Friday, 27 April 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

agar - agar sirap merah mudah

Agar - agar sirap merah, pernah buat tak ? Eh tanya pulak, mana tahu takut ada yang tak pernah buat, Kalau di sini, biasanya jumpa kat tempat - tempat kenduri, dessert paling mudah nak masuk tekak. Simpan sejuk lagi best, sambil telan sejuk anak tekak hii.. 

Tak tahu nak cakap apa kalau tak pernah buat, lately, cuaca panas sangat kat sini, sampai asyik nak minum air dalam peti, Wani agak jarang nak minum air dalam peti melainkan kalau  cuaca panas sangat kat luar. Bertabah lah ya. 

Bulan puasa tak lama dah, kalau malas nak fikir dessert yang payah nak buat, buat lah agar- agar sirap merah yang mudah ni ya. Mudah sangat kalau nak kata payah lagi tak tahu lah. Boleh lah buat untuk penyejuk tekak di kala letih berpuasa seharian. Tiba - tiba teringat lama dah tak buat agar - agar sirap merah yang simple macam ni. Itu yang buat tu. Ikut kira malas jugak :D.. Tapi dalam kemalasan tu menjadi lah agar- agar sirap merah ini.

Resepi agar -agar ini ambil di blog Kak Azie, Kak Azie ni orang Kelantan, selalu singgah tengok resepi di blog sana. Siapa- siapa nak belajar masakan Kelantan, boleh lah pergi terjah blog beliau ya. 

Agar Agar Sirap Ros
Sumber : AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
20 gram agar-agar bertali 
230 gram gula atau secukupnya
4 mug air
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu, jika suka
Sedikit sirap ros
Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara - cara
Masak agar agar dengan air sehingga agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.

Masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

This post have 4 komentar

avatar
Sha Mohamed delete 27 April 2018 at 12:09

Adoi.. lama tak buat agar-agar..

Reply
avatar
Abam Kie delete 27 April 2018 at 12:40

Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang SPM Result Giveaway! Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk menuntut hadiah, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html

Reply
avatar
Cik Renex delete 28 April 2018 at 18:25

sedap yg ni..simple sangt nk watnye

Reply
avatar
Amie delete 29 April 2018 at 13:38

Ni kira agar-agar evergreen, dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang....agar-agar sirap merah, agar-agar nostalgia!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang