-->

Friday, 8 November 2013

author photo



salam semua... hari ni hari jadi wani.. alhamdulillah jatuh pada hari mulia... :))..tapi tak buat lagi kek untuk diri sendiri..  nantilah bila dah buat kita akan cerita nanti..masa hari pertama awal muharram hari tu.. ada satu hadiah istimewa..sekali setahun je boleh tengok ..tapi wani tak sure pulak tahun lepas pokok depan rumah wani ni berbunga ke tak.. tapi tahun ni.. awal muharram hari tu... saat -saat yang wani tunggu nak tengok... banyak  spesis rama- rama datang. ralit la tengok rama- rama ni dah jadi butterfly garden pulak ... siap boleh nak sentuh dengan tangan bila rama - rama tu terbang rendah..Seronoknya maaf ya .. dah terlebih excited citer pasal rama-rama.. maklumlah wani tak boleh tengok haiwan cantik cantik.. tergolong dalama cantik jugak kan hihi

kalau nak tengok boleh la pergi kat instagram wani tu ya .. itupun susah nya nak main snap sebab rama- rama tu tak dok diam..jika kebetulan shot cantik.. cantik la... geram tengok ..ambil peluang semasa boleh tengok nanti bila dah bunga-bunga tu semua tak ada ..memang rama-rama tu pun dah tak ada dah... sob --sob .. terasa sedih pulak..


oklah ya terlebih cerita pasal rama-rama... hari itu wani ada buat self-saucing chocolate pudding.. ya ampun sedap sangat.... dulu pernah buat guna resepi Dr. Ezani punya..juara masterchef malaysia musim pertama tu tapi tak letak telur... dan rasanya wani over-baked tu yang kurang sedap.. hihi.. bila search terjumpa resepi yang simple guna 1 biji telur. telur sebijik je...boleh simpan la resepi ni bila terasa nak buat lagi.. tekstur kek amat gooey biasalah kek coklat macam brownies pun ada  tapi wani bakar dalam cawan kan comel.. .. senang nak makan sikit ... bila masuk dalam cawan ni .. susah jugak nak agak tuang sos coklat tu ... apapun terbaik la chocolate pudding ni... 

rasanya,  best makan lepas keluar oven masih panas-panas dan masih ada lebihan sos coklat kat kek tu...sedap. ada olahan sikit dari resepi asal sebab resepi asal untuk sos coklat tu , tabur serbuk koko atas adunan kek tu. baru tuang air panas.. wani tak buat macam tu .. untuk sos coklat tu ,wani combinekan semua .. and then tuang ke atas adunan kek.kelainan ya kek ni sebab tuang sos coklat dalam adunan kek bila masak tu terasa kelembapannya berserta sos coklat..macam-macam resepi orang putih ni..

resepinya wani dah melayukan. tapi letak jugak resepi asal.. dan masa baking time tu sebab wani bakar dalam cawan adalah dalam 35 minit tapi depend ya tu agak agak kek macam dah naik dan sos dia tu dah serap elok.. boleh la cuba test dengan lidi..   

Resepi Coklat Puding Yang Mudah Dan Sedap Lagi Moist

Bahan-bahan

Butter yang telah dicairkan untuk digris
150 gm ( 1 cawan ) tepung serbuk penaik
100gm ( 1/2 cawan ) gula caster
2 sudu besar serbuk koko
125 ml ( 1/2 cawan ) susu
50gm butter, dicairkan
1 biji telur dipukul ringan
whipped cream ,sebagai hiasan

Sos coklat
155 gm ( 3/4 cawan ) gula perang 
2 sudu besar serbuk koko
375ml ( 1 1/2 cawan ) air panas

Cara - cara
1. Panaskan oven 180 C atau mengikut suhu oven masing- masing. lenserkan ramekins atau acuan dengan butter yang telah dicairkan

2. masukkan tepung gandum, gula dan serbuk koko ke dalam mangkuk.buatkan satu lubang di tengah.sebelum tu dalam mangkuk lain, kacau ringan butter, susu dan telur.dengan perlahan-lahan, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sehinga sebati.tuangkan ke dalam ramekin atau acuan yang telah digriskan

3. untuk sos coklat, ayakkan gula dan serbuk koko ke dalam mangkuk.ayakkan campuran tadi ke dalam adunan puding. dengan perlahan - lahan tuangkan air panas ke atas campuran koko tadi.

4. bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit sehingga kek naik dan test dengan lidi bila dah keluar licin tanda dah masak.sejukkan dulu selama 5 minit sebelum dihidang.

Nota: wani combinekan semua untuk sos coklat tu dan tuang atas adunan kek




This post have 7 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 8 November 2013 at 09:52

assalamualaikum..

happy birthday wani cayang..moga dipanjangkan umur dan sukses selalu ya..kalau buat kek birthday jangan lupa hntar sini..haha..nampak sedap coklat puding tu wani..

Reply
avatar
ady delete 8 November 2013 at 11:25

salamkak wani
wow !!!sedapnye CHOCOLATE PUDDING...

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 9 November 2013 at 07:55

HIHI . memang sedap... nak buat lagi rasa

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 9 November 2013 at 07:56

salam ..terima kasih.. harapnya kalo dekat boleh la nak hulurkan hihi

Reply
avatar
Mel delete 9 November 2013 at 17:58

mel datang singgah blog akak. Salam kenal.

Memang terliur puding tu..tang leleh tu yang tak tahan tu.

Reply
avatar
mala delete 10 November 2013 at 12:41

salaam wani. happy belated birthday to you. mmg tak tahan tengok puding tu ...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang