Err EKSPLOITASI ?...

ASSALAMUALAIKUM....


Masih ingat dulu fasilitator semasa wani kursus ..untuk subjek penampilan imej dah lama dah.. Madam Noriz  namanya, ada tanya cuba tengok air asia macam mana produknya diiklankan.. Rata - rata medium yang digunakan menggunakan 'wanita'. Adakah itu eksploitasi..mengambil kesempatan untuk menarik perhatian orang lain.. Kalau tengok kat billboard ke atau apa - apa medium mesti orang perempuan.. Lelaki tak ada pulak..perasan tak ?

Masa wani nak boarding dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, masa tengah beratur nak bagi boarding pass tu, biasa lah flight attendant air asia  baju uniform warna merah skirt pendek paras lutut.. Tapi yang tak berkenan nya pasal baju tu macam terlalu sendat.. Tapi berzip depan.. Kalau wani tengok macam nak bernyawa pun tak lepas.. Cuma flight attendant yang ni penampilan nya agak seksi sikit. Sebab dia terlalu mendedahkan bahagian atas sebab baju dia tu berzip depan boleh buka..Kalau bagi wani definisi seksi bagi setiap individu tu berlainan sebab tahap keimanan individu adalah berbeza.. dan hak untuk seksi tu milik masing - masing.. Masa tu rasa malu pulak sebab bukan perempuan saja yang naik flight ni.. Penumpang lelaki dan perempuan pun ada.susahnya kalau tak ada rasa malu sebab malu tu separuh daripada iman.. Dan tahap keimanan kita ada kat situ. Wani terfikir siapa la designer untuk uniform air asia.. Mudah - mudahan design la uniform lain.. Macam la dengar pendapat kita kan.. Dah kalau cara macam tu dia berbisnes.. 


Kalau uniform dress untuk lelaki kalah yang perempuan pulak.. Semua tutup aurat.. Baju kot dia tu sampai tutup macam cekak musang baju melayu. Kalau nampak kat dalam gambar ni yang paling belakang pakai hitam macam tu lah uniform lelaki.. Gambar ni masa nak boarding dari KLIA 2.Ok lah semua kenyataan ini hanya pendapat sahaja.. Hari ni cuaca macam sejuk dan berangin.. Sekian.....

Post a Comment

Previous Post Next Post