-->

Tuesday, 21 August 2018

author photo
   ASSALAMUALAIKUM..

cara buat tapai pulut noxxa yang mudah

Kalau entri sebelum ini kongsi cara macam mana nak masak pulut noxxa, kali ini nak kongsi cara nak buat tapai pulut noxxa yang mudah. Pulut yang dimasak guna noxxa, ia tak pecah, tekstur pulut kembang elok cantik tak macam kita masak atas dapur.

Tapai pulut kalau tak tengok bonda buat memang kita sendiri pun macam tak berani juga nak buat, takut tak jadi hii. Bila dah biasa tengok bonda buat, sambil belajar juga. Sebab itu, ke semua nak tulis kat blog terutamanya bab - bab masakan ni, kena lah belajar, kalau kita sendiri tak belajar, kita juga yang tak ada ilmunya. Tapai pulut memang kegemaran semua lah, ke ada yang tak suka makan tapai pulut ni.

Tapai pulut kalau orang dulu - dulu nak buat kena kukus lah pulut nak kembang cantik kan. Wani ingat dulu pun macam renyah juga nak buat tapai pulut ni. Walaupun ada macam - macam cara orang buat, ada yang letak gula, sebenarnya tak tahu apa peranan letak gula dalam tapai, adakah nak lagi maniskan tapai itu ?


Selalu tengok bonda buat tak letak gula, tapi tapai pulut bila dah "masak" memang rasa manis tu akan ada. Jadi, tak perlulah nak letak gula. Bila ada post video kat youtube ada yang tanya, tak letak gula ke, bila bagi tahu tak letak gula, nampak terkejut hii.

Jadi, bagi tahu lah kat dia, kita belajar masuk sains la ya. :D beras kan dia ada karbohidrat, bila bertindak balas dengan ragi bertukar jadi manis, cerita sains yang ringkas. hii. Sebab itu, tak masukkan gula nak buat tapai pulut ni. Secara automatiknya, tapai pulut akan manis.

       
Kebiasaannya tapai pulut kena "simpan" dalam 2 malam, kalau hari ketiga nak check buka tengok dah masak ke belum boleh lah juga. Biasanya, lepas 2 malam dalam tengahari sikit, buka tengok memang nampak berair dah bawah bekas tapai. Cuba rasa, bila dah cukup rasa manis, masam dia sikit. boleh lah keluarkan letak dalam peti.

Dalam tempoh penapaian, kalau kita ambil satu bekas, cuba sentuh bekas tu rasa panas, itu maksudnya penapaian sedang berlaku.

Dalam gambar di atas tu, macam tu lah simpan tapai, simpan dalam periuk :D. Tak tahu dah nak ambil bekas mana paling besarnya periuk. Selepas letak dalam periuk, bungkus pulak dengan kain.


                      
Kalau korang nak tengok full video boleh tonton video youtube di atas ya, dah siap step by step dari permulaan nak masak pulut sampai lah tapai pulut siap. Sila tonton ya. Silalah subsctibe juga di my youtube channel. :)

Klik sini >>> untuk  CARA MASAK PULUT NOXXA 8 MINIT

CARA BUAT TAPAI PULUT NOXXA YANG MUDAH 

Bahan - Bahan 

1.5 kg beras pulut
1 ketul ragi dijemur sekejap di bawah sinaran matahari nanti senang nak hancurkan
Bekas kecil secukupnya

Cara - Cara 


1. Basuh beras pulut kemudian sejatkan dalam penapis

2. Masukkan ke dalam periuk noxxa dan masukkan air atas paras beras sikit.

3. Tutup dan putar tombol ke pressure, kemudian tekan HP 8 minit dan tekan button On

4. Lepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan biarkan wap keluar

5. Buka tudung, beras pulut elok masak cantik. Kemudian sejukkan pulut atas dulang, biar sama rata jangan tebal sangat.

6. Pulut kena betul - betul sejuk ya. Sementara itu, ragi yang dah dijemur boleh dihancurkan, seketul ragi tu tak habis guna, kalau pandai main tabur, memang seketul tak habis.

7. Pastikan tangan betul - betul kering, taburkan ragi seratanya ke atas pulut. Bahagian atas sahaja.

8. Pastikan juga sudu dan bekas betul - betul kering, tangan pun kena kering juga.

9. Ambil sesudu pulut dan masukkan ke dalam bekas, Ulang sampai habis  ke semua pulut.

10. Simpan tapai pulut  di dalam bekas lain yang tertutup. Kalau boleh bungkus macam gambar di atas ya.

11. Setelah 2 malam 2 hari, boleh buka check tengok samada dah "masak" ke belum. Biasanya dalam 2 malam dah masak dah.

12. Simpan dalam peti untuk dimakan sejuk..

This post have 4 komentar

avatar
Miza Talib delete 21 August 2018 at 17:26

fav kita sedapnya tapai pulut. nanti rajin nak try lah

Reply
avatar
Warisan Petani delete 21 August 2018 at 22:32

kalau yang tambah gula tu yang jadi manis sangat.

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 23 August 2018 at 02:00

senang sangat kan da ada noxxa. waktu penyediaan tu dapat dicepatkan =)

Reply
avatar
ejulz delete 23 August 2018 at 14:24

ejulz x pandai makan tapai. hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang