Monday, 18 June 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

ayam masak halia mudah dan sedap

Salam 4 Syawal, Selamat Hari Raya semua, ke dah habis mood raya, raya kan sebulan, relax la :D. Baru sempat nak tengok blog, dah 3 hari blog cuti raya. tak ada mood lagi nak cerita pasal raya hii. Sana sini di socmed pun tak habis lagi korang beraya kan, meriah dengan baju sedondon, bergambar dengan keluarga, macam - macam posing dah. Syukurlah kemesraan dan hubungan baik masih dijaga. Semoga bulan yang penuh kemaafan ini dapat kita manfaatkan sebanyak mungkin untuk merapatkan silaturahim.

Kali ini nak bercerita pasal gambar yang dah ada dalam draft. Menu masakan ni pun tak ingat dah menu yang ke berapa puasa. Menu yang simple juga.Kalau perasan entri resepi semuanya ada perkataan mudah dan sedap hii. Walaupun macam - macam versi ayam masak halia ni kan. Tapi  suka yang resepi ni sebab ada masukkan tepung jagung, nak bagi kuah pekat sikit.

Resepi di bawah ya.Boleh lah buat idea menu yang ringkas. Selamat mencuba.

AYAM MASAK HALIA MUDAH DAN SEDAP
Sumber : iresepi.com

Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

This post have 5 komentar

avatar
Siti Yang Menaip delete 19 June 2018 at 01:00

sedap sedap ni fevret. nasi panas settle bertambah2 makan =D

Reply
avatar
Mama Hakim delete 19 June 2018 at 09:00

Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Wani Sukarno

Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

Kari ayam cicah dengan roti kosong pun sedap. Masa raya nak makan berat pun tak larat sebab undangan banyak.

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 19 June 2018 at 14:46

Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

Raya pun kena masak kan wani. Hehe

Reply
avatar
Unknown delete 19 June 2018 at 16:05

Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang