-->

Saturday, 3 June 2017

author photo
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap | Salam semua, alhamdulillah  dah masuk 8 ramadan dah. Puasa ni kalau lepas sehari berlalu macam tu kita tak sedar pun kan. Tiap kali masuk blog ada sahaja iklan yang lalu pasal raya, kalau tak pasal periuk, pasal shopping raya, habis keluar iklan pasal makanan time puasa ni kan. Inilah hebatnya bila tiba bulan Ramadan dan lepas tu nak sambut raya. Macam - macam iklan pasal raya keluar.


Lepas tu semua brand butter pakat dok up pasal biskut. Masa ini lah nak menaikkan jualan masing-masing nak tunjuk kehebatan dalam penjenamaan masing- masing. Berpinor mata jugak tengok iklan yang lalu kat fesbuk ni.

Sebut pasal biskut mesti ingat raya. Kalau tak raya tak buat biskut ke. Buat jugak kan kalau teringin. Yang tak pernah buat biskut pun fikir raya mesti nak ada biskut. Masa tengah musim perayaan ini  biskut dengan hari raya memang tidak dapat dipisahkan.

Tahun ini malas nak buat biskut raya. Yang wani post entry dalam blog ini kekadang hari tak raya pun buat. Tapi ini biasanya dah jadi signature cookies wani lah sebab diakui wani bukan jenis orang yang suka buat biskut. Tapi kalau terajin tu memang terajin lah.

Versi yang wani suka buat icebox cookies. Doh biskut sebenarnya boleh simpan dalam peti. Sebab biasanya wani buat doh saja lepas tu simpan dalam peti esok baru nak menguli. Tapi yang versi icebox cookies ini, kita kena siap- siap gulung - gulung doh tu nanti senang nak potong. Jadinya bentuk icebox cookies ni boleh jadi bentuk bulat sahaja.

Kalau korang nak ikut resepi ini, boleh lah rancang awal-awal nak buat biskut. Ada satu lagi semprit cookies itu yang tu memang sedap cair di mulut. Korang patut cuba.

Ini sahaja koleksi biskut yang wani boleh kongsi dengan korang semua. Kalau terasa nak buat boleh cuba.. Kat situ wani banyak bagi nota takut ada yang tak faham.

Sebut pula tart nenas ni memang biskut evergreen tak boleh tinggal kalau time nak raya kan. Tapi resepi yang wani cuba kat bawah memang tak menghampakan. Sedap dan gebu.

Resepi biskut raya kali ini adalah di antara biskut raya paling mudah. Biskut yang tak payah terap ada dan kena terap pun ada. Di antara biskut yang dibuat adalah seperti di bawah :

1. Resepi lemon poppy seeds
2. Resepi biskut strawberi

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap


1. Resepi Biskut Lemon Poppy Seeds ( Versi icebox cookies ) 

Bahan-bahan:
226 gram Buttercup 
1 cawan gula halus 
1 sudu besar jus lemon 
1/4 cawan poppy seeds atau biji kas kas 
Parutan kulit lemon dari 2 biji lemon  
1 sudu teh esen vanila 
2 cawan tepung gandum* 
1/2 cawan tepung jagung* 
1/2 sudu teh baking soda* 
1 biji telur  

Bahan bertanda * diayak 

Cara penyediaan:
1. Pukul Buttercup dan gula dengan senduk kayu sampai sebati, bertukar warna dan pucat. Tak perlu kembang.

2. Masukkan telur, pukul sampai adunan sebati dan masukkan esen vanila,kulit lemon dan jus lemon. Kacau lagi sampai adunan mesra.

3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan masukkan poppy seeds diselangi dengan baki tepung.

4. Kacau adunan sehingga tepung dan poppy seeds sebati. Jangan terlebih kacau.

5. Ambil separuh doh dan bentukkan secara memanjang di atas cling wrap dalam ketebalan diameter 1.5 inci.tutup doh dengan pembungkus plastik dengan kemas sambil gulung. Ulangi langkah yang sama untuk baki doh yang ada.

6. Kemaskan kedua - dua hujung pembungkus plastik. Simpan dalam peti dalam beberapa jam atau semalaman sebelum dipotong.

7. Keluarkan dari peti dan potong doh dengan pisau yang tajam dalam ketebalan 1/4 inci.

8. Bakar dalam 20 minit pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing sehingga biskut keperangan.

9. Keluarkan dari oven dan terus angkat letakkan atas redai untuk biskut kekal rangup. 

Tips Penting
1. Potong dengan pisau yang tajam untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik.
2. Doh boleh disimpan dalam peti dalam tempoh 2 minggu sekiranya tak nak bakar lagi.
3. Seeloknya potong sekali dengan pembungkus plastik untuk elak haba dari tangan menyentuh doh penyebab doh cepat lembut. Buang pembungkus plastik dari setiap kepingan biskut dan susun atas loyang yang telah digris.


8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

2. Resepi  Biskut Strawberri ( Versi Icebox Cookies ) 
Sumber: JOY OF BAKING

Bahan - Bahan 
1 cawan atau 226 gm mentega
1 cawan atau 200gm gula halus
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 2/3 cawan tepung gandum atau 345gm (wani guna 2 cawan tepung gandum dan 2/3 cawan tepung jagung) 
1/2 sudu teh baking powder
3/4 cawan atau 175 ml buah-buahan kering contoh cranberries, mix fruits, dried apricot dicincang halus

Cara- Cara 
1. Putar gula halus dan mentega sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar sehingga sebati.
3. dengan guna senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati. 
4. Masukkan buah-buahan kering dan kacau sehingga doh mesra dan sebati. Sekiranya doh lembik boleh tambah tepung sehingga doh boleh dibentuk dan tak melekat.
5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian, bentangkan cling wrap atau kertas timah. (bergantung kepada panjang kertas timah atau cling wrap yang digunakan)
6. Bentukkan doh menjadi bulat secara memanjang dan balutkan doh tadi dengan cling wrap. kemaskan di hujung dengan lebihan cling wrap yang ada macam pembalut gula-gula.
7. Simpan dalam peti sejuk semalaman kalau nak potong dan bakar esok hari. Kalau nak bakar hari tu juga, sejukkan dalam 4 jam. Tapi baik simpan semalaman.
8. Bila nak bakar, keluarkan dari peti sejuk dan terus potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Griskan loyang atau lapik dengan baking paper.
9. Pastikan masa susun atas loyang buang cling wrap yang melekat setiap potongan dengan hati-hati.
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam 18 minit. Atau sehingga masak keperangan.Kalau tak rasa perang lagi kat bawah boleh tambah masa beberapa minit.

11. Dah masak keluar kan dari oven dan sejukkan terus atas wirerack untuk mengelakkan permukaan bawah biskut basah kalau lama - lama dalam loyang.


Nota 
1. Suhu ikut oven masing - masing.
2. Mesti orang tertanya - tanya kenapa wani potong terus sekali dengan cling wrap. Ini kerana ikut pengalaman yang lalu, pernah  buang cling wrap dari doh. Tapi masa nak potong doh tak berapa cantik dan kemas. Cling wrap tu macam penyokong untuk kita pegang. Takut nanti makin lama nak potong lambat -lambat doh berderai. 
3. Guna pisau yang tajam untuk potong doh.
4. Masa pembakaran bergantung kepada ketebalan doh yang dipotong.
5. Nak bagi tahu awal - awal doh wani buat ni terlembik. Jadi terpaksa tambah tepung. Wani tambah tepung gandum sebab untuk 2/3 cawan tu dah guna untuk tepung jagung walaupun resepi asal tak guna tepung jagung. Tak nak terlebih rapuh sangat. Jadi ,wani tambah guna tepung gandum. Jadi jangan panik kalau rasa doh terlembik ya. Tambah tepung gaul sampai tak melekat dan boleh dibentuk.
6. Doh boleh disimpan dalam peti dalam 3 hari atau boleh frozenkan sehingga satu bulan untuk tahan lama.



8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

3. Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram mentega
180 gram gula kaster
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
180 gram Nestle Cornflakes - ramas kasar
50 gram badam cincang ( sangai terlebih dulu )

Bahan Ayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen. Kacau sebati.

2. Masukkan cornflakes, badam serta bahan ayak. Kaup balikkan. 

3. Ambik sesudu adunan, bulatkan dan atas dulang pembakar yang telah dilenser mentega. 

4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sehingga berwarna keemasan.

Nota
Bakar dalam 20 minit bergantung kepada ketebalan biskut

Resepi - resepi icebox cookies yang lain

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

4. Biskut Oat Sedap   ( Versi icebox cookies )
Sumber : Puan Kathy Kay

Bahan - Bahan 

1 cawan butter lembut atau 226 gm
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat (dikisar)
1 cawan kismis/ coklat chip ( tak letak )
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh emplex ( perangup biskut )  (tak letak)
1 sudu teh esen vanila
garam ( tak letak )

Cara - Cara 
1. Putar butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar setakat sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas-ramaskan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
4. Bulatkan dan leperkan sedikit, sukat guna sudu sukat 1 sudu besar. atas saiz masing-masing.
5. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 20 minit atau sehingga perang.atas oven masing -masing. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak lebih sekata dan rangup.

Sejukkan atas redai. Ini penting untuk biskut yang rangup supaya wap air tidak menyerap dalam biskut. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Nota
Doh biskut boleh frozen.bila nak guna, keluarkan dan biar suhu bilik dan proses seperti biasa.andai biskut lemau juga boleh bakar seperti biasa.

Versi Untuk Icebox Cookies 

1. Lepas siap adun doh, boleh buat cara macam wani biasa buat ambil cling wrap, tekan-tekan doh secara memanjang ikut ukuran cling wrap dan gulungkan
2. Kemaskan kedua-dua hujung bahagian. 
3. Simpan dalam peti dalam beberapa jam, kalau tak nak bakar lagi.dapat dalam 2  setengah gulung panjang.
4. Kalau simpan doh dalam peti bawah, potong doh dengan pisau yang tajam, jangan lama-lama sangat kat luar, takut doh jadi lembik.

Resepi yang betul-betul icebox cookies boleh klik SINI


8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

5. Resepi Biskut Oat Dan Kismis Sedap ( Versi icebox cookies )
Sumber : Puan Kathy Kay

Bahan - Bahan

1 cawan butter lembut atau 226 gm
1 cawan gula perang ( ganti dengan gula halus )
1 biji telur
3 cawan oat (dikisar)
1 cawan kismis/ coklat chip ( tak letak )
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh emplex ( perangup biskut )  (tak letak)
1 sudu teh esen vanila
garam ( tak letak )

Cara - Cara
1. Putar butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar setakat sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas-ramaskan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
4. Bulatkan dan leperkan sedikit, sukat guna sudu sukat 1 sudu besar. atas saiz masing-masing.
5. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 20 minit atau sehingga perang.atas oven masing -masing. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak lebih sekata dan rangup.

Lepas keluar dari oven terus sejukkan atas redai besi. Ini penting untuk biskut yang rangup supaya wap air tidak menyerap dalam biskut. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Nota
Doh biskut boleh frozen.bila nak guna, keluarkan dan biar suhu bilik dan proses seperti biasa.andai biskut lemau juga boleh bakar seperti biasa.

Versi Icebox Cookies 

1. Lepas siap adun doh, boleh buat cara macam wani biasa buat ambil cling wrap, tekan-tekan doh secara memanjang ikut ukuran cling wrap dan gulungkan
2. kemaskan kedua-dua hujung bahagian. simpan dalam peti dalam beberapa jam
3. kalau tak nak bakar lagi.dapat dalam 2  setengah gulung panjang.
4. kalau simpan doh dalam peti bawah, potong doh dengan pisau yang tajam, jangan lama-lama sangat kat luar, takut doh jadi lembik.

Tips 
1. kalau boleh jangan buka cling wrap dari  doh biskut, potong terus sekali dengan cling wrap bagi mengelakkan doh berderai.
2. Lagipun kalau buang plastik main sentuh doh dengan tangan ni, doh jadi cepat lembik dan permukaan pun dah tak cantik sebab tangan kita ni ada haba.jadi buat kerja kena cepat.
3. Jangan keluarkan doh biskut yang dah digulung dari peti tinggal kat luar lama - lama, ambil setiap satu gulung setiap kali nak potong, nanti nak susun doh atas loyang buang cling wrap yang ada pada setiap potongan.

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

6. Resepi Biksut Kismis Hitam ( Versi icebox cookies )
Sumber: JOY OF BAKING

Bahan - Bahan 

1 cawan atau 226 gm mentega
1 cawan atau 200gm gula halus
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 2/3 cawan tepung gandum atau 345gm (wani guna 2 cawan tepung gandum dan 2/3 cawan tepung jagung)
1/2 sudu teh baking powder
3/4 cawan atau 175 ml buah-buahan kering contoh cranberries, mix fruits, dried apricot dicincang halus

Cara - Cara 
1. Putar gula halus dan mentega sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar sehingga sebati.
3. Dengan guna senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan buah-buahan kering dan kacau sehingga doh mesra dan sebati.sekiranya doh lembik boleh tambah tepung sehingga doh boleh dibentuk dan tak melekat.
5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian,bentangkan cling wrap atau kertas timah. (bergantung kepada panjang kertas timah atau cling wrap yang digunakan)
6. Bentukkan doh menjadi bulat secara memanjang dan balutkan doh tadi dengan cling wrap. kemaskan di hujung dengan lebihan cling wrap yang ada macam pembalut gula-gula.
7. Simpan dalam peti sejuk semalaman kalau nak potong dan bakar esok hari. Kalau nak bakar hari tu juga, sejukkan dalam 4 jam. tapi baik simpan semalaman.
8. Bila nak bakar, keluarkan dari peti sejuk dan terus potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Griskan loyang atau lapik dengan baking paper.

9. Pastikan masa susun atas loyang buang cling wrap yang melekat setiap potongan dengan hati-hati.
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam 18 minit. Atau sehingga masak keperangan.Kalau tak rasa perang lagi kat bawah boleh tambah masa beberapa minit.

11. Dah masak keluar kan dari oven dan sejukkan terus atas redai untuk mengelakkan permukaan bawah biskut basah kalau lama - lama dalam loyang.

Nota
1. Suhu ikut oven masing - masing 
2. Mesti orang tertanya - tanya kenapa wani potong terus sekali dengan cling wrap. Ini kerana ikut pengalaman yang lalu, pernah  buang cling wrap dari doh. Tapi masa nak potong doh tak berapa cantik dan kemas. Cling wrap tu macam penyokong untuk kita pegang. Takut nanti makin lama nak potong lambat -lambat doh berderai. 
3. Guna pisau yang tajam untuk potong doh.
4. Masa pembakaran bergantung kepada ketebalan doh yang dipotong.
5. Nak bagi tahu awal2 doh wani buat ni terlembik. Jadi terpaksa tambah tepung. Wani tambah tepung gandum sebab untuk 2/3 cawan tu dah guna untuk tepung jagung walaupun resepi asal tak guna tepung jagung. Tak nak terlebih rapuh sangat. Jadi, wani tambah guna tepung gandum. Jadi jangan panik kalau rasa doh terlembik ya. Tambah tepung gaul sampai  tak melekat dan boleh dibentuk.
6. Doh boleh disimpan dalam peti dalam 3 hari atau boleh dibekukan sehingga satu bulan untuk tahan lama.


8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

7. Biskut Semperit Dahlia Cair Di Mulut 
Sumber : Dari Dapur Seorang Amatur

Bahan - Bahan 
250g mentega
50g gula halus
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul sebati.

2. Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh. Doh ini sangat lembut ya. Kalau doh yg terhasil keras, maknanya sampai kat sini pun step dah tak betul. (pastikan sukatan betul)

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal. Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi. Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.

5. Bolehlah di tekan atas dulang yang telah di gris.

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 minit ikut kesesuaian oven masing - masing. Guna api atas dan bawah ya.

Tips Penting. 

1. Kenapa guna buttercup? Apa lagi jenis mentega yang boleh guna?  Boleh tak nak guna marjerin biasa?
Jawapan : Boleh pakai mentega jenama Anchor untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai jenama buttercup sebab lebih murah dan rasanya masih sedap. Jangan pakai marjerin biasa, nanti rasa dia lari.

Tips : Bila keluarkan mentega dari peti , rehatkan di luar sekejap supaya mentega  lembut sikit (tapi masih dalamsuhu sejuk) Kemudian baru boleh guna.

2. Kenapa dalam resepi tak pakai telur? 
Jawapan : Dalam resepi ini tak pakai telur . Ini kerana telur akan menyebabkn kuih semperit jadi sangat gebu dan lerai. Semperit akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya.

3. Kenapa tak guna tepung gandum  payah ? Resepi lain guna tepung gandum.
Jawapan : Dalam resepi tak guna tepung gandum sebab tepung gandum akan buatkan semperit jadi keras bila sejuk dan rasanya macam tepung. 

4. Kenapa susahnya nak tekan semperit. Rasa macam nak patah jari 
Jawapan : Sebaik saja doh siap diadun, segera tekan guna acuan ketika doh masih lembut. 
Sentiasa tutup doh supaya tak keras. Adunan mudah mengeras klau tededah pada angin. Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkn 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.

5.  Kenapa semperit jadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar?
Jawapan : Rehatkan dulu semperit yang dah ditekan. Jangan terus bakar. Biarkn bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam seblum dibakar. Biar rehat lama - lama pun tak apa. Lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia akn jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit nanti akan lebih 'teguh"

Nanti tak ada kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau, bila dahdibakar nanti, semperit akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut.

6. Dah ikut tips di atas tapi semperit saya tetap kembang lepas dibakar. Macam mana ya ? 
Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa.  Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa bakar. 
Cuba fahami oven masing - masing. Kalau sebelum ini guna suhu 160 C tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 C dan tambah masa membakar lagi 5 minit. 
Kalau sebelum ini guna rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven. 

7. Kalau tak ada acuan semperit macam mana. Boleh tak guna acuan lain. 
Jawapan : Boleh, tak apa. Tapi guna acuan semeperit lagi cantik kelopaknya 

Yang penting ikut bahan - bahan resepi dan jangan derhaka resepi ya. 

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap

8. Resepi Tart Nenas Gulung Sedap Dan Cair Di Mulut 
Sumber : Facebook page jom masak oleh sheila Hassan

Bahan - Bahan 
250gm mentega
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu tepung
300gm tepung gandum 
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
30gm gula icing
Secubit garam ( tak letak )
1 biji kuning telur
Jem nenas secukupnya
Kuning telur untuk hiasan ( wani campurkan dengan sedikit susu cair )

Cara - Cara 
1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat.
2. Masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung dan garam. 
3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut. Perap 1 jam tutup denga tuala basah.(wani tak perap ya wani simpan semalaman dalam peti sebab buat awal)
4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur.
5. Bakar dgn suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan. 

Baca sini : Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan
Baca sini : Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang )
Baca sini : Resepi Biskut Arab Susu Mudah Sukatan Cawan
  
                                           


This post have 3 komentar

avatar
Lea Azleeya delete 4 June 2017 at 22:46

Waaahh dh stenbai resepi biskut raya ni.. Lea tahun ni masih x kerajinan nk buat kueh raya.. adehh

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 June 2017 at 05:38

Rajin wani.. Sekarang dah ada pelbagai jenis resepi dan jenis biskut kan wani..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang