-->

Sunday, 18 September 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bertambah lagi satu untuk sektor pelancongan di Kelantan. Sumber di berita harian online

TUMPAT: Kelantan Floating Market atau pasar terapung di Kampung Pantai Suri, di sini, yang mula beroperasi hari ini menjadi pasar terapung pertama di Malaysia. Sebanyak 10 bot penambang disediakan sebagai permulaan untuk menjual makanan dan minuman yang mampu menarik tumpuan penduduk setempat atau pengunjung luar. Konsep jualan yang dibuat seakan-akan pasar terapung di Thailand itu menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.

SUASANA Kelantan Floating Market yang mula dibuka hari ini di Kampung Pantai Suri.Kelantan Floating Market atau pasar terapung di Kampung Pantai Suri, di sini, yang mula beroperasi hari ini menjadi pasar terapung pertama di Malaysia. Sebanyak 10 bot penambang disediakan sebagai permulaan untuk menjual makanan dan minuman yang mampu menarik tumpuan penduduk setempat atau pengunjung luar. Konsep jualan yang dibuat seakan-akan pasar terapung di Thailand itu menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah. 

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi SuriMasSeroja, Tengku Rizuan Tengku Zainal Abidin, berkata konsep yang dinamakan Kelantan Floating Market itu adalah yang pertama di Malaysia. "Kami melihat Kampung Pantai Suri adalah lokasi strategik dan ada potensi untuk dimajukan. Pembabitan penduduk kampung juga amat membanggakan. "Kelantan Floating Market ini dibuka setiap hari Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif mewujudkan pasar berkenaan oleh SuriMasSeroja yang ingin meningkatkan pendapatan penduduk kampung dan memperkasakan produk yang boleh diketengahkan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. 

Tengku Laksamana Kelantan, Datuk Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim turut hadir meninjau kemeriahan Kelantan Floating Market yang diiringi Pengarah Tourism Malaysia Negeri, Hafiz Hazin. Tengku Rizuan berkata, bayaran untuk ke pasar terapung itu dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan bilangan bot berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa. Katanya, selain jualan, turut diadakan demonstrasi mewarna batik, membuat kuih kapit, menjahit atap nipah, kraftangan dan beruk memetik kelapa.


This post have 4 komentar

avatar
Farhana Jafri delete 18 September 2016 at 17:35

bestnya dah ada floating market. Lepasni boleh masuk dalam list tempat nak pergi ;)

Reply
avatar
mek yunie delete 18 September 2016 at 17:55

ohoooiii ore kelatey sediri tok tahu niiii. adjst g lah sabtu ni :)

Reply
avatar
Warisan Petani delete 18 September 2016 at 20:56

Wkmsalam.
Wah X payah gi Bangkok.

Reply
avatar
Gee Lion delete 18 September 2016 at 22:58

boleh jadi tumpuan pelancong yg lebat lah pasni ^_^

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang