-->

Tuesday, 3 May 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM..


Agak lama dah tak jejak kaki dekat Bazar Tok Guru.nampak sangat lama tak bershopping kat sana. Wani bukan  kaki shopping pun. Nak kurangkan  sikit nafsu nak bershopping bagai ni .. Mampu ke diri ini huhu.... Sampai sana , nak dekat pukul 10 pagi, tak banyak lagi kedai yang buka tapi nasib baiklah dapat cari parking, kalau pergi lewat - lewat tentu nak parking pun susah. Kedai dalam bazar tok guru dalam pukul 11 lebih baru nampak banyak buka.. 

Macam biasa kalau tak ke tandas tak boleh hii tapi bila nampak depan pintu .. Kena bayar 30 sen sebelum masuk tandas, terkebil - kebil juga mata ni betul ke apa yang dibaca ni. Wani pandang sebelah kanan wani ada macam meja kecil ada bekas duit dalam tu, duit syiling ada tapi penjaga nya tak ada. 

Biar betul kena bayar ni , rasa tahun lepas tak kena lagi ,sejak bila la kena cas nak masuk toilet. Lepas tu, baru terpandang yang lekat kat dinding ni dah ada notis, ohh baru berkuatkuasa 16 April bulan lepas, maknanya masih baru lagi ni. Dah tak ada dah macam dulu.

Disebabkan tak ada orang jaga, wani pergi ronda tempat lain dulu, baru datang balik, nampak dah ada orang jaga duit syiling tu. Masuk dalam tandas ok tandas bersih, biar padan lah bayar 30 sen ya, kebersihan perlu dijaga untuk keselesaan pengguna.

Zaman sekarang nak masuk tandas pun duit, tak ada dah free macam dulu - dulu. Bukan tak pernah masuk pun yang bayar 30 sen kat tempat lain tapi tak padan, bayar tapi bila masuk dalam macam tak patut dikenakan bayaran pun sebab tandas kotor. Bersedia lah nak ke bazar tok guru. Sediakan duit syiling ya. 

1 komentar:

avatar
Amie delete 3 May 2016 at 10:04

Hmmmm.... sekarang ni setiap langkah adalah RM... he he heeeeee....

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang