSI tak pernah kedengaran lassi ada perisa almond .. sekali minum macam minum jus buah durian belanda jer . tapi kalau yang nak order hot drink.. siap ada masala coffee entah macam mana la rasa .. kalau setahu wani .. masala ni sejenis rempah masakan la jugak kan. kawan wani pulak order 7 spice special lassi.untuk pilihan minuman lain ada jugak. wani rasa itu jer yang order sampai dah tak ingat dah.. bila wani tengok menu bahagian dessert .. ada la menu Ghulab Jamun. wani saja tanya waitress  tu pasal ghulab jamun ni walaupun dah tahu.. ingat nak order nak rasa macam mana.. tapi tak jadi pulak..gambar-gambar ni semua wani ambil dari website 7 Spice Indian Cuisine .. harga bagi setiap hidangan boleh tahan la .. kalau yang wani ambil ni dalam price range between RM 16 ++ every dish ..





kesemua tu kawan wani yang belanja... thank you Mr Chua for the dinner treat... kenyang perut senang hati.. wani pergi ke Johor hari tu pun bukan nya sempat nak pergi jalan-jalan.. nasib baik malam tu je .. kawan wani bawak keluar pergi makan-makan. menu yang lain pun sedap-sedap tapi itu je yang sempat makan. kepada sesiapa yang ingin merasa makanan yang authentic indian bolehlah datang ke lokasi restoran ini di

G-01, Block 5, Danga Bay,
Jalan Skudai
80200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.

itu sahaja lokasi jakan-jalan cari makan wani di Johor .. semoga ada peluang lagi untuk wani melawat Johor. gambar-gambar tu semua wani ambil dari website restoran 7 Spice Indian Cuisine. kalau nak tahu menu yang lebih lanjut boleh pergi ke 7 SPICE INDIAN CUISINE

Post a Comment

Previous Post Next Post