-->

Wednesday, 9 October 2013

author photo
Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Yang Sangat Moist Sukatan Cawan | Kek yang tak jemu-jemu wani buat asyik kek ni je kalau terasa nak makan kek coklat tapi yang tanpa telur, lagi dan tak payah nak kotorkan mixer tapi kotorkan bekas mangkuk jer. Godek-godek dah siap. Lama dah craving chocolate cake  tapi niat terbantut. Memang hit di kalangan blogger. Search mana-mana blog mesti ada resepi kek ni tak sah tak ada. Wani pun dah banyak kali ulang tayang kat sini. Jadi, ulang tayang balik. Kali ini buat dalam paper cup.


Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Yang Sangat Moist Sukatan Cawan

Kalau ingat dulu ramai blogger pakat buat kek yang eggless gara-gara pasal fenomena telur buatan dari China. Telur pun boleh dibuat bukan keluar dari ayam sendiri. Macam-macam dunia sekarang bila dah terlebih revolusi makanan.

Next week pun dah nak raya haji. Ada plan ke ? Macam suram je raya haji tahun ni. Wani letak jugak resepi kat sini. Resepi ni datang dari dayang jack. Terima kasih kerana tak jemu-jemu jugak wani buat ni. Macam dah feeling chocolatey jerr. Lepas ni terasa nak buat brownies pulak.

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Yang Sangat Moist Sukatan Cawan


Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Yang Sangat Moist Sukatan Cawan 
Sumber :DAYANG JACK

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. 
Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di 
dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian 
dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate 
emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga 
sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir



This post have 3 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 9 October 2013 at 09:41

hai wani..

em..sedapnya smecc tu..boleh mintak 2-3 cup?hehe..

Reply
avatar
Qhaifa Nur delete 9 October 2013 at 10:23

raya haji tak lama lagi..bole cuba ni...sedapnya Wani...

Reply
avatar
Wattie delete 12 October 2013 at 23:11

Salam Wani,
Kek ni mmg famous amos, kek cekelat la katakan. ramai yg dah cuba, tp akak juga yg ketinggalan. Hasilan tngan Wani nampak elok jadinya

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang