BISKUT PREMIX OATS ( VERSI ICEBOX COOKIES )

ASSALAMUALAIKUM....


panasnya cuaca kat luar..musim cuti sekolah dah tiba ..

dah lama buat cookies ni,, sejak persepsi wani terhadap biskut tak perlu nak bakar pada hari yang sama dan boleh disimpan dalam peti untuk dibakar esok hari,, wani jadi macam rajin hii ,, wani nak buang sikap buat biskut tu susah ,,tapi biskut versi icebox cookies ni, perlu disimpan dalam peti untuk mengekalkan bentuk apabila potong nanti. kalau buat macam bentuk bulat macam wani buat ni , bila potong jadi macam ni lah,, tak kisah lah anda nak membentuk doh macam mana sekali pun. tapi wajib simpan dalam peti,, kalau tak nak simpan pun tak apa,, terus terap guna acuan ke, atau pun nak bentuk bulat-bulat , lenyek sikit sebelum bakar pun tak apa.. tapi tak panggil icebox cookies.. banyak lagi nak meneroka pasal icebox cookies ni , sebab, kalau versi mat saleh buat ni memang macam-macam ..kreatif betul mereka..

ini kira macam kita nak buat crust untuk pie kan simpan sekejap dalam peti,, tekstur bila lepas bakar nanti akan rangup..

resepi kat bawah dari Puan Kathy Kay...  dia pun cakap boleh frozen doh biskut ni..  tapi dia guna oat, wani guna premix oat sebab dalam bungkusan tu, dah siap ada chia seed dan juga coarse rice...lagi la bertambah sihat kan,, biskut sihat  ke macam ni hii ,, gula ada jugak : D..terima kasih Puan Kathy ...adunan sedang elok boleh dibentuk..

doh boleh difrozen , kalau letak dalam peti bawah pun setakat dalam 4 hari,, kalau tak nak guna lagi, atau tak sempat nak main potong-potong,, ambil doh  terus letak peti beku.. siapa yang sabar macam wani ni boleh la buat macam ni,, kalau tak sabar tak boleh nak tolong la hii..

dalam resepi ada letak emplex, tapi wani tak letak,, biskut rangup juga.. yang penting masa bentukkan doh tu jangan terlebih uli..


BISKUT PREMIX OAT ( VERSI ICEBOX COOKIES )
SUMBER : FACEBOOK PUAN KATHY KAY

BAHAN-BAHAN
1 cawan butter lembut atau 226 gm
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat (dikisar)
1 cawan kismis/ coklat chip ( tak letak ) 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh emplex ( perangup biskut )  (tak letak)
1 sudu teh esen vanila
garam ( tak letak )

CARA-CARA
1. mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. tak perlu kembang
2. masukkan telur dan esen vanila. mix setakat sebati
3. masukkan bahan-bahan kering dan ramas-ramaskan sebati . jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras
4. bulatkan dan leperkan sedikit, sukat guna sudu sukat 1 sudu besar. atas saiz masing-masing
5. bakar pada suhu 170C lebih kurang 20 minit atau sehingga perang.atas oven masing -masing.guna fungsi kipas jika ada untuk masak lebih sekata dan rangup

sejukkan atas redai besi. ini penting untuk biskut yang rangup supaya wap air tidak menyerap dalam biskut.setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara

NOTA
Doh biskut boleh frozen.bila nak guna, keluarkan dan biar suhu bilik dan proses seperti biasa.andai biskut lemau juga boleh bakar seperti biasa


VERSI ICEBOX COOKIES* Lepas siap adun doh, boleh buat cara macam wani biasa buat ambil cling wrap, tekan-tekan doh secara memanjang ikut ukuran cling wrap dan gulungkan, kemaskan kedua-dua hujung bahagian. simpan dalam peti dalam beberapa jam, kalau tak nak bakar lagi.dapat dalam 2  setengah gulung panjang..kalau simpan doh dalam peti bawah, potong doh dengan pisau yang tajam, jangan lama-lama sangat kat luar, takut doh jadi lembik..

* resepi yang betul-betul icebox cookies boleh klik SINI



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post