POS BARANG

ASSALAMUALAIKUM...

                        

Hari ini misi mengepos barang, walaupun panas terik rasa nak turun dari kereta pun tak sanggup.pejabat pos kat sini pun memang tak ada pokok, tepi jalan besar lagi dekat dengan lampu isyarat, dulu ada jugak la pokok tempat nak berteduh bayang - bayang pun boleh lagi.. memang makin lama makin membangun Kubang Kerian ni.

Tapi misi kena tetap teruskan sebelum tarikh tamat isnin depan.wani pun agak risau sebab takut pecah.. pergi letak dalam bungkusan plastik.. sebab macam tak padan nak main bungkus.

Semoga selamat sampai kat tangan penerima dalam keadaan elok..tadi ada tanya boleh tak letak macam notis barang ni mudah pecah, pekerja tu bagi tahu boleh, dia tunjuk macam kertas tapi wani pun tak berapa jelas tengok.. tapi tak ada tape.. alahai takkan lah tape pun tak ada.. tu la yang wani dok risau sangat sebab benda kat dalam ni nak buat photoshoot.. last tak tertampal jugak..

Apalah barang kat dalam tu hii.. tunggulah nanti. Wani pun dah lega sebab dah post bermula dari beli barang, penyediaan nak buat dan akhir sekali nak post.. phew... rasa lega.. sebab dah tunaikan tanggungjawab
..tunggulah stay tuned untuk cerita seterusnya.. selamat malam..

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post