-->

Thursday, 27 February 2014

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua

sudah larut malam.. masih terkial kial nak taip sesuatu kat blog ni.. oklah ya // a simple one to make sayur campur mudah versi wani buat.  it's  easy peasy..terasa nak letak dalam blog.. mana la tahu kot kot buntu cari resepi sayur hii.. memandai je macamlah susah sangat nak goreng sayur kan.. selalu jugak buat sayur ni suka letak tepung jagung nak bagi kuah tu ala pekat sikit ...macam macam sayur wani guna kadang - kadang guna sayur bok choy tu tapi buat ala chinese celur sayur bok choy dan  curah kuah pekat kat atas sayur .. dan kali ini guna sayur macam ni pulak ..plating nya agak menarik sikit ..hihi lama tak menghias hias macam ni kebetulan semua bahan ada terus ada idea...resepi ni tak adala nak letak berapa helai daun kubis cina tu ya .. boleh la pandai pandai agak ya ..goreng sayur je pun hiii

BAHAN - BAHAN

sayur kubis china
sayur bok choy
1/2 brokoli florets dicelur dengan sedikit garam
3 ulas bawang putih ketuk
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 batang carrot dihiris nipis
bawang goreng secukupnya untuk hiasan
1 sudu teh tepung jagung di campur  sedikit air
air secukupnya
1/2 kiub chicken stock

CARA-CARA
1. tumis bawang putih sehingga wangi
2.masukkan air secukupnya dan masukkan potongan karot.biar reneh sekejap
3. masukkan serbuk lada putih dan chicken stock serta sos tiram
4. masukkan tepung jagung yang dibancuh dan kacau sampai pekat .. kalau nampak terlalu pekat sikit tambah sedikit air.
5. bila dah nampak mendidih sikit masukkan sayur kubis cina dan sayur bok choy kacau sehingga layu sikit dan boleh tutup api.
6. sementara tu boleh susun brokoli sepanjang sisi pinggan tu dan letak sayur tadi ditengah tengah pinggan. tabur bawang goreng kat atas. sedia dihidangkan..





This post have 2 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 27 February 2014 at 09:10

sedap dan menarik juga sayur tu wani..

Reply
avatar
Norma NML delete 28 February 2014 at 15:53

Salam perkenalan..

Brokoli tu fav. anak akak :-)

Jom singgah blog akak if sudi. Thx

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang