-->

Wednesday, 3 July 2013

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


rasa dah betul nama resepi tu hihi sebab nya macam-macam orang panggil sayur ni.wani memang suka sayur -sayur kampung macam ni.selalu jugak buat kalau ada orang jual. sayur air yang ringkas dan mudah membuatnya.. biasanya makan macam tu je lepas makan nasi.biasanya kalau beli pun penjual tu jual pucuk midi je tapi hari tu beli bila belek - belek ada sekali dengan daun kaduk la, daun kangkung la, pucuk ubi la. teringin nak makan sayur air cekur manis tu.. boleh buat herba sekali tapi susahnya nya nak nampak kat pasar-pasar. menu yang simple je hari ni ya.. tak lama dah nak puasa ni .. dalam kepala ni dah pusing-pusing nak buat list menu hihi...bahan-bahan  tu semua kalau nak tokok tambah sendiri pun tak apa lah lagipun bukan susah nak buatnya.

BAHAN-BAHAN
4 - 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 ikat sayur pucuk paku merah/ midi ( ambil daunnya dan dicuci bersih )
1/2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar sos tiram atau secukupnya kalau nak tambah, tambah ya
ubi keledek di potong bulat atau kecil
air secukupnya
segenggam ikan bilis
garam dan gula

CARA-CARA
1. Tumbuk lada hitam hingga halus dan tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat atau separa lumat.
2. panaskan minyak di dalam periuk, goreng ikan bilis sekejap sehingga separa garing dan masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis hingga wangi.
3 .bila tumisan dah wangi dan nampak agak garing , masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan sos tiram dan ubi keledek yang dipotong kecil. masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. biarkan mendidih sekejap baru masukkan pucuk paku merah tadi dan biarkan mendidih agak lama sikit sehingga daun layu.perasakan sekali lagi rasanya dan boleh la tutup api.

This post have 6 komentar

avatar
Qhaifa Nur delete 3 July 2013 at 11:54

sebab tu suka pergi pasar tani...
pelbagai sayur kampung ada...
pucuk midi rasa pernah makan...

Reply
avatar
Liza delete 3 July 2013 at 12:59

akk pun suka pucuk midin ni tp ssh nk jumpa..kalau mask lemak pun sedap ni...

Reply
avatar
adda syuhada delete 3 July 2013 at 14:28

nanti nk cuba la...tq share resepi..

Reply
avatar
suryabil delete 3 July 2013 at 19:58

Sayur midin kalau kat swak..masak belacan aka midin belacan.yg jenis camni murah sikit bebanding dgn yg baru nk mekar tu..sedapp ooo...balik kpg mesti cari midindulu..kl mmg payah nk dapat...kalau ada yg merah tu je..

Reply
avatar
ady delete 4 July 2013 at 11:26

salam
macam mana rupa sayur pucuk paku ni..mkn dgn sambal belacan pun sedap ni..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 4 July 2013 at 15:43

pucuk paku ni kalau kat atas pucuk tu merah.. memang banyak tumbuh kat kawasan berpaya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang