7 PROMOSI MENARIK DI SGSHOP SEMPENA DOUBLE 11 ONLINE SHOPPING FESTIVAL


7 PROMOSI MENARIK DI SGSHOP SEMPENA DOUBLE 11 ONLINE SHOPPING FESTIVAL || Hi semua, tak lama dah memang berhantu tarikh 11.11 kan sebab ramai yang tengah tunggu sale besar - besaran di semua online shopping platform. Apa kata, kalau korang shopping di SGShop yang mempunyai pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk korang yang suka shopping sepanjang berlangsungnya promosi nanti.

Ada yang tak pernah shopping lagi kat sini tak. Sekiranya korang ada niat nak membeli - belah barangan dari China. SGshop lah jawapannya. SGshop adalah Agen Taobao yang sah di Malaysia. SGshop memudahkan korang untuk shopping sebab link Taobao sebenar dalam bahasa cina.
7 promosi menarik di sgshop sempena double online shopping festival

Lagi satu sebab apa korang perlu shopping di SGshop, barangan kat sini memang murah. Lebih lagi bila ada tawaran menarik daripada SGshop sepanjang berlangsungnya 11.11 sale nanti.

3 JENIS PERKHIDMATAN SGSHOP 
Sebelum korang nak shopping, kena perlu tahu dulu apa servis SGSHOP yang boleh bagi dekat korang semua ya. Takut ada yang blur tak pernah dengar Buy-For-Me atau Smartshop. SGSHOP menawarkan 3 jenis perkhidmatan.

1. Ship For Me - Beli sendiri di laman web penjual. Untuk penghantaran barang SGhop yang uruskan semua barang dari gudang sana ke alamat kita.

2. Buy For Me - kita sendiri yang pilih barang, SGshop yang akan buat pembayaran, berhubung dengan penjual, periksa barangan kita takut ada yang rosak apabila dah sampai gudang. Membungkus semula barang kita dan menguruskan proses penghantaran mengikut pilihan  yang dah kita buat. ada 2 jenis pembayaran yang perlu dilakukan di sini.

3. Smartshop - Sama dengan Buy For Me, cuma tanpa pembungkusan semula. Barang akan terus dihantar ke alamat kita sebaik sahaja barang sampai di gudang dan selamat diperiksa. Pembayaran hanya sekali buat sebab yang selebihnya SGSHOP yang uruskan.

Harap faham lah tu ya. Dalam promosi kali ini banyak sebut untuk Buy For Me dan Smartshop, Sebab SGSHOP akan membantu korang untuk shopping hii.. Mudah jer lagi senang nak berhubung kan.

PROMOSI MENARIK UNTUK 11.11 TREASURE HUNT DI SGSHOP
Dari tadi asyik sebut promosi menarik, tawaran menarik. Apa dia tu ? Kalau nak tahu, sepanjang bulan 11 nanti tema SGshop sepanjang sale berlangsung adalah "Treasure Hunt". Ada pelbagai peringkat promosi yang ditawarkan untuk korang shopping dengan lebih seronok. Best jugak buat macam ini, ada kelainan, kita nak shopping pun tak boring kan hii. Tapi korang kena lah cepat dan pantas bertindak, kalau tak memang ketinggalan. Banyak kejutan yang SGshop nak bagi untuk korang semua.

1. JOM JADI KEAHLIAN "SHIOK!" UNTUK LEBIH BANYAK KEISTIMEWAAN ( 1  -30 NOVEMBER )
SHIOK! adalah satu program insentif di mana korang tak perlu risau untuk kos penghantaran sekiranya barang terlebih berat ataupun kuantiti yang banyak. Sekiranya menjadi ahli SHIOK, pelbagai keistimewaan yang boeh dinikmati seperti di bawah :

a. Diskaun sebanyak 30%  untuk international shipping fee sekiranya berat barang yang dibeli melebihi 3 KG.
b. Tiada maximum diskaun yang dicaj sepanjang pembelian, lagi banyak lagi menjimatkan.
c. Dengan diskaun tersebut, korang tak perlu risau dengan jumlah kuantiti barang yang banyak.
d. Yang menariknya untuk ahli SHIOK, bagi segala barang yang diorder akan diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding yang lain
e. Jemput rakan untuk dapatkan 100% rebat bagi setiap yuran langganan

Ada 2 jenis untuk langganan ahli SHIOK :
a. Langganan untuk 1 bulan  hanya RM 18.80
b. Langganan untuk 1 tahun hanya RM 188.00 bermakna untuk setiap bulan RM 15.67

Jimat tak ?.. Inilah kelebihan sekiranya korang menjadi ahli SHIOK. Tak rugi. Dah jimat dah untuk bahagian international shipping fee. Barangan dari China, memang kena ada international shipping fee, tapi lebih menjimatkan kalau dah jadi ahli SHIOK.

Apa yang menariknya promosi kali ini, sekiranya korang langgan untuk menjadi ahli SHIOK sama ada untuk 1 bulan atau untuk 1 tahun, kemudian jemput rakan lain untuk sama - sama melanggan SHIOK dalam tempoh 1 - 30 November.

Sekiranya jemputan berjaya, korang akan mendapat rebat penuh dalam SGreward berdasarkan jumlah langganan rakan - rakan. Semakin banyak rakan yang korang rujuk, lebih banyak rebat yang korang dapat. Jom jemput lagi ramai rakan untuk nikmati keistimewaan menjadi ahli SHIOK. Lagi bagus dapat rebat boleh buat untuk shopping jugak hii.

Promosi ini hanya sah bermula 1 - 30 November sahaja. SG reward adalah shopping credit di mana ia boleh digunakan untuk menolak harga item sahaja.

Untuk langgan menjadi ahli SHIOK, boleh ke SUBSCRIBE SHIOK.

2. PRE ORDER UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI ITEM YANG TERPILIH (1 - 10 NOVEMBER )

Untuk menjimatkan masa, korang boleh pre order terlebih dahulu pada 1 - 10 November 2018 untuk menikmati diskaun sebanyak 50 % atas caj perkhidmatan ( service charge ) . Diskaun caj perkhidmatan ini hanya boleh digunakan untuk Buy-for-me dan smartshop sahaja.

Untuk dapatkan promosi ini, korang hanya perlu tukar kepada option "pre order". Promosi ini dibolehkan untuk ke semua kaedah pembayaran antarabangsa. Untuk ke semua pembayaran mestilah dilakukan ketika tempoh promosi sedang berjalan. Promosi tidak sah jika item untuk pre order disatukan sekali dengan item yang lain. Promosi ini hanya untuk item pre order sahaja. Boleh rujuk baca cost and fees untuk maklumat lanjut.

3. (FLASH SALE) BELI SATU PERCUMA SATU DALAM MASA 2 JAM (1 NOVEMBER )

Untuk promosi ini hanya produk diskaun untuk Buy-For-Me sahaja. Flash sale bermula pada 1 November pada pukul 3 hingga 5 petang. Berita baik untuk pembayaran item di bawah RM 50, korang akan diberi satu lagi unit item secara percuma sama dengan item yang dibeli

Cara bagaimana nak order, boleh tengok gambar di bawah, cuma taip perkataan flash sale di ruang kotak yang disediakan sebelum klik add to cart 

Nak dapatkan satu unit item percuma, harga setiap barang yang dibeli mestilah di bawah RM 50 dan jumlah bayaran untuk ke semua barang juga mestilah tidak lebih dari RM 50 untuk satu ID.

Sekiranya harga unit item atau harga setiap pesanan ID lebih dari RM 50,promosi flash sale akan terbatal.  Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh flash sale berlangsung sahaja. Jadi, kena pantas bertindak nama lagi flash sale kan. :)

4. MONEY MONEY COME, JOM SHOPPING KUMPULKAN POINT DAN SGREWARDS( 2 - 10 NOVEMBER )

Untuk promosi ini hanya bermula pada 2 hingga 10 November sahaja.Nak kumpul point tak dan dapat SGrewards lagi. Korang hanya perlu berbelanja dan buat pembayaran untuk caj perkhidmatan ataupun kos penghantaran antarabangsa untuk dapatkan RM1 SGreward Shard bagi setiap RM 20 yang dibelanjakan. Tak rugi kan.

Untuk maklumat lanjut,  boleh rujuk di SGreward. Untuk semak baki SGreward boleh ke member centre, log in ke akaun masing - masing ya.

5. MAIN MINI GAME ( GRAB YOUR LUCKY RED PACKET ) UNTUK DAPATKAN SGREWARDS (6 - 7 NOVEMBER)

Ini lagi menarik buat korang yang suka sangat bermain game online, apa kata cuba nasib untuk bermain mini game untuk dapatkan SGrewards. Main game di SGshop pun dapat duit ya..Jom buat korang yang nak main mini game ini, hanya perlu ke game page "Grab Your Lucky Red Packet" dan main lah sepuas hati sebab game ini adalah free sahaja dan tidak terhad.

Korang perlu main game ini untuk dapatkan RM 10, RM 5 dan RM 2 SGreward. Jangan lupa untuk main game ini hanya bermula pada 6 hingga 7 November ini sahaja, kiranya korang ada tempoh 48 jam untuk rebut peluang nak dapatkan ganjaran SGrewards. SGrewards diberikan secara rawak.

Sambil nak shopping sambil main game nak dapatkan SGrewards. Rasa makin enjoy nak shopping kan. Untuk semak baki SGrewards boleh log in ke akaun masing - masing ya, pergi dekat member centre


6. LUCKY SLOT (MAIN MINI GAME UNTUK DAPATKAN SGREWARDS, BAUCER TUNAI DAN KOD DISKAUN (8 - 10 NOVEMBER )

Jangan lupa untuk set the date pada 8 hingga 10 November ini untuk memenangi baucer tunai, SGrewards dan juga kod diskaun. Hanya main game sahaja.Siapa yang tak nak kan. Lagi meriah nak shopping !.

Korang ada 3 peluang setiap hari untuk "GO" slot bertuah. Pergi ke halaman permainan "LUCKY SLOT" dan caranya hanya putar untuk memenangi hadiah menarik. Hadiah akan diberikan secara rawak ya.

Cashback RM 100 SGrewards boleh digunakan untuk perbelanjaan keseluruhan  sehingga RM 500 dalam satu pembelian.

Diskaun international shipping hanya boleh digunakan untuk "Buy-For-Me" dan "Smartshop".Masukkan kod promo semasa buat bayaran untuk penghantaran kedua.

Untuk baucar tunai, hanya boleh digunaka untuk international shipping. Masukkan kod promo semasa buat untuk pembayaran yang kedua.

7. FREE SERVICE CHARGE PADA 11.11 DAN NIKMATI DISKAUN HEBAT DI SGSHOP

Inilah masanya sudah tiba sale besar- besaran pada 11.11. Caj perkhidmatan ( service charge ) adalah percuma. Jom pilih barang yang korang berkenan  dan nikmati keistimewaan ini dengan diskaun 100% atas caj perkhidmatan. Tak lupa juga ada pebagai barangan item yang tengah on sale. Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya.

Promosi ini hanya sah untuk 11.11 sahaja dan hanya untuk Buy-For-Me dan Smartshop sahaja. Korang kena order dan buat segala pembelian pada hari tersebut kalau nak  service charge percuma.

Jom shopping di SGSHOP. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik ketika online biggest sale berlangsung. Jangan lupa untuk layari di laman web https://www.sgshop.com.my/. Harap korang enjoy untuk nikmati Treasure Hunt  sepanjang promosi ini.

Baca Juga : Pengalaman Membeli - belah Barang Murah Dari China Hanya Di SGshop Malayisa



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post