Sunday, 22 March 2020

author photo
Resepi Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap | Salam semua, sis memang peminat sotong kering. Dulu - dulu memang suka lah makan. Boleh makan tapi tak selalu lah. Ramai peminat tak sambal sotong kering kat sini. Kalau ada nasi lemak memang bertambah makan. Dulu banyak sangat beli sotong kering. Jarang - jarang sekali makan boleh la ya.

Kalau dulu tak berapa nak pandai masak sambal sotong kering ni. Tapi bila tengok resepi, rupanya nak bagi lembut kena rebus, banyak jugak la cari macam mana tips nak bagi lembutkan sotong ni, ada orang  rendam pakai ubat, ubat macam mana tak tahu la, tapi bagi sis tak  rendam pakai ubat, rendam secara biasa sudah, sis rendam semalaman, lepas tu rebus biar sotong kering tu lembut.




Resepi Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap

Tapi hilang rasa sotong tu, nak buat macam mana nak lembut punya pasal. Kalau korang ada tips yang lain selain dari guna air abu tu boleh komen kat kotak komen. Kadang - kadang sis nak tahu juga cara apa lagi boleh lembutkan sotong kering ini.

sotong kering
Gambar dari google 

Gambar atas tu gambar sotong kering ya, takut ada yang tak kenal. Sotong kering ada yang saiz besar ada yang sotong saiz kecil. Yang sis guna sotong macam gambar kat atas. Yang besar, kena main potong - potong pulak. Rasanya harga sotong kering dah melambung naik harga sikit. 

Kalau sambal ni paling penting bahan tu belacan, tak letak belacan tak berapa nak sedap.

Sambal macam ni sis memang lebih suka makan dengan nasi lemak , tak tahu lah kenapa, tapi tekak sis memang masuk dengan nasi lemak.

Jom lah cuba resepi sambal sotong kering mudah ini. 

Resepi Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap 
Sumber: Azlita Masam Manis

Bahan - Bahan 
8 keping sotong kering  direndam lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar dipotong bulat
Garam dan gula secukup rasa

1 inci belacan

Bahan Kisar 
10 - 15 tangkai cili kering  direndam lembut
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih

Cara - Cara 
1. Sotong di rebus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, goreng bawang besar sehingga keperangan sikit.

3. Masukkan belacan,goreng lagi hingga naik bau.
4. Kemudian tumiskan bahan kisar hingga garing, harum dan terbit minyak.
5. Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Kacau sehingga nampak naik minyak sikit.
7. Masukkan sotong kering dan masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.

Artikel Yang Lain : 
1. Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap
2. 21 Resepi Aneka Bebola Daging Mudah Disediakan Di Rumah
3. Resepi Sos Pencicah Thai Mudah ( Buat Sendiri Di Rumah )
Baca sini :



This post have 2 komentar

avatar
Sis Lin delete 22 March 2020 at 14:07

Waaa sedapnyaa, boleh cuba nanti, sekarang ni idea memasak tepu duk hari=hari nak masak hahaha

Reply
avatar
Azhafizah MN delete 24 March 2020 at 01:19

Sedap ni. Lama betul tak makan sotong kering sambal. Biasa masak sotong fresh tu je.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang