Tuesday, 24 March 2020

author photo
Resepi Agar - Agar  Bandung Jelly Sumi Simple | Salam semua, jelly sumi dari zaman budak - budak memang suka makan. Kali ini dah macam - macam boleh divariasikan. Ada peminat jelly sumi tak ? Ingat sepeket besar banyak tu dah bersorak happy. Nak lagi kalau dah masuk dalam peti sejuk. Nikmat makan semasa tengah masuk musim panas. Kali ini sis buat kelainan sikit.

Masukkan jelly sumi ke dalam agar - agar. Agar - agar pulak agar- agar bandung. Cantik bila potong nampak macam berwarna - warni kat dalam tu. Resepi agar -agar ini kira paling mudah dah, cuma kalau kreatif macam - macam boleh buat.

Resepi Agar - Agar  Bandung Jelly Sumi Simple

Nak letak dalam loyang boleh ataupun guna acuan silikon macam gambar di atas lagi cantik. Nampak warna - warni jelly sumi kat dalam. Tak sangka resepi mudah dapat agar - agar cantik macam ni. Nikmat ni makan kalau bulan puasa sebab kita nak buat pencuci mulut yang mudah - mudah kan.

Siapa nak cuba buat resepi agar - agar bandung mudah, resepi dah ada di bawah.

Resepi Agar - Agar  Bandung Jelly Sumi Simple

Resepi Agar - Agar Bandung Jelly Sumi Simple 


Bahan - Bahan 
1 bungkus agar - agar tali 20gm ( rendam hingga kembang )
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air dicampur dengan 2 sudu besar sirap ros
1/2 cawan gula pasir ikut citarasa
10 biji jelly sumi yang telah siap ( kalau nak lebihkan pun tak apa )

Cara - Cara 
1. Masakkan air bersama agar - agar dan gula hingga larut.
2. Kemudian masukkan air yang dicampur dengan sirap ros dan susu cair.
3. Kacau hingga sebati.
4. dalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa.
5. Kemudian tuangkan agar -agar bandung yang telah dimasak tadi perlahan - lahan.
6. Biarkan hingga agar -agar hampir sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Apabila agar - agar mengeras, boleh dipotong dan dihidangkan.
8. Sedap makan sejuk - sejuk.


This post have 4 komentar

avatar
syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) delete 1 May 2014 at 09:02

mcm best ja, resepi pn npk sng...
slmt hari pekerja...
: )

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 1 May 2014 at 12:01

salam wani..

cantiknya agar-agar tu..kalau saya, macam sayang nak makan..huhu..nak sikit bleh?^_^

Reply
avatar
tun_telani delete 2 May 2014 at 13:06

Salam wani.. tun penah try resepi nih, sedap..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 29 March 2020 at 02:30

eheeh resepi cemni yang dewasa pun suka.. laju jugak cari
lagi2 time tengah panas. sedappp..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang