CHOCOLATE APPLE CAKE

ASSALAMUALAIKUM



salam semua kalau nak difikirkan pasal penyakit.. banyak penyakit berpunca dari makanan... ye la makanan sekarang kan.. susah sekarang nak amalkan pemakanan yang betul-betul seimbang sebab pengaruh makanan lain begitu kuat huhuu ..wani sendiri pun susah kalau nak amalkan pemakanan seimbang ni.. tapi sekarang ni wani dah kurang dah makan pedas.. biasa buat bila tengok ayam terlintas ayam kukus,, telur kukus.... baru baru ni kaki abah wani sebelah kanan tiba-tiba bengkak, bila pergi klinik.. doktor cakap gout, doktor pesan jangan makan sebarang kekacang dan jugak ikan sardin dalam tin..sebelum ni abah wani tak ada lagi tanda tanda macam tu..wani faham maklumlah bila kita manusia ni meningkat usia selepas satu satu.. sakit datang. itu tandanya kita makin lama makin meniti di hujung usia..bila fikirkan keadaan abah macam ni .. wani macam fikir kena ubah kaedah memasak.. benda yang kita tak biasa makan kena jugak paksa makan.benda yang sedap dari pandangan kita tak semestinya ia baik untuk kita... baru ni ada la masak ikan kukus tapi tak berapa nak makan pulak dia .. doakan semua untuk kesihatan abah wani..

tapi tengok, tayang kek lagi... emm susah kalau tak tergoda dengan kek ni..biasanya memang wani buat kek guna loyang paling kecik sekali dan kalau 5 -6 hari dalam peti kek tuu dah biasa dah .. biasalah lambat sangat nak boleh ke habis..

bila wani tengok ada apple dalam peti ada 2 biji saja lagi.. eemm bagi wani bila apple dah lama dalam peti ni .. mula lah tawar hati dah nak makan gitu..terfikir jugak nak buat kek apple tapi tak suka pulak yang plain macam tu .. alih alih kena combine jugak dengan coklat  ..asyik coklat jer hiii.. sebenarnya wani tengok tengok jugak kat resepi dalam web untuk combination apple dengan coklat ni..last-last wani olah sendiri jadi la macam ni.. kek ni wani boleh cakap macam aiskrim..sangat moist.. rasa lagi ngam kalau letak one scoop of ice cream kat tepi kek ni.. mood nak ambik gambar masa ni memang merudum..



CHOCOLATE APPLE CAKE

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung sebuk penaik *
1/4 baking soda *
1/2 cawan serbuk koko *
2 biji apple sederhana didadu kasar
1/3 cawan air panas
1 cawan gula perang
93 gm mentega dicairkan
telur 2 biji gred A dipukul ringan

CARA -CARA
1. bahan -bahan yang bertanda * diayak
2. sediakan satu mangkuk besar, gula perang dan mentega dikacau rata, masukkan telur kacau lagi sehingga sebati
3. masukkan semua bahan yang diayak sedikit demi sedikit, kemudian masukkan air panas terus kacau sehingga semua bahan bercampur jangan terlebih kacau.
4. akhir sekali masukkan apple yang telah didadu kacau sekejap dan masukkan ke dalam loyang yang telah digriskan dan bakar sehingga masak

Nota : wani guna loyang empat segi 7" X 7"
          wani bakar guna kaedah waterbath, masukkan loyang kek ke dalam loyang berisi air panas dan                     bakar dalam 60 minit api bawah sahaja..sebelum keluarkan loyang cucuk dengan lidi untuk pastikan               kek betul betul masak.

2 Comments

  1. bagus juga idea wani olah kek coklat epal ni..menarik!!

    ReplyDelete
  2. salam singgah. macam kek coklat je kan. ish dok bayangkan je, cair di dalam mulut. yummmmmmmmmmy

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post