-->

Tuesday, 27 September 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM..



Salam semua, harap semuanya sihat walafiat, walaupun kat sini cuacanya agak panas

gigih la jugak nak menaip walaupun dah lama gambar ni dalam draft tapi tak lama sangat pun. gambar ni masa adik wani balik kampung hari raya haji yang lepas.. katanya teringin sangat nak makan jering rebus.sekarang ni pun tak tahu adakah musim jering rebus sekarang, sekiranya berlambak tengok dekat pasar pagi, maka betullah dah musimnya kot. Kalau tak ada tu maknanya bukan musimnya lagi

Kebetulan ni ada jering rebus dekat pasar pagi, gambar ni adik wani yang ambil, sebesen besar penuh dengan jering rebus, yang dah ada dalam plastik tu yang nak dijual, cuma tak letak dengan gandingan parutan kelapa muda, nanti ada orang nak beli baru penjual letak

Jering rebus ni kalau dah rasa rindu nak makan, mulalah bertanya ada jual dah ke atau tak jual lagi, dah bermain - main dalam kepala. Ada sesiapa yang tak pernah makan tak, rasa dia macam ubi lah tekstur lembut bila gigit tapi bau jering lah hiii.sedap tau gandingan pulak dengan parutan kelapa muda manis dan masin. kebetulan yang adik wani beli ni tak berapa nak elok sebab jering dah nampak macam tumbuh jerawat batu haaaa... Rupanya bila di patah dua, nampak ada ulat... Tak puas hati pulak makan, jering rebus yang cantik, permukaan rata kat bawah dan gelembung atas, tak adalah berkematu sana sini. 

Harga sepeket dalam RM 1.50, sedap makan kalau jering tu masih hangat, dicicah pulak dengan nyiur muda, nampak gaya kena cari lagi.makanan unik negeri kelantan, boleh dapat kat pasar - pasar pagi, nak guna jering kena guna jering tua untuk rebus, kalau ikut cakap bonda wani bagi tahu, kalau tak pandai nak rebus alamatnya orang yang makan tu tak boleh nak kencing hiiii... 




This post have 9 komentar

avatar
Ana Jingga delete 27 September 2016 at 22:06

wani , uniknyaaa..haha macam pelik la bab last tu, haha :)

Reply
avatar
Hasif delete 27 September 2016 at 22:47

jering ni tak bpe nk minat maybe belum try lagi makan dgn kepala kot.. hehe.. tpi petai memang layanzz.. sedapnye tu petai..

Reply
avatar
mek yunie delete 27 September 2016 at 23:50

Yg last info tu mmg btol. Biasa klau rebus kene letak besi skali. Teori org dlu dlu.

Tp mek tak makan pn jering ni wlaupun locally kelantanese

Reply
avatar
Kakzakie Purvit delete 28 September 2016 at 10:16

Oh... kakak baru tahu
Kalau tempat kakak biasa buat ulam makan dgn nasi aje Wani

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 28 September 2016 at 13:39

Nape la mek x makan sedap mi tau hiii

Reply
avatar
Warisan Petani delete 28 September 2016 at 23:36

Pakcik pun Xgemar makan jering ni walau pun tahu banyak khasiatnya.
Cuma tanam dan jual aje. Buah jering mahal sekarang. Jual kira biji.

Reply
avatar
sakinah (SMS) delete 29 September 2016 at 10:15

Wah! lama sangat tak makan jering rebus. Dulu masa kat tempat lama, emak selalu rewang rebus jering bila sampai musim. Seingat kinah ramuannya mostly akar-akar pokok herba. Lama jugak nak merebusnya. Ber jam-jam. Sebab masak seperiuk besar dengan jiran tetangga.

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 29 September 2016 at 19:28

Wahh bagusnya kinah , ingat dulu kita ingat masa arwah nenek ada main rewang rebus jering, memori kanak2

Reply
avatar
Mas_FVOME delete 1 October 2016 at 11:40

x prnh mkn =.=' tp jering yg mentah sllu la makn buat ulam..kriukk.kriukk..sedap!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang