-->

Thursday, 3 October 2013

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


internet pun dah mula slow ni maka update kat blog ni pun main slow jugak.. sebenarnya kan wani terkejut pasal berita tragedi kenduri kahwin tu mesti semua orang dah tahu kan.. ramai betul orang keracunan.. bila teringatkan pasal keracunan makanan ni.. barulah kena ambil alert betul- betul pasal penjagaan makanan.. kita memasak ni untuk family kita makan juga..  ..so kena ambil semua aspek kebersihan yang harus dijaga. hemm untuk peringatan diri sendiri juga

kalau orang dah tengok kat instagram wani dah lama ada gambar ni kan tak gerak-gerak asyik tayang gambar ni je hihi..maknanya dah lama buat tu tapi nak tayang kat blog ni kena bercerita sikit.. tu lambat sikit.. dah banyak kali jugak wani buat agar -agar santan ni.. dari yang tak pernah sukat pakai main cebur je dan juga yang main sukat-sukat pun ada jugak.. ada yang jadi berlayer dan ada yang jadi tak berlayer.. semuanya masuk mulut jugak tapi frustrated lerr... ya la kan kalau boleh nak berlayer .. tapi bonda wani cakap.. ada layer ke tak ada layer ke bonda lebih suka kalau santan tu bercampur semua terasa lemak-lemak santan semua bahagian tu..

yang ni dah try yang betul-betul sukat sebab nakkan layer tu ..bila dah letak dalam pinggan ,, potong geram tengok sebab cantik.. ahaks.. puji untuk diri sendiri.. semua orang dah pandai buat kan.. agar-agar santan ni pun macam boleh dikategorikan yang biasa-biasa.. tapi tetap sedap dek lemak-lemak yang asli tu hihi...Terima kasih kepada penyumbang resepi.:))




AGAR-AGAR SANTAN
Source : kak.ummi@homesweethome

Bahan-bahan
· 25 gm agar-agar tali (dalam paket) (wani guna 20gm )
· 1150 ml air ( wani letak 1100 ml )
· 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)  wani guna 1 paket = 400 ml air
· 1 1/2 cawan gula pasir
· 1 biji kuning telor
· 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
· beberapa titis pewarna hijau
· 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
· Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
· Pastikan agar-agar benar benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi 
hingga gula larut.
· Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke 
dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak 
santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
· Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
· Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

This post have 5 komentar

avatar
syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) delete 3 October 2013 at 10:19

sedap ni...
rasa lemak santan dan wangi pandan...

Reply
avatar
Qhaifa Nur delete 3 October 2013 at 10:37

selalu makan yang warna coklat (gula merah)...
nanti bole cubalah wani...

Reply
avatar
mala delete 3 October 2013 at 15:40

mak mala mmg tak miss la buat agar2 santan ni ..

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 3 October 2013 at 16:16

salam wani..

bestnya makan agar2..

Reply
avatar
ady delete 4 October 2013 at 17:43

wahhh best ni kak wani...mkn sejuk2..suka2..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang