Saturday, 18 October 2014

author photo
ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

bertemu untuk entry hari ini dan selamat berhujung minggu..hari ini nak bercakap pasal topik kaki lembu..errr ada orang geli ke.. tak kan ^__^..  ini cerita pasal raya korban hari tu la ya.. wani ni kalau bab memasak kaki lembu ni boleh lah ..kalau nak suruh main bakar lepas tu buang bulu2, lepas tu kikis pulak nak ambil isi dia tu .. maaflah sorry tak boleh buat haaaa.. yang ni pun mujurlah abah yang buat .. lagipun favorite dia pun ais assam kaki lembu ni.. dah tak der lemak kan..

tapi bila main kaki lembu ni .. kena rebus lama laaa jawabnya 2 jam lebih jugak rebus ni nak bagi empuk... fuhh.. kena rajin2 la tambah air ya jangan bagi kering kontang la periuk tuuu... oklah resepi ni asas yang wani buat.. dah sedap pun.... kita tengok resepi nya .. wani nak kata tak makan tak la jugak makan tu makan sebab ia macam berjeli macam tu .. kollagen tu.. sihat untuk kulit hiii...  tapi lidah lembu memang tak makan laaa haaa...oklah borak jer panjang ...resepi pun senang jer nak kata ikut sukatan tu tak lah sangat.

FOLLOW BUTTON SEBELAH KANAN PALING ATAS TQ :))

AIR ASSAM KAKI LEMBU

BAHAN-BAHAN

 1 mangkuk isi kaki lembu yang sudah dibersihkan ( bergantung la banyak mana yang dapat )
 belacan secukupnya *
 jus limau kasturi secukupnya nak bagi masam. *
 hirisan daun kesum *
 hirisan bawang besar secukupnya *
asam gelugur 3 keping * ( optional )
air secukupnya
garam secukup rasa

CARA- CARA
1. rebus kaki lembu sehingga empuk ( jangan lupa sentiasa tambah air nak bagi empuk )
2. bila dah empuk, masukkan bahan yang bertanda * dan tambahla air yang dikehendaki
3. rebus lagi hingga mendidih  dan tambah garam secukup rasa kalau tak masin lagi.. ingat belacan tu dah masin ya ..
4. siap boleh la dihidangkan

This post have 6 komentar

avatar
mama sara nur delete 18 October 2014 at 19:33

Assalam
Tak penah mkn ni
Air asam kaki lembu, nmpk menarik

Reply
avatar
Bbwana adienia delete 18 October 2014 at 19:35

erm..nampak sedap..mesti best rasanya ni kan wani?

Reply
avatar
HomeKreation delete 19 October 2014 at 10:55

Salam Wani. Tak pernah makan kaki lembu.... rasa kenyal cam kaki ayam gak ke Wani?

Reply
avatar
Kenari Putih delete 22 July 2015 at 16:08

Baru ni ry sy makan kat kpg. Mmg sedap giler air asam kaki lembu ni.

Reply
avatar
Kenari Putih delete 22 July 2015 at 16:09

Baru ni ry sy makan kat kpg. Mmg sedap giler air asam kaki lembu ni.

Reply
avatar
ediy delete 27 June 2016 at 16:58

Mmg sedap gilo air asam kaki lembu boh..kaki pun yg dr lutut kebawah je..peberet kawe tu..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang