-->

Tuesday, 15 December 2015

author photo
Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa | Resepi bubur jagung semua orang boleh buat kan, tapi yang uniknya kali ini masak dalam noxxa. Wani dah buat sebelum ni,  sebab nak habiskan jagung yang tak terusik, sebenarnya jagung tu dah direbus, terlebih tak ada siapa nak makan, wani pun kikis jagung tu dari empulur jagung. Konon nak buat bubur jagung, ada boleh terlintas dalam fikiran nak blender biji jagung tu, hancur sangat. Macam nak bagi ayam makan. Akhirnya buat juga tapi dalam keadaan hancur, kali ini buat cantik elok nampak biji jagung tu ya. Kepekatan pun elok-elok jer. 

Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa

Lama juga tak makan bubur jagung, bukan penggemar sangat, tapi sekali sekala buat tu makan la jugak. Lebih-lebih lagi sedap letak beras pulut. Sekali lagi penggunaan santan tu boleh la letak ikut citarasa. Bukan la terlalu cair sangat. Kalau dalam resepi wani semua mesti guna santan cair. 

Kalau guna santan pekat tu wani campur air. Senang dah sekali dengan masak beras pulut hanya 7 minit sahaja. Periuk noxxa yang paling best, lepas masak tu lama jugak la kehangatan dia tu. Lagipun bubur macam ni best makan hangat. Terlalu sejuk tak best pulak. Tapi kalau dah malam tu, wani reheat kan nak panaskan balik.

Ok jom buat resepi yang mudah. Boleh buat untuk menu petang. 

Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa

Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa

Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa

Cara Masak Bubur Jagung Mudah Guna Noxxa 

Bahan - Bahan
1/2 cawan beras pulut dibasuh dan toskan 
3 1/2 tongkol jagung dihiris 
2 helai daun pandan 
1.5 liter santan cair atau 3 cawan santan pekat 
2 keping gula melaka ( kalau rasa tak manis tambah gula putih biasa )

Cara - Cara 
1. Masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan masukkan air, paras melebihi jagung sikit.
2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke "pressure" dan tekan mode "high pressure" selama 7 minit.
3. Bila dah bunyi beep, terus putar tombol ke "steam" untuk lepaskan wap.
4. Buka tudung noxxa, jagung dan beras pulut dah masak. masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
5. Kacau rata sekejap dan on mode "stir fry "dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya tak manis boleh tambah gula putih biasa bergantung tahap kemanisan yang dikehendaki.
6. Bila dah nampak sebati, pulut pun dah kembang, boleh offkan "stir fry ".

Senangkan resepi bubur jagung mudah guna noxxa. Boleh cuba ya. Sis guna periuk noxxa lama. 





This post have 3 komentar

avatar
Ibuyati delete 31 August 2016 at 09:56

Hari nih masak bubur mcm nih. nampak sedap aje. semalam dah mask 5 ketul bawa ofis. ada lah
gi 6 ketul. Sapa nak kan periuk noxxa nih boleh kotak ibuyati di 019-2494819. ibu jual rm680 dan dapat 4 ebook resepi noxxa :1. lauk-pauk. 2. aneka nasi 3. aneka bingka dan 4. aneka resepi manis. kalau dah ada ibu jual rm10 untuk 4 ebook. bagi aje email address. TQ

Reply
avatar
Ibuyati delete 31 August 2016 at 09:57 This comment has been removed by the author. Reply
avatar
Nurul aziyana delete 25 July 2018 at 14:03

Thanks
Sy rujuk sini nak masak bubur jagung

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang