Resepi Ayam Masak Rempah Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat | Resepi Simple | Salam semua, menu ayam ni kalau dimasak dengan pelbagai cara lain la sikit kan dari segi rasa dan bau tu. Kalau asyik menu sama masak pun naik boring jugak kan. Sis sendiri kan kadang - kadang naik buntu juga nak masak apa dengan ayam ni. Kali ini cuba kelainan letak serbuk kari. Sedap lah jugak. Bahan pun mudah nak dapat, beli jer serbuk rempah kari ayam cap apa pun.
Baca sini : Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Badak Mudah, Ringkas, Sedap
Baca sini : Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Badak Mudah, Ringkas, Sedap
Resepi di bawah ya, yang mana buntu nak masak apa. Boleh lah cuba resepi ini. Dah Banyak resepi masakan ayam yang post di blog, korang boleh lah cari ya, kot ada yang berkenan di hati nak masak
Resepi Ayam Masak Rempah
Sumber : Denuanza
Bahan - Bahan
1/2 ekor ayam- potong, cuci dan toskan
Bahan tumis:
4 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
2 tangkai daun kari
1 peket kecil serbuk rempah kari ayam dijadikan pes
1 sudu besar serbuk cili dicampur dengan pes rempah
4-5 biji cili api diketuk
1 biji cili merah dihiris
1 kiub ayam maggi
Asam jawa dan garam secukupnya
Cara - cara :
1. Tumis bahan tumis hingga garing.
2. Masukkan pes kari.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga rempah masak.
4. Masukkan ayam dan semua bahan lain.
5. Biarkan hingga ayam empuk.
6. Masukkan air sikit kalau perlu tapi jangan banyak sangat.
This post have 4 komentar
Selamat pagi Wani,
Replycantik gambar ayam masak rempah tu. Sedap makan dengan nasi putih atau nasi tomato ni... sedap!
Slm syg wani..amboiii rajin btl adk akk ne..ayam pun nmpk sgt mnarik..nnt akk dtg join mkn..
ReplyHai..
Replysalam wani..sedapnya ayam tu..
Salam singgah sini...kecur tgok ayam merah wani tu..ni lauk kegemaran seisi kluarga kite ni..:-)
ReplyEmoticonEmoticon