Cara Buat Aiskrim Coklat Simple Tanpa Ovalette

Cara Buat Aiskrim Coklat Simple Tanpa Ovalette | Salam semua, kalau korang nak buat untuk anak - anak aiskrim coklat simple tanpa ovalette, boleh gunakan resepi ini ya. Tapi untuk resepi aiskrim coklat ini bukan letak dalam plastik aiskrim. 

Kena tuang masuk dalam acuan popsicle tu. Kalau tak ada acuan popsicle, boleh jer nak masukkan dalam plastik aiskrim. Terpulang lah ya. 

Aiskrim coklat

Bahan - bahan untuk nak buat aiskrim ini pun tak ada lah susah nak dapat, semua mudah dapat. Yang penting sekali aiskrim coklat ini tanpa ovalette. 

Memang ada setengah resepi asikrim guna ovalette, Jadi,untuk resepi ini, korang tak perlu risau lah

Fungsi tepung jagung nak bagi tekstur aiskrim lembut tak ada lah keras macam air batu.


aiskrim coklat

Resepi Aiskrim Coklat Simple Tanpa Ovalet


Bahan - Bahan
30 gm coklat masakan
1/3 sudu gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan susu
Secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar mentega

Cara - Cara
1. Coklat dicairkan dengan kaedah double boiler,
2. Bila dah nampak cair, masukkan susu dan tepung jagung,gula pasir , serbuk koko dan juga garam. kacau biar rata sekejap.
3. Tutup api dan pindah ke atas dapur lain, masak hingga semua campuran kelihatan pekat.
4. Kacau selalu ya tak nak bagi hangus kat bawah.
5. Tutup api dan masukkan esen vanila dan mentega.
6. Kacau rata sehingga mentega cair.
7. Tuangkan ke dalam acuan popsicle dan boleh sejukkan semalaman.

Nota :
1. Tip untuk keluarkan aiskrim dari acuan dengan alirkan air paip dekat bahagian acuan asikrim.
2. Jangan alirkan air lama sangat takut terlebih cair aiskrim.
3. Alirkan sikit dan cuba buka, kalau tak boleh lagi alirkan air lagi sekali.

Kredit : https://www.chocolatemoosey.com/2014/06/10/homemade-fudgesicles/

Baca Juga :

1. 15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral
2. Resepi Aiskrim Potong Kacang Merah
3. 11 Resepi Air Balang Paling Laris Dan Sedap

6 Comments

  1. wah aiskrim ke ni wani macam sedapp je makan time panas ni

    ReplyDelete
  2. asalkan aiskrim, memang cepat sangat habis anak2 makan :D

    ReplyDelete
  3. uii...mengiurkan nampak gaya tuhhh... alahh bila nak rajin buat nihh

    ReplyDelete
  4. nasib baru beli coklat masakan minggu lepas..boleh cuba buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post