-->

Sunday, 10 August 2014

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....



salam semua .. selamat berhujung minggu,,dah masuk minggu ke berapa kita ni raya ..aih dah lupa pulak...  masih meriah dengan open house .insyaallah wani minggu depan buat open house kot...nak habiskan baki puasa tak sabar nak raya untuk second round.. ..oklah entry tertunggak dah biasa dah tu ..  kalau dulu wani dah buat jeli kelapa ni tapi sebab air kelapa tu beli jadinya tak berapa nak bau sangat ..kelapa pun tak ada sangat.. kali ini sebab pokok kelapa depan rumah wani ni berbuah lebat sangat..mungkin faktor hujan sejak kebelakangan ni alhamdulillah terasa nak minum air kelapa ambil je di pokok.. alang alang dah ambil tu simpan sikit nak buat jeli kelapa .. nilah hasilnya..

wani guna jelly instant beli dekat kedai baking.. tak silap brand happy grass ..boleh la cari kat sana ya .. tak jemu wani makan jeli kelapa ni.. kalau dulu memang asyik beli jer..  cara pun nak buat mudah jer .. tapi wani ada copy paste resepi tu di satu blog boleh juga serbuk agar agar tu .. kat bawah resepinya ya... mudah kan.. selamat mencuba 

JELLY KELAPA 2

SUMBER:arah@blogspot

Bahan2

1 Paket agar2 serbuk (10g)
2.6l Air Kelapa>>Kak nor guna air drpd 3 biji kelapa
Isi kelapa muda
11 sb gula>>Terpulang ikut kemananisan masing2
3 Helai daun Pandan

Cara2:
· Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
· Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
· Padamkan api.
· Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
· Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

**boleh tambahkan air sekiranyer air kelapa tak mencukupi kehendak resepi

This post have 2 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 10 August 2014 at 15:31

salam wani,

memang sedap makan jeli kelapa ni..apalagi kalau sejuk.memang layan habis..hihi

Reply
avatar
syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) delete 12 August 2014 at 22:34

cuaca panas2 pekena jeli kelapa ni syok ooo...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang