-->

Wednesday, 31 May 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

sgshop malaysia

online shopping platform sekarang dah macam cendawan tumbuh selepas hujan kan.. macam-macam.. kalau yang jenis kaki shopping online memang habis lah. hii .salah satunya  SGshop Malaysia. pernah dengar tak.. wani kali pertama dengar .sorry sebelum ni memang tak tahu.. bila pergi ke laman web SGshop baru wani tahu rupanya,, SGshop Malaysia merupakan Agen Taobao yang sah di Malaysia.Taobao suatu ketika dulu wani pernah dengar tapi buat tak tahu pulak.. hiii.. lepas tu baru wani faham..

sesiapa yang nak beli barang dari China,, memang wajib masuk web SGshop Malaysia..SGshop Malaysia ni, ia ada link dengan laman web Taobao .. memang barang kat situ murah..pejam mata sekejap wani kat situ .. jadi, bagi memudahkan Malaysians yang nak beli barang dari China, lagipun laman web Taoboa dalam bahasa cina ,,so mesti korang tak faham kan.. sebab itulah wujudnya SGshop Malaysia ni adalah untuk memudahkan korang shopping. faham kan..

wani diminta untuk review kan laman web SGshop Malaysia .. terima kasih SGshop ..kerana membeli peluang untuk wani shopping.. at first glance, wani buka dan tengok , wani rasa nak pengsan. sebab barangan semua MURAH ! MURAH !.. semua kategori ada .. sampailah ke kategori makanan banana chips pun ada hii  .. rambang mata wani sekejap setiap kali masuk SGshop.. setiap kali tengok barang, klik sini klik sana.. tak tahan wani .. dugaannnn .. tapi nasib wani jenis orang yang sabar.. tak semua barang nak rembat.. sabarrr haih

di sini,wani nak sharekan pengalaman wani shopping online dengan SG shop ..banyak hari jugaklah termenung sambil tengok barang haaa.. adoi MURAH ... okay, tak adalah susah mana bila kita faham macam mana nak order tu. jom kita tengok macam mana.. gambar kat bawah ni adalah turutan macam mana barang yang kita order melalui peringkat yang seterusnya

shopping online


REGISTER



first, anda kena register dulu ..kenalah register ada akaun barulah boleh shopping


VERIFICATION CODE 


wajib masukkan email, username, password dan phone number..tick T&C,  lepas tu, tekan register kot ,tak ingat,, sebab nanti ia nak verify akaun kita.. sebab code tu akan dihantar melalui sms.


ACCOUNT TOP UP



lepas register dah ada akaun, baik korang pergi top up dulu berapa banyak korang nak shopping.. bukan apa, kan korang nak budget kan hii  jadi bila dah ada duit dalam akaun SGshop ni senang.. pandai-pandailah korang nak shopping.. :D


ONLINE BANKING

sekarang ni memang mudah dah kan yang paling senang dengan online banking. okay untuk top up tu kan, boleh top up sehingga RM 500.. kalau ada baki dalam akaun, boleh withdraw balik jadi jangan risau , kalau terlebih baki,,.. kat situ ada kotak "withdraw money"


PELBAGAI KATEGORI BARANGAN 


okay next, korang nak cari barang yang nak dibeli senang jerr, tengok di "what's in store" ataupun boleh lah taip apa sahaja keyword di ruangan kotak di atas,, memang akan terus keluar sekali klik






macam-macam ada ya,, tengoklah macam gambar di atas boleh pilih kategori mana yang korang nak.. yang penting memang korang akan termenung lama-lama kat sini :D..rambang mata oitttt..


ADD TO FAVORITE

sebenarnya, wani nak bagi tahu korang kat sini,, tak semestinya kalau korang berkenan terus kat barang tu, korang nak beli terus kan,,, kat sini, kalau contoh lah korang berkenan korang nak hold dulu, boleh lah klik add to favorite..mana lah tahu kan nanti klik yang lain berkenan pulak yang lain.. tengok contoh wani buat ni, minta maaf lah barang banyak ,, tapi tak semua beli tu :D..


CARA NAK ORDER 


dah sampai part nak order, senang jer.. nanti korang just klik kotak apa yang ada kat situ ,, contoh yang ni nak corak baju macam mana dan juga saiz.. lepas tu, korang terus klik "add to cart", nanti ia akan naik kat "my cart"..kat situ korang boleh tengok lah apa item yang korang dah order okay..senang kan.

cuma part saiz ke apa ke ia tulis dalam bahasa cina gambar tu,, faham-faham lah korang.. ataupun translate.. rugilah pulak dulu-dulu tak belajar mandarin .. tapi kalau ingat masa minat nyanyi lagu cina .. satu -satu boleh hafal lirik.. time budak -budak zaman student.. :D adoi ke situ pulak

cuma kena pandai lah nak pilih barang sebab ada seller yang lain jual lagi murah.. walaupun barang yang sama


CARA NAK BUAT PAYMENT


untuk payment ni, ada 2 peringkat ya.. so untuk peringkat pertama ni kita kena bayar untuk ( product price + China Domestic shipping ) macam dalam gambar atas ni. wani dah total ..

make sure kita confirmkan barang apa yang nak beli dah semak semua .. sebelum proceed yang seterusnya,, takut barang tercicir nanti kan..kemudian kita click next macam gambar kat bawah.. 



PAY ORDER




jumlah harga barang yang kita beli akan ditolak dari akaun kita..sebelum tu, korang kena buat payment password, sebab setiap barang yang kita nak order ni , ia request untuk password,, barulah harga tu ditolak dari akaun kita.. faham kan..

nanti korang tengok kat akaun SGshop  klik dekat "my order" ..kat situ tersenarai semua barang yang korang order.. bila bayaran dah confirm.. third party seller akan mengambil barang korang dan kumpul dulu.. banyak hari jugak lah ambil masa, sabar menunggu ya. biar semua barang terkumpul..




ORDER REFUND


ada barang yang wani order kena refund sebab out of stock, nanti ia akan nyatakan kat sini.. kena pergi check dekat account history,, so, korang kena semak balik la order yang mana tu.. nanti takut ingat dah bayar,,, tapi sebenarnya pihak sana dah refund balik.. take note ya..


ARRIVED CHINA WAREHOUSE



kesemua barang yang wani order dah sampai di China Warehouse. lama jugak la tunggu,sebab kat sini ada inspection untuk kesemua barang yang kita order nanti dalam keadaan baik sebelum barang dihantar ke Malaysia


SUBMIT DELIVERY PART 1


lepas tu korang klik submit delivery untuk ke proses yang seterusnya


SELECT  SHIPPING METHOD 

Kat sini korang kena isi alamat dan pilih untuk shipping method nak air shipping ke nak sea shipping wani pilih sea shipping ya murah sikit hii.. tapi lambat la sikit sampai. kat situ dah total berapa kesemua berat barang 


SUBMIT DELIVERY PART 2





ok dah keluar total semua ..shipping fee RM110.98.. berbaloi lah dengan barang yang wani ambil :D..kat sini korang kena bayar jugak macam biasa keluar untuk password  setiap kali kita nak bayar
kat sini lah kita nak bayar untuk second payment ( international shipping fee + service charge + clearance fee ). tengoklah macam gambar kat tengah tu yaa..


MY COLLECTION 


final step, lepas bayar semua tu kan, nanti korang pergi klik kat my order dan tengok dekat MY COLLECTION. klik situ.. dan kesemua barang yang korang order tersenarai kat sini .. kalau ikut kira yang wani punya masih repacking in progress.. lepas siap semua nanti ia akan keluar untuk "CONFIRMED RECEIVED".. dan tunggulah barang sampai depan pintu rumah ya ..

macam mana mudah kan nak shopping kat sini,, wani mula- mula blur jugak tapi kalau kita dah faham step dia tu tak susah mana pun..



untuk lebih mudah nak tengok gambar step by step, korang boleh klik SHOPPING GUIDE..

untuk maklumat lanjut pasal SGshop Malaysia,..

WEBSITE : https://www.sgshop.com.my/

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/SGshopMalaysia/

INSTAGRAM : @sgshop_malaysia


This post have 4 komentar

avatar
Sha Mohamed delete 31 May 2017 at 13:17

Rumit juga ye.. Ingatkan senang..

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 2 June 2017 at 23:48

bestnye dpt soping kat sini.. nk cari baju pregnant la nnti.

Reply
avatar
Unknown delete 28 November 2017 at 07:53

assalam wani.. sy nk tnya klu kt my order statusnya Towards warehouse(China), maksudnya kita kena tggu brg arrived warehouse ke utk buat pyment kedua?

Reply
avatar
Unknown delete 28 November 2017 at 07:53

assalam wani.. sy nk tnya klu kt my order statusnya Towards warehouse(China), maksudnya kita kena tggu brg arrived warehouse ke utk buat pyment kedua?

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang