-->

Friday, 28 October 2016

author photo
D.I.Y Flower Crown | Cara Mudah Buat Flower Crown Dengan 4 Bahan Sahaja | Salam semua,
Di blog ni saja nak terbelek bawah label D.I.Y, ternampak post  cara nak buat flower crown mudah ni. Tak sangka dulu rajin nak D.I.Y bagai. Sebelum nak mula buat sendiri flower crown, gigih pergi intai - intai kat blog mat saleh nak belajar. Maklumlah kan flower crown ni memang asal sebelah sana. Tak tahu asal - usul macam mana boleh terjadinya flower crown. Korang tahu tak ?

D.I.Y Flower Crown | Cara Mudah Buat Flower Crown Dengan 4 Bahan Sahaja

Kali ini nak kongsikan DIY flower crown. Segan pulak nak post kat sini, tak pernah nak ber DIY pun, sis tertengok gambar ni simpan dalam folder phone. Nak juga buat entri pasal DIY. Lagipun lama sangat dah simpan dalam phone.

Flower crown ni wani buat 2 tahun lepas, tak ada kaitan dengan tajuk kahwin. Tak kisah lah pakai saja untuk suka- suka pun boleh. Saja menggatal tangan nak cuba mana tahu tangan berseni kan. Sebab rasa masa tu famous sangat dengan diy sendiri flower crown. Syok sendiri buat, tak tahu lah kalau kalian tengok cantik ke tak. Tapi bila buat sendiri lepas tu letak atas kepala sendiri, wah syok dah macam bidadari kayangan bila letak flower crown atas kepala.

Sis ada juga tengok website kat orang putih buat diy flower crown, dengan bunga hidup siap kalau orang putih dah la mata biru, rambut blonde ikal mayang, pakai flower crown, kita tengok ni pun dah macam bidadari  turun dari syurga.

Inilah hasil dari DIY, tak susah sangat pun buat nya. Apa yang diperlukan pun bahan yang mudah nak jumpa, beli dawai lembut dengan flower tape  tu kat kedai barang kahwin. Bunga tu beli kat Mydin. tak adalah susah guna gam pun tak, sis lilit jer dengan flower tap tu.

D.I.Y Flower Crown | Cara Mudah Buat Flower Crown Dengan 4 Bahan Sahaja

D.I.Y Flower Crown | Cara Mudah Buat Flower Crown Dengan 4 Bahan Sahaja


Bahan Yang Diperlukan 

Gunting
Flower tape
Dawai ( yang jual khusus untuk bunga )
Bunga plastik (asingkan bunga dan daun )

Cara - cara 

1. Ambil 2 dawai dan buat lengkungan.rujuk macam gambar kat atas.
2. Buat separuh bulatan lepas tu ambil flower tape dan lilitkan bahagian separuh bulatan yang terbuka untuk dikemaskan. Lilit banyak kali supaya dawai jadi kemas. Ada flower tape yang lebih boleh gunting.
3. Dah siap macam bulatan dawai, kat gambar tak details. Ambil bahagian bunga kudup, daun tak ambil. Letak bunga di dawai dan lilit dengan flower tape.
4. Dalam gambar tu bunga tu diselang - seli dengan mini daun dari tangkai bunga tu juga. Ikutlah design bunga macam mana pun yang penting kreativiti kita.
5. Selamat mencuba. Mudah kan tak guna gam pun.

Nota 
Buat ukuran dulu atas kepala dengan dawai sebelum dikemaskan dengan flower tape takut tak muat saiz.

Macam mana ?  Senang tak nak buat sendiri flower crown, kalau beli yang dah siap memang mahal juga. Kalau buat sendiri lagi jimat belanja. Lagipun tutorial pun banyak sangat kat youtube. Boleh tonton sana. 

This post have 3 komentar

avatar
Unknown delete 28 October 2016 at 17:37

wah.. boleh ler try nnti.. sebb crown ni popular kalau ada event kt sklh..
mcm princess kalau pakai...

Reply
avatar
Warisan Petani delete 29 October 2016 at 08:26

Buat pakai pegi kerja, bagus ni. Ha haa

Reply
avatar
mek yunie delete 30 October 2016 at 09:54

Kan.. Biasa akn usha dlm lazada. Sjenis yg rse hsil krja tk cntik mcm org lain.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang