15 Oktober 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

kali ini nak berkongsi lagi resepi guna noxxa, masak sup tulang pulak. stok tulang lembu masa raya haji dah habis dah.. ini pun gambar lama dah.. baru nak up cerita.. kalau ikutkan hati ni sebenarnya tak suka main tumis tulang lembu ni, tulang lembu dah la berlemak kan, kalau masak tumis lagi la naik minyak.. tapi memang kalau kita tumis dulu masak sup tulang ni memang sedap..

wani biasanya kalau nak masak sup tulang ni buat style singgang tulang kelantan, kalau kat kelantan, memang kami tak main tumis sup tulang ni.. hii.. kami rebus tapi ada lah rempah ratus yang digunakan.. bayangkan la kalau tumis dah guna minyak, tulang pulak dah berlemak - lemak huu. tapi terpulang lah atas selera orang ada orang suka tumis ada orang tak suka..

tapi kalau nak sihat tak perlu tumis tak apa.. kalau abah wani tengok, fikir banyak kali nak makan.. asyik dok cakap.. lemak.. lemak.. lemak :D..

tak apalah wani share jugak resepi ni ya.. sebab nampak kelainan sikit. bahan- bahan yang digunakan adalah seperti di bawah.gambar tulang lembu tertinggal ..

sup tulang pekat noxxa

daun pandan, lada burung, serai diketuk dan rempah 4 sekawan 


bawang merah dan bawang besar yang telah dimayang


bawang putih  dan halia yang telah diketuk


carrot yang dipotong sederhana besar


CARA-CARA MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA


tekan stir fry dan tekan on


masukkan sedikit minyak dan masukkan rempah 4 sekawan,biar naik wangi sekejap terus masukkan bawang putih dan halia. tumiskan sekejap sehingga naik bau. 


masukkan bawang merah dan bawang besar yang telah dimayang, tumis lagi sehingga wangi


kemudian, masukkan rempah sup, wani guna jenama mak siti.kacau sehingga rata biar tumisan masak


selepas tumisan masak, masukkan air dan tulang lembu, air paras tulang sahaja jangan lebih tak sedap.


masukkan daun pandan yang telah diikat, lada burung yang telah diketuk, serbuk lada hitam dan serai yang telah diketuk. masukkan garam secukup rasa


tolak biar tenggelam ke bawah sikit bahan-bahan tadi


pastikan tombol ke pressure


tekan high pressure selama 42 minit dan tekan on 


bila dah bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap. nampak tak tu dalam periuk,  kalau terasa macam tak lembut lagi, boleh tutup balik dan tambah masa beberapa minit,, jangan salahkan wani kalau sakit gigi korang hii



kemudian masukkan potongan carrot kedalam periuk dan tekan stir fry lepas tu tekan on


proses tengah mendidih, sekejap jer dalam beberapa minit nak bagi sup tu sebati sambil- sambil carrot pun tumpang empuk sekali.


lepas siap didih tu, jangan lupa offkan balik button merah tu ya..


ok dah siap masak, sup ni wani buat makan ratah jerr.. tak berani nak makan dengan nasi.. :D. resepi asal kat bawah, yang bergambar tu step by step guna noxxa. banyak bahan yang wani skip.

SUP TULANG PEKAT DAN SEDAP 

SUMBER : INTAI - INTAI DAPUR FHA

Bahan A
400 gram tulang lembu

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang putih (~12 ulas) (dihiris nipis/dicincang)
1 inci halia (dihiris tebal)
2 kuntm bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga

Bahan C
2 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
1 camca besar rempah sup
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk lebam)

Bahan D
Air secukup nya sebagai kuah
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)

Bahan E
1 batang lobak merah (dipotong tebal)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
8 biji cili padi hijau (dibiar sebiji sebiji)
8 biji cili padi merah  (dibiar sebiji sebiji)
1/2 kiub pati lembu
sedikit garam

Bahan F
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1 mangkuk kecil bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang putih bertukar keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hilang bau rempah. * Boleh tambah sedikit air jika ia kering.
4. Masukkan air, daun pandan dan tulang. Rebus sehingga daging pada tulang empok.
* Tambahkan air jika kuah mula susut dan daging masih liat.
5. Apabila daging sudah empuk, terus tambahkan air lagi jika berkurangan dan masukkan bahan E.
Masak sehingga ubi kentang empuk.
6. 5 minit sebelum angkat, taburkan dengan separuh bahan F.



This post have 3 komentar

avatar
Lea Azleeya delete 15 Oktober 2017 6:26 PTG

cop!!nk try buat nnti.. tp guna presure biasa jerk la.. hehe noxxa x doooo..

Reply
avatar
Juls Julie80 delete 15 Oktober 2017 9:41 PTG

buat jugak sup tulang aritu..entry masih dlm draf. ntah bile nak post..ekekek

Reply
avatar
Mazni Azmi delete 16 Oktober 2017 6:03 PTG

Assalamualaikum wrmbth

Apa khabar sis Wani

Semoga semuanya lancar hari isnin ni

Memang jatuh cinta betul pakai periuk noxxa ni kan

Pakai ni masak resepi yang pakai gas banyak

Boleh jadi sekejap

Senang nak cuba resepi baru

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram